Call nowWhatsapp

Rasanya jarang sangat saya kongsikan berkenaan kisah shopping saya. Bukan apa, saya bukan jenis suka menunjuk. Hahah poyo. Tapi ini hendak tunjuklah apa yang saya shopping baru-baru ini.

Kisah Shopping Bulan April 2017

1. Kasut Medifeet

Awal bulan ini pagi sebelum ke hospital Selayang, terjumpa segumpal duit dalam henbag. Handbag lama saya tak guna, mungkin ada 1 tahun lebih. Masa itu belum fikir apa-apa sebab ala hendak ke Hospital, bukan hendak shopping apa-apa kan.

Sampai di Hospital, segera ke Fisioterapi dan Occupational Terapi untuk buat temujanji untuk abah. Mudah sahaja caranya, tapi nanti saya cerita dalam posting lain.

Selesai buat terapi, saya berjalan menuju ke lobi. Disitu memang ada booth Medifeet. Saya saja singgah tengok-tengok. Dalam hati bukan nak beli pun.

Sekali saya terpempan dengan kasut ini. Wah cantiknya, harganya pun cantik sangat. RM265. Bila dicuba, rasa selesa sangat. Mula tu saya hendak beredar sahaja, masa ini memang lupa langsung pasal duit yang ditemui pagi tadi.

Tatkala masukkan tangan ke dalam beg, terasa ada duit. Baru teringat ada duit selambak. Ha apa lagi, sambil tunggu abang Grab datang, saya pun sambar sajalah kasut tu.

Lama juga saya tak shopping kasut, adalah setahun juga. Jadinya kasut ini boleh buat hadiri majlis Conference Shaklee dan buat raya sekalilah. Baru berbaloi dengan harganya kan.

Kasut Medifeet hasil sambaran

Kasut Medifeet hasil sambaran

2. Jubah dan jubah

Saya ada order jubah Qatar dari kawan saya yang tinggal di sana. Ala-ala jubah yang dipakai Neelofa dalam Surihati Mr Pilot. Sebiji. Tapi saya hendak pakainya semasa Conference Shaklee, jadi mestilah hendak glitter-glitter gitu kan.

Dan saya beli sepasang jubah lagi di Kenanga Shopping. Murah sangat, hanya rm50 sepasang. Kainnya best juga.

Kawan saya Puan Azean, peneman saya shopping di Kenanga Shopping

Kawan saya Puan Azean, peneman saya shopping di Kenanga Shopping

Kedua-dua ni saya pasangkan batu-batu cantik. Di mana lagi, mestilah di LBRS. Harga sangat berbaloi. Kalau kat luar mesti dah kena RM200++. Kualiti pun setanding jenama popular (Jakellah apa lagi).

Owner LBRS ini pula kawan saya, Puan Kharini. Semoga lebih berjaya hendaknya.

Cik Puan Kharini owner LBRS

Cik Puan Kharini owner LBRS

Jom layan gambar jubah saya. Belum pakai lagi, nanti saya share versi yang saya pakai sendiri. Tak sabarlah.

Jubah ala Neelofa yang dijahitkan lace pada kakinya

Jubah ala Neelofa yang dijahitkan lace pada kakinya

Jubah biasa ditambah dengan beads

Jubah biasa ditambah dengan beads. Sorry terbalik pulak

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)