Pernahkan anda kecil-kecil dulu, lepas bangun tidur tiba-tiba perasan ada kesan lebam pada tangan atau kaki? Selalu orang kata lebam sebab digigit hantu, tapi betulkah? Saya berumur 36 tahun pun masih percaya perkara ini. Tapi saya ada maklumat baru.
Kesan Lebam Disebabkan Digigit Hantu?
Betulkah kesan lebam sebegini disebabkan digigit hantu? Takutnya kan, agak-agak tidur malam pun rasa takut hendak pejam mata. Tapi sejauh mana benarnya mitos ini?
Sebenarnya kesan lebam yang tiba-tiba (tanpa jatuh, kemalangan dll) pada tangan dan kaki adalah merupakan tanda anda kekurangan vitamin C.
Gejala Kekurangan Vitamin C Menyebabkan Badan Mudah Lebam
Tubuh yang mudah lebam disebabkan salur darah yang lemah, salur darah tidak dapat menghantar oksigen mencukupi ke bahagian-bahagian tubuh. Ini menyebabkan tempat-tempat tertentu mudah menjadi lebam.
Ini sama dengan situasi penyakit Skurvi iaitu gusi berdarah, adalah disebabkan lemahnya salur darah hingga menyebabkan mudahnya gusi berdarah.
Vitamin C bukan sahaja untuk kecantikan, bahkan untuk kesihatan keseluruhan anda. Antara penyakit lain berkaitan kekurangan vitamin C adalah:
- Berkurangnya tenaga secara kronik, kemurungan dan badan lemah.
- Anemia (dari anemia sederhana sehinggalah anemia yang kritikal).
- Haemorrhages (salur darah bocor) ke otot tangan dan kaki, sendi-sendi dan kerosakan kuku (nail-beds).
- Penyakit kulit – Kulit menjadi lebam kebiruan.
- Gigi mudah tercabut dan berlaku pendarahan pada gusi
- Masalah penghadaman
- Sukar mengawal stress
- Selalu selsema, letih dan demam
Video di bawah juga memaparkan antara gejala kekurangan vitamin C.
Maksimakan Pengambilan Vitamin C anda
Untuk kesan optimum, di bawah adalah tips pengambilan vitamin C untuk anda:
- Ambil vitamin C selepas makan. Vitamin C yang di ambil bersama makanan akan memudahkan ia untuk dicerna dan lebih cepat memasuki darah.
- Untuk penyerapan iron pada tahap optimum, ambil iron bersama-sama dengan vitamin C. Gabungan iron dan vitamin C akan menguatkan lagi badan kita.
- Untuk kesan lebih optimum, ambil vitamin C yang bercirikan sustained release’ di mana vitamin C akan dilepaskan setiap 1 jam sebanyak 100mg.
Jangan ambil dos yang tinggi sekaligus, ambil ia secara berperingkat untuk memastikan vitamin C sentiasa ada dalam darah anda dan ini meningkatkan peluang pemulihan yang pantas dan tinggi.
Jom ketahui keunikan vitamin C Shaklee yang sedang promo bulan ini. Memang terbaik.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Rakan sekerja saya ada mengalami lebam seperti itu, tiba-tiba jer lebam kat bahagian lengan. Pelik juga. Lepas baca artikel ni, baru tahu, kurang vitamin C rupanya.
ringantangan recently posted…Kenali nyamuk Aedes, cegah denggi
fakta yang kita tak tahu kan
citt… kurang vitamin c rupanya.. ingat kena gigit polong.. hahahah tahyul la orang tua dulu dulu. kerja nak mudah je.. tak tahu je terus jadi perkara mistik!!!!
bukharimalek recently posted…5 Kafe Menarik Anda Patut Cuba Di Kuantan
saya pun baru2 ni saja baru tahu ni, terus share dengan pembaca
Oh ye ker?… Barulah saya tahu… Kalau dekat kampung, tentu ramai yang ingat kesan lebam ni akibat digigit hantu… Terima kasih di atas perkongsian info..
Anuar recently posted…Pakar SEO ini, kini Sudah Kembali!
kat bandar pun ramai masih ingat macamtu
ohh..
kena la makang banyak-banyak vitamin c lepas ni jawabnnya ehh
titan recently posted…21 Amalan Menjemput Jodoh dalam masa TERDEKAT
makan banyak2 ye
good info..patut la since dah amalkan vita c tak nampak dah kesan “gigit hantu” ni…
wanie recently posted…Rahsia Ulaman Tempatan
saya pun lama dah takde
oo…baru tahu, bila jadi macam ni, kurang vitamin C…
Bagus info yang berguna
sharimah recently posted…2016 : 10 Cuti Panjang Di Malaysia
kena pastikan vitamin c mencukupi ya
Selalu dulu cakap gitu kan, lebam ja kesan hantu gigit..haha
Noriza Rahman recently posted…Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
itula, sampai ke besar pun fikir gitu lagi
Ilmu baru ni. Mati-mati ingat kena gigit hantu selama ni. Kurang vitamin C rupanya. Baiklah. Kena pastikan ambik vitamin C konsisten lepas ni. Terima kasih ye Puan 🙂
Nori Anwar recently posted…Tempah Fridge Magnet di MyMagnetic
sma-sama sis