Call nowWhatsapp

Selalunya bila mengandung dan menyusukan anak, paling diberikan kepentingan adalah keperluan kalsium. Sebab itu juga banyak produk jenis tenusu diperkenalkan untuk golongan ini. Tapi sejauh mana dan mengapa kalsium penting untuk ibu hamil dan menyusu?

Mengapa Kalsium Penting Untuk Ibu Hamil dan Menyusu

Perasan tak kebanyakan nenek, moyang atau ibu kita bila dah berusia sudah semakin bongkok? Sebab apa agaknya itu? Salah satunya adalah sebab kekurangan mengambil kalsium semasa masih muda. Memang kesannya tidak akan nampak masa kita muda, bila tua barulah perasan kita sudah bongkok.

Bongkok berlaku disebabkan kekurangan pengambilan kalsium

Bongkok berlaku disebabkan kekurangan pengambilan kalsium

Masa mengandung anak sulung, saya memang berkobar-kobar juga cuba untuk minum susu. Tapi sudahnya memang tak boleh konsisten, sebabnya:

  • Tidak suka susu putih
  • Susu berperisa pula banyak kandungan gula, saya pula memang ada GDM

Jadi sepanjang mengandung anak sulung dan kedua, memang saya tidak ambil langsung susu. Termasuklah tempoh menyusu anak sulung. Bermula menyusu anak kedua, barulah saya ada ambil susu, itupun ESP yang disediakan oleh Shaklee.

1. Ibu Hamil

Kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa ia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan mengalami kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya pada akhir tempoh kehamilan. Contohnya ibu akan merasai sakit seperti kekejangan dan lain-lain lagi.

Kalsium dalam ostematrix cukup sebagai bekalan kalsium ibu mengandung

Kalsium dalam ostematrix cukup sebagai bekalan kalsium ibu mengandung

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Ibu juga berisiko tinggi menghidapi osteoporosis.

Kehilangan kalsium di kalangan ibu hamil secara relatif adalah lebih banyak iaitu sekitar 3- 10% berbanding wanita menopaus yang kehilangan 1 – 3%. Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi.

Fungsi kalsium untuk ibu hamil:

  • Membantu kekuatan tulang untuk menanggung berat bayi secara fizikal.
  • Kalsium penting untuk membantu pembekuan darah.
  • Menstabilkan transmisi impuls saraf dan merehatkan otot semasa berlakunya kontraksi.
  • Kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi
  • Pengambilan kalsium yang cukup boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

2. Ibu Menyusu / Berpantang

Ibu yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Ada beberapa kepentingan kalsium untuk ibu bersalin, antaranya:

  • Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
  • Pengambilan kalsium yang secukupnya boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
  • Kekurangan kalsium juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri.

Sumber kalsium semulajadi

Antara makanan yang boleh membekalkan sumber kalsium adalah antaranya:

  • produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt
  • sayur yang berwarna hijau terang seperti brokoli
  • ikan yang mempunyai tulang lembut seperti sardin dan salmon.
  • produk soya seperti tauhu, tempe, cereal dan jus-jus buah.

Bagaimana Ostematrix Dapat Membantu Membekalkan Kalsium Mencukupi Kepada Ibu Hamil dan Menyusu

Ostematrix adalah gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membina matriks tulang yang kuat.

Ramai yang tidak tahu bahawa pil kalsium yang baik dan selamat ialah pil kalsium yang mudah hancur dalam masa yang singkat. Banyak yang berada di pasaran adalah pil kalsium yang tidak hancur dalam perut boleh mengakibatkan masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder stone).
Jika menghadapi masalah ini pembedahan terpaksa dilakukan. Masalah ini sebenarnya dapat dielakkan jika kita mengambil pil kalsium yang berkualiti dan segera hancur setelah memasuki perut.
Ostematrix merupakan tablet kalsium keluaran Shaklee yang selamat dan semulajadi. Dihasilkan dengan piawaian klinikal dan hasil kajian bertahun-tahun, maka terhasil pil kalsium yang berkualiti tinggi dan semestinya HALAL. Mudah hancur sejurus memasuki perut dan membekalkan keperluan kalsium harian 100% menurut piawaian US RDA.

Kesimpulan

Sekiranya anda atau orang tersayang anda sedang hamil atau menyusukan anak, pastikan anda mendapatkan keperluan kalsium untuk kebahagian dan kesihatan anda dan bayi anda. Jangan sesekali mengabaikan kalsium dalam diet harian anda.  Pilihlah Ostematrix Shaklee yang berkualiti dan dapat memenuhi 100% keperluan kalsium harian anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)