Kita Yang Terdesak

By | 24 December 2013

[KITA YANG TERDESAK]

1) KEADAAN TIDAK MENENTU

Kita hidup dlm keadaan ekonomi yg tidak menentu.. banyak uncertainty. kenaikan harga minyak, harga barang, kenaikan kos hidup dsb… jgn nanti tunggu nak merungut jer. Bagaimana nanti kalau berlaku kegawatan ekonomi? Kalau betul jangkaan akan berlaku lagi kegawatan ekonomi… dan sedar tak hutang negara kita lebih 500 billion? Adakah anda benar2 yakin kerajaan skg ni dapat bayar gaji anda 10 tahun, 20 tahun lagi? Utk 5 tahun lagi pun sy tak yakin. Ya, semuanya Allah yg tentukan.. tapi lebih baik kita ada pendapatan ke2 sebagai backup dan juga simpanan utk menghadapi masa2 sukar.

2) EKONOMI KAPITALIS

Kita berada dlm sistem ekonomi kapitalis yg menindas. yg kaya makin kaya, yg susah makin susah. golongan sederhana makin berkurang. tinggal nanti yg kaya dengan yg miskin jer. jurang sangat besar.. dengan dunia ribanya. sy taknak bergelumang dgn riba! mari kita berusaha agar dpt beli kereta cash dan rumah pun cash! Semuanya tak mustahil.

3) INFLASI

Selagi kita menggunakan wang fiat… kita tak dpt nak mengekang inflasi & kenaikan harga barang. nilai wang kita makin mengecut. inflasi di bawah 4% masih dikatakan normal tapi hakikatnya lebih drp itu!! So apa tindakan kita? nak tunggu duit RM50 kita jadi macam 50 sen?

Tindakan yg blh dibuat: cepat2 ada duit utk beli emas. sbb emas pun kena beli dgn duit. huhu. buat simpanan emas & plg tidak ada hartanah yg tak susut nilai.

4) PEGANGAN EKONOMI

Sedar tak berapa pegangan ekonomi orang Melayu? kita jauh tertinggal di negara kita sendiri. Ini juga adalah JIHAD EKONOMI kita… bukan utk kita kaya sorang2 tp agar kita dapat MEMBERI.

5) NAK BANTU ISLAM

Bagi sy ini adalah desakan yg paling kuat… kita nak bantu umat Islam yg lain & kita nak bantu agama Allah. Kita nak buat usaha dakwah dan kita perlukan wang. Ya, mmg wang bukan segalanya… tapi semua usaha memerlukan wang.. perjuangan Islam hari ini memerlukan wang… dan tidakkah kita sedar, kerajaan Islam terdahulu menikmati kemakmuran ekonomi? bukan saja kemakmuran ekonomi, tapi kemantapan iman & sahsiah yg bergerak seiring. kita nak capai tahap mcm tu.. agar tak ada lagi yg layak terima zakat!

7) Sistem politik kita… kita duk dlm iklim politik yg mcmana. kerajaan yg mcmana. nepotisme? kronisme? sy tak begitu nak ulas pasal ni. tp yg pasti.. kena mantapkan ekonomi kita & keluarga.. takyah nak harap brim ke apa subsidi yg ada. sampai bila nak harapkan subsidi, nak harapkan kelebihan utk bumiputra.. apa yg kita lakukan pd hari ini bkn utk kita jer, tp utk generasi akan dtg. Kalau ayah kita menteri takpe la… kalau ayah kita dah mmg kaya raya takpe la… dan sy, sy bukan anak orang kaya. jadi sy kena kerja keras.

8 ) KEJAR YANG 5 SEBELUM 5

Masa muda sebelum tua
Masa lapang sebelum sibuk
Masa sihat sebelum sakit
Masa senang sebelum susah
Masa hidup sebelum mati

Kita tak tahu bila kita akan dipanggil oleh Allah… Jadi, manfaatkan setiap masa yg kita ada. Sekurang-kurangnya apabila kita kembali kepada Allah nanti, ada yg dah kita lakukan utk keluarga kita, utk anak2 kita, utk agama kita…

Bagi sy dah takde masa nak tunggu tahun depan, 2 tahun lagi, 3 tahun lagi.. atau lepas pencen baru nak fikir untuk bantu Islam. Skg ni, guna apa saja yg kita ada… ada ilmu, guna ilmu yg kita ada… ada kepakaran, guna kepakaran. ada kemahiran, guna kemahiran kita utk bantu Islam.

Semoga Allah bantu kita untuk bantu agama-Nya.. tetapkan kita di atas landasan agama-Nya dan golongkan kita bersama orang2 yg beriman dan beramal soleh. AMIN YA RABB.

Ya Allah, mudahkan urusan kami…. permudahkanlah ‘dunia’ kami untuk akhirat kami….

Kredit Kaklong Nuzula


https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog 
www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook 
www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge