Kesan Lebam: Digigit Hantu Atau Kurang Vitamin C?

By | 16 November 2015
Lebam Tanda Digigit hantu atau kekurangan Vitamin C?

Pernahkan anda kecil-kecil dulu, lepas bangun tidur tiba-tiba perasan ada kesan lebam pada tangan atau kaki? Selalu orang kata lebam sebab digigit hantu, tapi betulkah? Saya berumur 36 tahun pun masih percaya perkara ini. Tapi saya ada maklumat baru.

Kesan Lebam Disebabkan Digigit Hantu?

Betulkah kesan lebam sebegini disebabkan digigit hantu? Takutnya kan, agak-agak tidur malam pun rasa takut hendak pejam mata. Tapi sejauh mana benarnya mitos ini?

Lebam Tanda Digigit hantu atau kekurangan Vitamin C?

Lebam Tanda Digigit hantu atau kekurangan Vitamin C?

Sebenarnya kesan lebam yang tiba-tiba (tanpa jatuh, kemalangan dll) pada tangan dan kaki adalah merupakan tanda anda kekurangan vitamin C.

Gejala Kekurangan Vitamin C Menyebabkan Badan Mudah Lebam

Tubuh yang mudah lebam disebabkan salur darah yang lemah, salur darah tidak dapat menghantar oksigen mencukupi ke bahagian-bahagian tubuh. Ini menyebabkan tempat-tempat tertentu mudah menjadi lebam.

Ini sama dengan situasi penyakit Skurvi iaitu gusi berdarah, adalah disebabkan lemahnya salur darah hingga menyebabkan mudahnya gusi berdarah.

Vitamin C bukan sahaja untuk kecantikan, bahkan untuk kesihatan keseluruhan anda. Antara penyakit lain berkaitan kekurangan vitamin C adalah:

  • Berkurangnya tenaga secara kronik, kemurungan dan badan lemah.
  • Anemia (dari anemia sederhana sehinggalah anemia yang kritikal).
  • Haemorrhages (salur darah bocor) ke otot tangan dan kaki, sendi-sendi dan kerosakan kuku (nail-beds).
  • Penyakit kulit – Kulit menjadi lebam kebiruan.
  • Gigi mudah tercabut dan berlaku pendarahan pada gusi
  • Masalah penghadaman
  • Sukar mengawal stress
  • Selalu selsema, letih dan demam

Video di bawah juga memaparkan antara gejala kekurangan vitamin C.

Maksimakan Pengambilan Vitamin C anda

Untuk kesan optimum, di bawah adalah tips pengambilan vitamin C untuk anda:

  • Ambil vitamin C selepas makan. Vitamin C yang di ambil bersama makanan akan memudahkan ia untuk dicerna dan lebih cepat memasuki darah.
  • Untuk penyerapan iron pada tahap optimum, ambil iron bersama-sama dengan vitamin C. Gabungan iron dan vitamin C akan menguatkan lagi badan kita.
  • Untuk kesan lebih optimum, ambil vitamin C yang bercirikan sustained release’ di mana vitamin C akan dilepaskan setiap 1 jam sebanyak 100mg.

Jangan ambil dos yang tinggi sekaligus, ambil ia secara berperingkat untuk memastikan vitamin C sentiasa ada dalam darah anda dan ini meningkatkan peluang pemulihan yang pantas dan tinggi.

Jom ketahui keunikan vitamin C Shaklee yang sedang promo bulan ini. Memang terbaik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

16 thoughts on “Kesan Lebam: Digigit Hantu Atau Kurang Vitamin C?

    1. Raihanah Ahmad Post author

      saya pun baru2 ni saja baru tahu ni, terus share dengan pembaca

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge