Call nowWhatsapp

Disebabkan saya baru balik daripada workshop Landmark Study oleh Dr Bruce Daggy, ada maklumat penting yang saya nak kongsikan dengan anda semua. Salah satunya berkenaan nutrisi kepada tulang.

Ramai orang anggap, asal tulang je mesti kalsium. Betul tak? Kalau ada tambahan pun, mesti magnesium. Magnesium untuk bantu proses penyerapan kalsium kan. Kalau saya sebut, tulang kita perlukan 20 keperluan nutrisi untuk tulang berfungsi dengan baik mesti ramai yang nganga.

Ya, nganga. Saya pun nganga dalam kelas. Memang info baru. Jadi inilah saya hendak kongsikan.

Rakyat Malaysia kurang ambil kalsium

Saya ingin kongsikan maklumat ini dahulu. Statistik dan kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan rakyat Malaysia sangat kurang mengambil kalsium.

Keperluan Kalsium spesifik ibu mengandung sangat rendah

Keperluan Kalsium spesifik ibu mengandung sangat rendah

Mengikut statistik, pengambilan kalsium kita hanya sekitar 45% sahaja pada tahun 2015. Hanya naik 1% berbanding 10 tahun sebelumnya. Memang betul mungkin anda ambil kalsium melalui susu, tapi adakah betul kalsium berjaya diserap oleh badan? Ini persoalan penting.

Kepentingan tulang

Sistem rangka terdiri daripada tulang, tulang rawan, dan membran yang melapisi tulang. Setiap tulang adalah organ yang meliputi rangkaian yan mengikat seperti (tulang, darah, tulang rawan, tisu adipos, dan jaringan ikat menyerabut), jaringan saraf, serta jaringan otot dan liang epitelium (di dalam pembuluh darah). Tulang mempunyai banyak fungsi, meliputi:

  • Penunjang. tulang menyediakan suatu kerangka bagi tempat pelekapan otot dan rangkaian lain.
  • Perlindungan. Tulang-tulang seperti tengkorak dan tulang sangkar rosak melindungi organ-organ dalam dari luka-luka.
  • Pergerakan. Tulang membolehkan pergerakan tubuh dengan berfungsi sebagai tuas dan titik pelekapan otot.
  • Simpanan mineral. Tulang berfungsi sebagai gudang kalsium dan fosforus, mineral yang penting bagi aktiviti sel di seluruh tubuh.
  • Pengeluaran sel darah. Pengeluaran sel darah atau hematopoiesis terjadi di sumsum tulang yang berada di dalam rongga tulang tertentu.
  • Penyimpanan tenaga. Lipida (lemak) yang disimpan di dalam sel-sel adipos di sumsum kuning bertindak sebagai gudang tenaga.

Banyak fungsikan? Jadi adakah tepat menyatakan hanya kalsium yang penting?

Keperluan Nutrisi Untuk Tulang

Berbalik kepada topik perbincangan hari ini, saya ingin sebutkan beberapa nutrisi yang perlu untuk tulang seperti berikut:

  • Vitamin D
  • Vitamin K
  • Kalsium
  • Potasium
  • Vitamin B
  • Protein
  • Magnesium
  • Mangan
  • Boron
  • Zink
  • Dan banyak lagi

Untuk khasiat setiap nutrisi tu boleh baca dalam posting betterbones.com

Jadi bila berkaitan tulang, tak boleh kita hanya nak fokus kepada keperluan kalsium sahaja. Sebab ada 20 nutrisi lain yang diperlukan oleh tulang untuk ia berfungsi dengan baik.

Ini pula ada khasiat nutrisi dalam susu FarmFresh. Ia hanya mengandungi tenaga, karbohidrat, lemak, protein dan kalsium sahaja. Memang tidak cukup.

Nutrisi dalam susu

Nutrisi dalam susu

Ostematrix Bukan Hanya Pil Kalsium

Sekarang ini ayuh kita lihat bagaimana Ostematrix berbeza berbanding pil kalsium yang lain.

1. Kandungan Nutrisi Yang Lebih Lengkap

Ostematrix membekalkan nutrien harian, terutama kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Selain kalsium, Ostematrix mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tulang. Ostematrix ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

Dalam suplemen kalsium mesti ada pembantu bagi menjalankan tugasnya dengan lebih lancar dan selamat.

  • Vitamin D – berfungsi membantu kalsium menyerap ke tulang. Tanpa vitamin D, penyerapan kalsium tidak optimum.
  • Magnesium – membantu kalsium dibawa ke seluruh bahagian yang diperlukan. Magnesium ibarat kenderaan yang membawa kalsium ke seluruh badan. Magnesium adalah iron positif no 2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Boron – membantu dalam metabolisme tulang
  • Mangan, tembaga dan zinc – membantu mengaktifkan enzim yang membantu dalam membina kepadatan tulang.

Jadi berdasarkan di atas, adalah jelas setiap satu kandungan dalam Ostematrix mempunyai peranan yang sangat penting kepada keperluan kalsium itu sendiri.

2. Kadar Penyerapan Yang Lebih Efisien

Pemilihan kalsium yang bagus adalah ia mestilah mengandungi gabungan 3 ini, iaitu kalsium + vitamin D + magnesium. Kehilangan salah satu akan membuatkan penyerapan kalsium tidak sempurna dan inilah yang sering diperkatakan pengambilan kalsium berisiko terkena batu karang. Jadi, jangan salah pilih vitamin kalsium, perlu kaji kandungan kalsium tersebut.

Kajian klinikal terhadap penggunaan Ostematrix menyatakan, Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam. Boleh rujuk kepada gambarajah dibawah.

Kajian menunjukkan pengambilan Ostematrix membantu meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam badan

Kajian menunjukkan pengambilan Ostematrix membantu meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam badan

Untuk membaca jurnal yang lebih saintifik boleh merujuk kepada artikel tulisan Burton Goldberg.

Masih berfikir anda mendapat cukup kalsium? Cuba fikirkan semula berdasarkan apa yang saya kongsikan ini. Jom amalkan Ostematrix!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)