Krisis Penyembuhan: Bagus Ke Tidak?

By | 13 November 2015

Saya teringat dulu, pertama kali suami makan suplemen dia jadi pening dan demam sampai 3 hari lamanya. Masa itu saya cuma bagi Vivix sahaja. Situasi seumpama ini adalah krisis penyembuhan atau healing crisis. Ada orang lain dia rasa, bergantung kepada tubuh anda.

Masa itu, mesti terfikir, eh bagus ke sebenarnya Shaklee ini? Tak sesuai ke? Ok sebelum anda sampai kepada kesimpulan, jom kenali dulu apakah krisis penyembuhan.

Jangan panik sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan

Jangan panik sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan

Apakah Krisis Penyembuhan?

Krisis penyembuhan merupakan proses berterusan dalam badan yang memerlukan masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas.

Antara proses pembersihan ini adalah menyingkirkan toksin yang sekian lama berkumpul dalam badan. Semasa proses penyingkiran toksin inilah badan anda mengalami tanda atau simptom yang membuatkan anda rasa tidak selesa.

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrisi, nutrisi tersebut akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan kita.

Tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran dan penggantian tisu lama dengan tisu baru dan lain-lain dengan berkesan.

Bayangkan sekiranya badan kita seumpama besi paip berkarat, anda masukkan pula serbuk anti karat, banyak karat akan terhakis keluar daripada dinding paip tersebut. Anda akan rasa lebih teruk sebab banyak kotoran terdapat di sekeliling paip tersebut. Tetapi selepas karat disingkirkan, paip akan jadi lebih baik dan bersih umpama baru.

Krisis penyembuhan merupakan petanda menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan itu benar-benar berkesan. Sesetengah orang berfikir simptom yang mereka alami merupakan petanda penyakit mereka lebih teruk atau tidak sesuai dengan diri mereka, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi.

Anda boleh merujuk juga kepada video di bawah.

Setiap orang akan mengalami petanda atau simptom krisis penyembuhan yang berbeza. Setengah orang pengalaminya sebaik sahaja mengambil makanan tambahan, dan setengah yang lain pula hanya merasainya selepas satu atau dua bulan.

Justeru, kesannya berbeza, lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk kesan penyembuhannya. Krisis penyembuhan mungkin mengambil masa 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya merasai perubahannya. Perubahan contohnya tenaga bertambah, pergerakan sistem usus lebih baik dll. Namun sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda mungkin mempunyai masalah berikut:

  • Tidak konsisten mengambilnya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang dicadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti mengambilnya
  • Pemakanan tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petandanya

Krisis Penyembuhan dan Petandanya

Krisis Penyembuhan dan Petandanya

Menurut Dr Mary Ruth Swap dari Universiti Columbia, krisis penyembuhan dan penyebabnya seperti berikut:

  • Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
  • Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
  • Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau. Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar’
  • Kembung perut Sistem penghadaman yang lemah
  • Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
  • Penghasilan lendir seperti selsema,kahak Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
  • Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan darah
  • Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
  • Peningkatan rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah
  • Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah
  • Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang / penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak
  • Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia
  • Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
  • Edema (membengkak) Masalah buah pinggang

 

Shaklee Adalah Produk Semulajadi

Anda kena pandai juga bezakan, antara krisis penyembuhan dengan keracunan. Petanda keracunan lain pula, dan anda juga boleh semak ramuan produk sekiranya ada sebarang bahan kimia yang berbahaya pada produk yang anda ambil.

Produk Shaklee pula adalah semulajadi, semulajadi maksudnya ia menggunakan bahan yang organik, tanpa bahan berbahaya. Anda boleh juga merujuk kepada senarai TIDAK Shaklee. Apabila sesebuah syarikat membuat jaminan begitu, ia merupakan piagam yang besar, sebab kalau tidak betul orang boleh saman syarikat itu.

Selain itu, Shaklee juga mempunyai beribu-ribu ujian klinikal setiap tahun, ini berbeza dengan produk lain di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Pengalaman Dengan Krisis Penyembuhan

Macam suami saya itu, selepas 3 hari memang ok dah dia. Dan apabila ambil suplemen pun selepas itu, tiada lagi rasa krisis penyembuhan itu lagi. Suami saya kuat juga krisis penyembuhannya, ini disebabkan toksin dalam badannya memang banyak, almaklum dia seorang perokok tegar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

8 thoughts on “Krisis Penyembuhan: Bagus Ke Tidak?

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu, kena bersabar, yg orang tak tahan sebab ingat kesannya buruk

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge