Selalunya bila mengandung dan menyusukan anak, paling diberikan kepentingan adalah keperluan kalsium. Sebab itu juga banyak produk jenis tenusu diperkenalkan untuk golongan ini. Tapi sejauh mana dan mengapa kalsium penting untuk ibu hamil dan menyusu?
Mengapa Kalsium Penting Untuk Ibu Hamil dan Menyusu
Perasan tak kebanyakan nenek, moyang atau ibu kita bila dah berusia sudah semakin bongkok? Sebab apa agaknya itu? Salah satunya adalah sebab kekurangan mengambil kalsium semasa masih muda. Memang kesannya tidak akan nampak masa kita muda, bila tua barulah perasan kita sudah bongkok.
Masa mengandung anak sulung, saya memang berkobar-kobar juga cuba untuk minum susu. Tapi sudahnya memang tak boleh konsisten, sebabnya:
- Tidak suka susu putih
- Susu berperisa pula banyak kandungan gula, saya pula memang ada GDM
Jadi sepanjang mengandung anak sulung dan kedua, memang saya tidak ambil langsung susu. Termasuklah tempoh menyusu anak sulung. Bermula menyusu anak kedua, barulah saya ada ambil susu, itupun ESP yang disediakan oleh Shaklee.
1. Ibu Hamil
Kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa ia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan mengalami kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya pada akhir tempoh kehamilan. Contohnya ibu akan merasai sakit seperti kekejangan dan lain-lain lagi.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Ibu juga berisiko tinggi menghidapi osteoporosis.
Kehilangan kalsium di kalangan ibu hamil secara relatif adalah lebih banyak iaitu sekitar 3- 10% berbanding wanita menopaus yang kehilangan 1 – 3%. Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi.
Fungsi kalsium untuk ibu hamil:
-
Membantu kekuatan tulang untuk menanggung berat bayi secara fizikal.
-
Kalsium penting untuk membantu pembekuan darah.
-
Menstabilkan transmisi impuls saraf dan merehatkan otot semasa berlakunya kontraksi.
-
Kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi
-
Pengambilan kalsium yang cukup boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
2. Ibu Menyusu / Berpantang
Ibu yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Ada beberapa kepentingan kalsium untuk ibu bersalin, antaranya:
- Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
- Pengambilan kalsium yang secukupnya boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
- Kekurangan kalsium juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri.
Sumber kalsium semulajadi
Antara makanan yang boleh membekalkan sumber kalsium adalah antaranya:
- produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt
- sayur yang berwarna hijau terang seperti brokoli
- ikan yang mempunyai tulang lembut seperti sardin dan salmon.
- produk soya seperti tauhu, tempe, cereal dan jus-jus buah.
Bagaimana Ostematrix Dapat Membantu Membekalkan Kalsium Mencukupi Kepada Ibu Hamil dan Menyusu
Ostematrix adalah gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membina matriks tulang yang kuat.
Kesimpulan
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
calcium untuk gigi cantik. & kuat ..maklumla susu buka besfren kita… =)
Husna Rahman recently posted…SUPLIMEN SHAKLEE SELAMAT KE DIAMBIL TIME PERIOD?
huhuh samalah husna, susu not my best friend.
saya seorang yang tak ada masalah dengan susu cuma kadang2 malas nak minum susu. hehehe.. masa mengandung saya start ambil susu masa 7 bulan kalau tak silap sampai la lahir anak. dalam pantang mak suruh stop kejab ambil susu sebab sampai jadi bengkak susu. masa tu memang tak ada pengalaman apa2.. so ikut je mak cakap
lekatlekit recently posted…BIHUN GORENG KUAH LAKSA MENU RARE DARI UTARA
kita sebagai ibu muda memang tak banyak pengalaman kan. saya mula2 dulu pun camtulah juga. huhuh now bila ada knowledge baru tahu dan rasa kesal pun ada
Yg dah 40an macam kakak ni pun kena juga Hana’
Takut nanti bongkok sebelum usia tua hihi… susah pulak nak solat.
Kakzakie Purvit recently posted…Syawal 1437H sudah melabuhkan tirainya
40an pun boleh ambil lagi kakzakie, ambil oste, omega dan kolagen. tambah vivix sekali.
Alhamdulillah…. Semoga pengambilan Kalsium yang mencukupi dapat membantu menguatkan tulang dan membekalkan zat kepada para ibu hamil dan yang sedang menyusukan anak….
Anuar recently posted…Faktor-faktor yang mempengaruhi Kenaikan Harga Lembu dan Kambing di Malaysia berbanding di Kemboja dan Indonesia untuk Ibadah Qurban 2016
mudah2an membantu semua ibu
Anak kami yang berusia 2 bulan dah tembam, kuat menyusu 🙂
Ikhwan recently posted…How To Register Uber Driver
alolo mesti comel tu
Isteri saya masa mengandung dulu mmg doktor sarankan ambil kalsium sbb dia kurang suka minum susu hehee. Tapi bila usia dah masuk satu peringkat pun mmg kita kena sentiasa ambil kalsium ni kan? Thanks sharing info ni 🙂
Khir Khalid recently posted…Jus VG KIDS Untuk Anak-Anak Yang Tak Makan Sayur
kena ambil selalu cik.
memang penting kalsium untuk kita.. terutama untuk kekuatan tulang
tulang inilah yang buat kita berdiri elokkan, jadi memangla kena jaga
makasih bunda sudah mau berbagi tips, panduan untuk bunda seperti saya ini yang sedang promil anak pertama,
apakah disarankan untuk mengkonsumsi pil penyubur rahim ya ?
utk hamil boleh cuba set prenatal puan contohnya: esp, vitamin c, vitalea, dan bcomplex. boleh hubungi saya 0122195919 untuk konsultansi
Kalsium ni kalau tak cukup memang cramp time mengandung kan
Noriza Rahman recently posted…5 Sebab Kenapa Surirumah Perlukan Iron Philips
haa MV memang penting untuk ibu hamil