Keperluan Vitamin D Untuk Kanak-kanak

By | 31 December 2015
Kepentingan Vitamin D Kepada Kanak-kanak

Posting sebelum ini saya ada kongsikan anak no 2 saya (Faiz) seorang yang underweight dan underheight. Beliau memang lasak orangnya dan kurang makan.

Ada 1 vitamin iaitu Vitamin D yang saya pernah terbaca bahawa kekurangannya boleh menyebabkan kurangnya selera makan dan menjejaskan tumbesaran.

Jadi posting ini berkenaan fungsi vitamin D, kesan kekurangan dan sumbernya.

Apakah Vitamin D

Saya belajar sains masa sekolah menengah dulu dan saya masih ingat salah satu sumber vitamin D adalah cahaya matahari. Tetapi apakah vitamin D?

Menurut web KKM,

Vitamin D merupakan sejenis vitamin yang larut dalam lemak. Terdapat dua bentuk vitamin D yang utama iaitu ergocalciferol (vitamin D2) dan cholecalciferol (vitamin D3). Vitamin D2 boleh disintesiskan oleh tumbuhan dan kulat manakala vitamin D3 boleh disintesiskan sendiri oleh manusia apabila kulit kita terdedah kepada sinaran ultraungu B (UVB) dalam cahaya matahari. Oleh itu, vitamin D juga dikenali sebagai vitamin “sunshine”.

Salah satu sumber vitamin D adalah daripada sinar matahari

Salah satu sumber vitamin D adalah daripada sinar matahari

Jadi kita faham daripada di atas, ada 2 jenis vitamin D iaitu

  • D2 yang boleh diperoleh daripada tumbuhan
  • D3 yang diperoleh daripada pendedahan kulit kepada sinaran matahari

Fungsi Vitamin D Kepada Tubuh

Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dalam usus dan mengekalkan kepekatan kalsium dan fosfat yang mencukupi dalam darah, yang seterusnya menyumbang kepada pembentukan tulang.

Selain itu, kedua-dua Vitamin D dan kalsium memainkan peranan yang penting dalam pencegahan osteoporosis. Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi lemah, rapuh dan mudah patah. Osteoporosis adalah sejenis “penyakit senyap” kerana osteoporosis biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal.

Fungsi Vitamin D Untuk Kanak-kanak

  • Kanak-kanak memerlukan vitamin D untuk:
  • Membantu tulang untuk tumbuh dan membesar
  • Membantu kanak-kanak untuk menyerap kalsium yang diambil bagi keperluan badan mereka.

Kesan Kekurangan Vitamin D

Kekurangan Vitamin D adalah sesuatu yang serius seperti

  • Menyebabkan penyakit riket (bukan reket badminton ok) iaitu penyakit berkaitan kecacatan tulang, terutama tulang belakang, kaki dan tengkorak, tulang mudah patah, bengkak sendi dan lemah otot.
  • Menyebabkan penyakit-penyakit seperti osteoporosis, beberapa jenis barah, sakit jantung dan diabetes.

Sumber Vitamin D

Biasanya kanak-kanak boleh mendapatkan khasiat vitamin D daripada makanan contohnya

Antara sumber vitamin D

Antara sumber vitamin D

  • ikan salmon
  • mackerel
  • sardin
  • putih telur
  • ubi kentang
  • oat
  • mentega dan produk tenusu

Bagaimana Kita Hendak tahu Vitamin D Mencukupi Atau Tidak?

Bagi ibu bapa yang risau dengan keadaan fizikal anak-anak yang mungkin kurang berat dan kurang tinggi, anda boleh meminta doktor membuat ujian darah untuk mengetahui vitamin D mencukupi atau tidak.

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh South East Asian Nutrition Surveys (SEANUTS), 1 daripada 2 kanak-kanak Malaysia mengalami masalah kekurangan vitamin D dan tidak mengambil kalsium mencukupi dalam hidangan harian mereka.

Selain Makanan Dan Cahaya Matahari, Adakah Suplemen Membantu?

Saya pernah bertanya dengan seorang pakar nutrisi kami berkenaan keadaan anak saya, beliau cadangkan pengambilan Vitalea For Children.

Vitalea For Children terbaik untuk anak-anak

Vitalea For Children terbaik untuk anak-anak

Masa itu saya tidak yakin sebab saya bimbang tidak dapat memujuk anak mengambilnya. Sebab ini juga saya jarang juga buat posting berkenaan Vitalea For Children, setakat ini hanya anak sulung saya sahaja mengambilnya dengan jaya.

Faiz ini unik sikit, berbanding abangnya yang akan makan apa saja yang saya beri, Faiz mempunyai banyak ragam. Rasanya sudah berbulan juga selepas saya berjumpa Nurul, pakar nutrisi kami. Namun saya hanya berjaya memujuknya semalam, Alhamdulillah… bangga kejap dengan diri sendiri.

Bagi keadaan Faiz: tidak mengambil sayuran, kurang ambil susu, Vitalea For Children menawarkan manfaat yang sangat banyak.

Manfaat Vitalea For Children

Vitalea FC mengandungi

  • 18 jenis vitamin dan mineral perlu.
  • 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.
  • Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain.

Sebenarnya Vitalea FC yang ada sekarang merupakan vitalea FC yang telah dipertingkatkan.

Vitalea For Children dengan formula yang dipertingkatkan

Vitalea For Children dengan formula yang dipertingkatkan

Selain itu, Vitalea FC ini

  • Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.
  • Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.
  • Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya!
  • Multivitamin kanak-kanak terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.
Perbandingan multivitamin Vitalea For Children berbanding multivitamin kanak-kanak jenama lain

Perbandingan multivitamin Vitalea For Children berbanding multivitamin kanak-kanak jenama lain

Untuk makluman anda juga Vitalea For Children ini sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4  hingga 12 tahun terutama yang tidak suke makan sayur.

Jemput tonton video di bawah pengalaman seorang ibu memberi anaknya Vitalea For Children untuk kesihatan anaknya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

23 thoughts on “Keperluan Vitamin D Untuk Kanak-kanak

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul kak, lebih mencabar kalau ibu seorang bekerja jadi nak plan makan sampai 6x sehari tu mmg mencabarlah

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      semuanya bagus2 sebab melalui kajian demi kajian

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      underweight kalau tak ketara sangat ok lagi

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kecik2 saya rasa tak pernah makan suplemen apa pun. huhuh

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge