Call nowWhatsapp

Manusia tengok VALUE produk bukan HARGA. Anda setuju tak? Kalau betullah mindset harga murah penentu kejayaan mendapatkan jualan, mungkin boleh jelaskan:

  • Kenapa ada tudung RM21,000 terjual dan kenapa ada orang spend RM60,000 setahun untuk tudung
  • Kenapa ada tudung RM300 yang orang beratur panjang dari pagi subuh untuk beli
  • dan sanggup bayar upah orang tolong beli minimum RM70

Cuba cerita, macam mana tu?

Kata harga murah menjamin kejayaan jualan. Kata orang tidak tengok harga, habis tu nilai tu apa? Kata orang nilai itulah harga.

Tapi nilai apa yang dimaksudkan sebenarnya?

Apakah Nilai

Nilai yang dimaksudkan adalah:

  • Pakai tudung kita nampak glamor, kaya dan elegant, setaraf artis dan VIP
  • Sapu krim kulit jadi putih
  • Makan Produk ni inshaALLAH diabetes terkawal, kaki tak busuk, tak jadi kudung

Bila prospek sudah nampak nilai di atas, dia ketepikan bab harga, sebab dia hendak nilai yang ada pada servis atau produk kita.

Soalan saya: kita sebagai peniaga, nampak ke nampak apa saya cuba cakap ni?

Khidmat selepas jualan adalah perkara terpenting yang saya dan tim saya jaga untuk kepuasan pengguna Shaklee

Khidmat selepas jualan adalah perkara terpenting yang saya dan tim saya jaga untuk kepuasan pengguna Shaklee

Nilai diri dalam bisnes

Yang paling penting, bukan hanya produk atau servis kita yang ada nilai, tetapi yang paling utama, diri kita sendiri ada Nilai sebagai penjual / peniaga yang penuh dengan informasi yang customer perlukan untuk selesaikan masalah dia.

Bila kita menjadi seorang peniaga yang

– buang harga
– main harga,
– jual pada harga kos,
– jual pada harga agen,
– jual pada harga ahli

Sebenarnya kita bukan hanya menjatuhkan Nilai produk kIta, Nilai syarikat kita, Nilai servis kita.

Tapi yang paling kesian ialah, kita sebenarnya sedang merendahkan Nilai diri kita. Kerana kita tidak punya apa Nilai untuk diberikan kepada customer, maka mainlah harga untuk dapat jualan.

Orang dengan Nilai tinggi sebagai peniaga, dia ada BanYak nilai best yang mampu ditawarkan kepada pelanggan sehingga pelanggan tak kisah pada harga, tetap nak beli dari kita walau kita jual mahal sikit dari pesaing 🙂

Jual Shaklee Pada Harga Ahli

Sepanjang saya 4 tahun bisnes shaklee, orang yang jual dengan harga ahli biasanya tak kekal lama. Tapi bagi SID yang masih menjual harga ahli. Saya hendak komen sedikit berkenaan ini:

  • Bila anda jual harga ahli, apa lagi keistimewaan sebagai ahli Shaklee?
  • Anda tahu tak ramai SID yang bergantung dengan untung runcit (bagi yang menjual harga runcit) untuk perbelanjaan seharian
  • Harga ahli untuk ahli sahaja

Ada satu ketika, ketika di gerai jualan saya ditanya tentang harga Herbal Blend. Saya jual cuma rm30 tanpa pos. Kata puan itu, “saya dapat harga ahli di Putrajaya.” Saya cuma membalas, “harga ahli untuk ahli sahaja puan,” sambil saya senyum sahaja.

Ramai juga masih gunakan ID kawan atau saudara mara untuk membeli dengan harga ahli. Bagi seorang anak belikan untuk ibu bapa saya masih ok. Sebenarnya jika anda tumpang ID kawan atau saudara mara anda bukan untung sangat. Ada cara untuk anda lebih untung dengan menjadi ahli Shaklee. Sebabnya:

  1. Harga menjadi ahli Shaklee cuma rm69, belum masuk pos.
  2. Menjadi ahli seumur hidup, renewal fees ada rm30 setahun itupun anda boleh tebus rm30 tersebut dengan sebarang pembelian produk Shaklee
  3. Anda berpeluang mendapat cash back sekiranya layak (untuk mendapat cash back hanya perlukan pembelian minima rm500 dalam tempoh sebulan). Sekiranya anda beli tumpang ID sesiapa, anda tidak berpeluang menikmati kelebihan ini.
  4. Anda berpeluang mendapat konsultansi selepas jualan yang lebih baik. Sekiranya kawan, atau saudara mara anda cuma ahli biasa, mereka tidak berkemahiran untuk membantu anda mendapat manfaat terbaik hasil memakan produk Shaklee. Seeloknya dapatkan produk Shaklee daripada pengedar bertauliah (saya lah tu) sebab kami ini mendapat latihan dan bimbingan daripada pakar nutrisi Shaklee.

Cara saya tingkatkan nilai diri saya adalah melalui blog dan FB. Info dalam blog saya contohnya, saya tidak sekadar masukkan info sepertimana orang lain. Saya letakkan diri saya di tempat customer. Apakah info yang customer mahukan agar mereka berkeyakinan Shaklee adalah jawapan kepada masalah kesihatan mereka.

Dari situlah saya mendapat customer yang betul-betul dekat dan percayakan saya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

 

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)