Kisah Pengasuh, Taska dan Keselamatan Kanak-kanak

By | 31 October 2014
Kanak-kanak

Semalam ada lagi kisah berkenaan pengasuh samada persendirian atau di taska mendera kanak-kanak jagaannya. Kejadian berlaku di Pulau Pinang, sebuah flat. Ibu dok tingkat 5, pengasuh tingkat 7. Hantar sejak tahun lepas. Diberitakan ibu terjah ke rumah pengasuh sebab anak balik rumah tiap kali mesti lapar dan tak bermaya.

Saya rasa rakyat Malaysia ni masih ramai masih belum ada rasa kasih atau kasihan kepada kanak-kanak. Memang bukan anak kita, tapi anak-anak adalah ahli syurga. Takkan kita expect umur kecil tu matang macam kita? Macamla kita time kecik dulu tak nakal camtu? Ye kah?

Satu hal adalah memang pengasuh persendirian mahupun di taska, kalau anda takde sifat kasih kepada kanak-kanak, eloklah jangan bekerja dalam bidang ni. Bidang pengasuhan kanak-kanak memang memerlukan perasaan kasih sayang, ia bukan macam bidang lain. Kalau anda buat pengasuhan hanya sebab anda takde kerja lain, maka cubalah sedaya upaya pandang kanak-kanak dengan rasa kasihan. Kasihan sebab mereka tak tahu apa-apa.

Kanak-kanak memang sifatnya nak meneroka. Nak bermain. Nak marah boleh, tapi janganlah sampai ikat kaki tangan macam tu. Janganla sampai suap penuh-penuh dalam mulutnya sampai tercekik. Itu bukan mengajar dah, itu mendera!

Kanak-kanak

Kanak-kanak jiwanya memang nak main

Dilema Ibu Bapa Bekerja

Jika anda bekerja, memang ada beberapa pilihan untuk penjagaan kanak-kanak. Saya dulu pernah buka taska selama 1 tahun setengah. Jadi saya memang ada pengalaman dalam bidang ni. Setakat saya jaga memang saya takde masalah dengan ibu bapa dan cikgu.

Pilihan taska

Banyak taska sekarang boleh jadi pilihan. Yang swasta atau kerajaan. Kerajaan punya contohnya Permata. Yang swasta berlambak untuk jadi pilihan anda. Bila nak pilih taska, yang penting bukan sebab lokasi ok. Yang penting duit. Sebanyak mana anda boleh spent duit untuk kebajikan anak anda. Rate taska yang baik adalah dalam lingkungan RM350 ke atas.

Sebab apa saya cakap camtu?
– Gaji minima cikgu adalah RM900. Gaji ni datangnya daripada yuran anda lah juga. Jika anda bayar yuran bulanan murah, bayangkanlah gaji cikgu mesti murah. Saya pernah dapat tahu ada cikgu dapat gaji RM300. Memang betul cikgu perlu ikhlas jaga budak, tapi cikgu tu pun manusia, dia banyak keperluan lain yang beliau perlukan. Macam andalah juga.Lagipun peraturan gaji minima memang kerajaan dah implement, termasuk taska. Mahu tak mahu taska memang kena up yuran.

Makin tinggi gaji cikgu, makin sukalah cikgu kerja di situ dan semakin suka dia melayan anak-anak anda. Cikgu berkemahiran pula datangnya bila pengusaha hantar cikgu untuk latihan dll. Nak hantar latihan ni kos la, kos ni datangnya juga daripada yuran anda. Jadi bila yuran tinggi, senanglah pengusaha hantar cikgu ke latihan.

– Cari taska yang ada kemudahan yang baik. Tengok pada taska tu, ada kemudahan tak contohnya playground, atau barang-barang mainan lain.

– Cari taska yang ada CCTV. Senang nak pantau, nak pantau cikgu atau ibu bapa terpulanglah. Ya, memang ada taska yang pantau ibu bapa. Saya pun buat juga dulu. Hahaha. Sebab memang ada kes ibu bapa tahu anak dia memang sakit, muka dah biru dll tapi masih hantar ke taska. Kalau apa jadi kat anak tu, taska yang dipersalahkan. Ha, tak percaya? Banyak kes berlaku camni ok.

– Bila anda bayar yuran mahal, makanan yang disediakan pun real food, takde la anak anda asyik makan junk food je. Atau kalau buat bubur, bubur kosong je? atau sup ayam tapi buh berapa ketul je ayam, tu pun kaki ayam? Harga barang makin mahal, kalau anda pi shopping barang dapur dah rasa mahalnya, begitu jugalah perasaan pengusaha / pengasuh tadi. Nak pula jaga sampai 30 orang budak, dapat duit ciput, sudahnya dia beli je la sehari seekor ayam untuk 30 orang kanak-kanak tu.

– Bil air dan bil elektrik adalah ikut bisnes rate, bukan personal. Bila bisnes rate memangla bil tu mencanak je naik. Sebab tu setengah taska bergelap je sebab nak jimat elektrik. Macamana nak sustain kalau yuran murah?

– Kalau taska tu adalah daripada sewaan, pengusaha kena bayar sewa rumah pulak. Rege sewa ni bergantung kepada tuan rumah. Ada yang murah hati bagi je sewa murah tak ikut bisnes rate. Kalau kena tuan rumah mencekik, dia letak harga bisnes rate. Biasa orang sewa RM1000, tapi sebab bisnes sewa jadi RM1800. Tak caya? inilah  yang berlaku.

Jadi ikut mana anda nak yuran murah tu? Memang tak dapat dah sekarang ni, tahun ni minyak naik, tahun depan GST, percayalah yuran pun akan naik. Janganlah salahkan taska atau pengasuh, sebab mereka juga mangsa seperti anda.

Adakah pilihan untuk ibu bapa bergaji rendah

Ok untuk anda ibu bapa yang bergaji rendah. Anda boleh consider hantar anak anda kepada Permata. Setahu saya memang Permata untuk menolong ibu bapa yang berpendapatan rendah, tak silap gaji bawah RM2000 sebulan. Tapi masalahnya Permata tak banyak, jadi inilah masanya anda tulis surat kepada JKM mohon Permata di tempat anda. Dengan peruntukan RM700 juta setahun, JKM memang mampu buat dan operate Permata banyak-banyak. Sekurang-kurangnya 1 Permata di setiap DUN.

Satu lagi, cubalah cari kalau-kalau ada saudara mara terdekat anda yang boleh tolong mengasuh anak anda. Bukan apa kalau saudara mara ni hubungan special sikit, jadi kita nak trust tu lebih la lagi kan. Saya faham orang lain punyai masalah yang berlainan. Kalau anda tak dapat juga dan perlu mencari kaedah lain, kena sentiasa berjaga-jaga hal anak-anak ni. Tengok kalau-kalau ada perubahan padanya, dan cepat-cepat bertindak.

Yang saya tulis di atas adalah beberapa pandangan saya dan hasil daripada pengalaman saya sebagai pengusaha taska. Saya harap dapat menjelaskan kepada anda kenapa sesetengah taska harga mahal dan apa puncanya.

Berbalik kepada cerita di Pulau Pinang tu, kita juga berharap semua pengasuh dapat menjaga anak-anak dengan baik. Kanak-kanak adalah amanah, anda untung sebab bekerja dengan ahli syurga, ramai malaikat turut mendoakan anda. Jika anda ikhlas dan bersabar, besar ganjarannya disisi Allah nanti.

Saya juga berharap perlindungan kanak-kanak dapat diketatkan lagi. Masyarakat kita perlu lebih peka dan lebih kasih kepada kanak-kanak. Contohnya masa saya di Australia dulu bawa anak sulung saya masa tu 1 tahun lebih. Bila kita bawa budak, automatik masyarakat sana mendahulukan keperluan kanak-kanak ni termasuk masa naik train dll. Maybe di Malaysia dah terdedah benda ni, insyaAllah lama-lama adalah nampak perubahan tu.

Mamahakim

4 thoughts on “Kisah Pengasuh, Taska dan Keselamatan Kanak-kanak

  1. Laila

    Betulah Kak Anah.
    Suka entry ni.

    >> Pengasuh anak mesti ada minat dengan budak-budak, bukan pilihan sebab takde kerja lain.
    >> Yuran juga ambil peranan. saya di KK dulu sanggup hantar anak yuran rm450/monthly, sebab tgk taskanya bersih.
    >> yang anak sakit pun ada kes, anak dah sakit berjangkit masih ada yang hantar anak ke Taska! padahal tanggunjawab mak bapak nak jaga anak ketika sakit. Kesian anak.

    Reply
  2. Erarose Delima

    Kadang-kadang susah nak kata. Ada kalanya salah pengasuh. ada kalanya salah anak tu sendiri sebab degil. Tapi apa pun, tugas pengasuh bukan menjaga anak tersebut tapi turut mendidik. Supaya anak tersebut boleh mendengar kata dan bijak
    Erarose Delima recently posted…Serangan jantung di usia mudaMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      Budak2 memang ada yang degil dan nakal tak dinafikan. Tapi orang dewasa tak boleh sewenangnya perlakukan kekerasan macam tu. Rasulullah ajar berdoa kalau part anak nakal ni. Tu ikhtiar juga kan. 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge