Call nowWhatsapp

Keperluan dan Manfaat Zinc Plus Shaklee

zinc plus shaklee

Lama dah kot semua orang tunggu-tunggu kembalinya Zinc Complex ke pasaran Malaysia. Good news!! Z

Zinc Plus akan kembali dan jualan akan mula dibuka pada Oktober 2018 nanti. Cuma namanya bukan lagi Zinc Complex, tapi namanya Zinc Plus. Ada peningkatan dari segi formula juga.

Ok jom kita tengok apa kebaikan Zinc Plus ni dan kenapa istimewa Zinc Plus Shaklee ni.

Apakah Zinc?

Zink adalah mineral surih yang banyak terdapat dalam sel dan komponen badan serta membantu menyokong dan mengaktifkan lebih 200 enzim dalam badan kita.  Sebagai sebahagian daripada tindak balas enzim, zink terlibat dalam pelbagai aktiviti biokimia termasuk pencernaan protein, metabolisme asid amino, pengeluaran tenaga, metabolisme tulang, penggunaan vitamin A, dan pengeluaran hormon.
Zink sangat penting dalam mengekalkan fungsi tubuh yang betul, menyokong pertumbuhan sel untuk rambut yang sihat, kuku, kulit dan menggalakkan kesihatan yang baik.

Zinc Plus Shaklee Menyediakan Khasiat Zinc Terbaik

Jadi sekarang Shaklee ada sediakan suplemen Zinc Plus namanya. Kiranya dah boleh la kita ambik hari-hari untuk cukupkan keperluan zinc. Dulu-dulu kalau saya takde isu kesihatan sangat, takde la nak ambik hari-hari. Tapi ada masa-masa tertentu memang kena ambik seperti lepas pembedahan, bersalin, kalau rambut gugur banyak dan lain-lain.

Kelebihan Zinc Plus Shaklee:

  • Tiap tablet dalam Zinc Plus Shaklee mempunyai 100% nilai harian zinc, iaitu 15mg zinc.
  • Dirumus dengan zinc gluconate. Zink gluconate adalah salah satu bentuk zink chelated terbaik. Ia mudah diserap oleh badan.
  • Zinc gluconate juga 100% berasaskan tumbuhan. Ia diekstrak dari fermentasi glukosa dari jagung maka rasa dia kurang pahit, rasa pedar dan kurang rasa logam. (Ikut pengalaman tablet zinc dia memang tak rasa apa so mudah nak telan).
  • Diformulasi tanpa tumbuhan alfalfa.
  • Sesuai untuk semua orang dewasa.
Sumber makanan Zinc dan berapa banyak perlu diambil mencukupkan keperluan zinc harian
Sumber makanan Zinc dan berapa banyak perlu diambil mencukupkan keperluan zinc harian

Apa pula manfaat Zinc Plus Shaklee

1. Zinc untuk sistem imun badan 

Zinc membantu mengaktifkan sel-sel imun badan termasuk T-cell dalam badan (ini penting kerana ia akan memberi respon dengan lebih baik termasuklah untuk ‘detect’ awal sel-sel kanser dalam badan).

Kajian mendapati bahawa zink membantu mengekang keradangan dengan cara:

  • Memendekkan tempoh dijangkiti selesema yang biasa.
  • Menyediakan sokongan sistem imun dan mengaktifkan sel imun supaya mereka berfungsi
    secara optimum.

2. Zinc untuk kulit yang sihat

Dengan ciri anti radang, Zinc membantu untuk mencegah flare pada kulit dan meningkatkan pembaharuan sel, mempercepat penyembuhan untuk kulit yang lebih sihat. Dengan itu zinc membantu merawat jerawat dan melegakan kulit yang rosak untuk mendapat kulit bersinar dan sihat.

Penting untuk kulit sihat bebas jerawat.

  • Zinc juga penting untuk peghasilan kolagen dalam badan.
  • Zinc juga boleh mengelak pertumbuhan bakteria. Terutama jika ada liang pori yang besar dan terbuka luas, ia boleh bantu mencegah bakteria tumbuh seterusnya boleh elak kulit berjerawat!
  • Dan juga boleh membantu melegakan kulit yang sensitif!

Ringkasnya Zinc Shaklee ini bagus untuk kulit bebas jerawat.

Pelbagai manfaat zinc untuk kesihatan
Pelbagai manfaat zinc untuk kesihatan

3. Zinc untuk tenaga dan stamina

Zinc merupakan mineral penting yang menggalakkan kekuatan otot dan daya tahan badan. Ia berperanan dari segi:

  • Membantu menukarkan karbohidrat, lemak dan lipid kepada tenaga. Ia memastikan badan anda dapat membakar makanan yang dimakan untuk mengelakkan gangguan pengeluaran tenaga yang dapat menyebabkan anda keletihan.
  • Menyokong pengeluaran, penyimpanan dan rembesan insulin iaitu bahan yang memainkan peranan penting dalam penyerapan glukosa ke dalam sel anda untuk memastikan pengeluaran tenaga optimum.
  • Menstabilkan struktur protein dalam otot dan mengawal selia tahap hormon untuk perkembangan otot dan penyelenggaraan otot yang lebih sihat.

4. Zinc untuk penyembuhan luka

Zink memainkan peranan penting dalam fungsi imun, melawan jangkitan dan membantu dalam sintesis tisu baru, mengelakkan perkembangan jangkitan luka.

  • Mengekalkan integriti dan struktur kulit.
  • Sintesis protein dan kolagen untuk mempromosikan penyembuhan luka.
  • Memainkan peranan penting semasa pembekuan darah.

5. Zinc untuk rambut 

Zinc menggalak rambut tumbuh lebih sihat, subur dan tebal. Jika kandungan zinc rendah dalam badan, folikel rambut lebih mudah terurai dan rambut mudah gugur! Memang bagus Zinc Shaklee ni untuk rambut gugur.

Zink adalah penting untuk pertumbuhan sel, menyokong sel yang sihat untuk prestasi badan yang optimum. Ia dapat

  • Menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut yang lebih sihat.
  • Meningkatkan pertumbuhan rambut
  • Mempercepatkan semula regenerasi folikel rambut

6. Memperkukuhkan Memori dan Meningkatkan Keupayaan Pembelajaran

Zinc membantu meningkatkan daya ingatan dan proses pembelajaran. Juga boleh mencegah peyakit berkaitan usia seperti Alzheimer.

Apabila anda menghafal atau belajar sesuatu yang baru, sel-sel otak menyambung dan  berkomunikasi satu sama lain dengan melepaskan bahan dipanggil neurotransmitter.

Disebabkan faktor penuaan, tahap zink dalam badan berkurangan. Akibatnya, prestasi otak anda menurun menyebabkan gejala seperti kehilangan ingatan, perubahan mood dan keupayaan pembelajaran rendah.

  • Zinc menyokong mental yang prestasi ingatan yang lebih baik, perhatian dan jangka bahasa.
  • Zinc membantu menghantar tepat penghantaran isyarat dari satu sel yang lain dengan lancar.
    Kajian juga telah mendedahkan kekurangan zink dikaitkan dengan memori dan kebolehan pembelajaran yang rendah.

7. Zinc untuk kesuburan / sistem pembiakan yang sihat

Mengekalkan badan yang sihat untuk memulakan keluarga melibatkan nutrien tertentu. Peranan Zinc adalah untuk kedua-dua lelaki dan wanita:

  • Zinc untuk lelaki membantu meningkatkan fungsi, kualiti dan kuantiti sperma.
  • Zinc untuk wanita, membantu sistem pembiakan wanita, mengawal hormon dan pengeluaran telur.
  • Terdapat juga kajian yang zinc bagus untuk prostat lelaki, ia membantu mengelak mati pucuk.
Siapa perlukan Zinc Plus Shaklee
Siapa perlukan Zinc Plus Shaklee

Rujukan:

1. Singh, M., & Das, R. R. (2011). Zinc for the common cold. Cochrane Database Syst Rev, 2.

2. Prasad, A. S. (2008). Zinc in human health: effect of zinc on immune cells. Molecular medicine, 14(5-6), 353.

3. Kaltenberg, J., Plum, L. M., Ober‐Blöbaum, J. L., Hönscheid, A., Rink, L., & Haase, H. (2010). Zinc signals promote IL‐2‐dependent proliferation of T cells. European journal of immunology, 40(5), 1496-1503.

4. Park, H., Kim, C. W., Kim, S. S., & Park, C. W. (2009). The therapeutic effect and the changed serum zinc level after zinc supplementation in alopecia areata patients who had a low serum zinc level. Annals of dermatology, 21(2), 142-146.

5. Michaelsson, G., Juhlin, L., & Vahlquist, A. (1977). Effects of oral zinc and vitamin A in acne. Archives of dermatology, 113(1), 31-36.

6. Menezo Y, Pluntz L, Chouteau J, Gurgan T, Demirol A, et al. (2011). Zinc concentrations in serum and follicular fluid during ovarian stimulation and expression of Zn2+ transporters in human oocytes and cumulus cells. Reproductive Biomedicine Online 22: 647-652

7. Zhao, J., Dong, X., Hu, X., Long, Z et al. (2016) Zinc levels in seminal plasma and their correlation with male infertility: A systematic review and meta-analysis. Sci. Rep. 6, 22386; doi: 10.1038/srep22386

8. Pan, E., Zhang, X. A., Huang, Z., Krezel, A., Zhao, M., Tinberg, C. E., … & McNamara, J. O. (2011). Vesicular zinc promotes presynaptic and inhibits postsynaptic long-term potentiation of mossy fiber-CA3 synapse. Neuron, 71(6), 1116-1126.

9. Kumar V, Kumar A, Singh SK, Tripathi SK, Kumar D, et al. (2016). Zinc Deficiency and Its Effect on the Brain: An Update. Int J Mol Genet and Gene Ther, 1(1).

10. Kilic, M., Baltaci, A. K., Gunay, M., Gökbel, H., Okudan, N., & Cicioglu, I. (2006). The effect of exhaustion exercise on thyroid hormones and testosterone levels of elite athletes receiving oral zinc. Neuro endocrinology letters, 27(1-2), 247-252.

11. Krotkiewski, M., Gudmundsson, M., Backström, P., & Mandroukas, K. (1982). Zinc and muscle strength and endurance. Acta Physiologica Scandinavica, 116(3), 309-311.

12. Andrews, M., & Gallagher-Allred, C. (1999). The role of zinc in wound healing. Advances in Skin & Wound Care, 12(3), 137.

13. Sallit, J. (2012). Rationale for zinc supplementation in older adults with wounds. Annals of Long-Term Care: Clinical Care and Aging, 20(1):39-41.

Harga Zinc Plus Shaklee

1 botol Zinc Plus Shaklee mengandungi 120 biji yang mana sehari kita cuma ambil 1 biji sahaja. Harganya cuma RM56 sahaja.

Penutup

Saya doakan anda terus sihat, terima kasih sebab membaca sampai habis. Saya doakan anda jumpa penyelesaian kepada masalah anda.

Jika perlukan sebarang penerangan tambahan jangan segan hubungi saya di 012-2195919 atau klik http://kakanah.wasap.my.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Coach Kesihatan Anda
Shaklee Gombak

7 thoughts on “Keperluan dan Manfaat Zinc Plus Shaklee

  1. Pingback: zink plus dan youth eye treatment - MINZENT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge