Call nowWhatsapp

Mesti anda sudah tahu emas ada jenis-jenisnya, yang paling popular anda mungkin pernah dengar tentang emas 916, emas 999 atau emas 750. Tapi tahukah anda emas ada pelbagai jenis, dan mungkin anda juga belum ketahui kandungan setiap jenis emas tersebut.

Jenis Emas dan Kandungannya

1. Emas 999

Jenis Emas 999 kebanyakannya dalam bentuk jongkong, syiling dan dinar emas

Jenis Emas 999 kebanyakannya dalam bentuk jongkong, syiling dan dinar emas

  • Mempunyai kandungan 99.9% Emas
  • Tidak dicampur dengan bahan-bahan lain (Emas tulen)
  • Dikenali juga sebagai Emas 10 atau Emas 24 Karat (24K)
  • Kebanyakan berbentuk jongkong emas

2. Emas 950

  • Mempunyai kandungan 95.0% Emas.
  • Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya
  • Dikenali juga sebagai Emas 23 Karat (23K)
  • Juga sangat popular sebagai Emas Kelantan

3. Emas 916

Kebanyakan barang kemas adalah dalam jenis emas 916

Kebanyakan barang kemas adalah dalam jenis emas 916

  • Mempunyai kandungan 91.6% Emas.
  • Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
  • Dikenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
  • Amat terkenal dan  popular di kalangan peminat Emas di seluruh Malaysia.

4. Emas 835

Jenis emas 835

Jenis emas 835

  • Mempunyai kandungan 83.5% Emas.
  • Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
  • Dikenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)
  • Amat terkenal dan popular di kalangan peminat Emas di Kelantan.

5. Emas 750

Jenis emas 750

Jenis emas 750

  • Mempunyai kandungan 75% Emas.
  • Mempunyai 25% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
  • Dikenali juga sebagai Paun @ Emas 18 Karat (18K)
  • Kurang popular di kalangan pembeli Emas kerana mutunya

Yang Mana Pilihan Anda?

Dalam menyimpan emas, anda boleh pelbagaikan simpanan anda. Contohnya sebahagian anda simpan dalam bentuk jongkong emas (emas 999), dinar emas, syiling emas atau barang kemas. Antara banyak-banyak emas yang dijadikan barang kemas, saya pernah pakai emas 750.

Biasanya di Malaysia mereka tidak guna emas 750, emas 750 ibu saya belikan di Mekah masa itu sekitar tahun 2000. Cuma sebentuk gelang biasa sahaja, tapi saya sudah gadaikan beberapa tahun lalu untuk dibuat gelang yang lain.

Adakah suasa sejenis emas?

Bagi orang lelaki, suasa mungkin tidak boleh juga digunakan. Sebab ia masih mempunyai kandungan emas. Dalam suasa mengandungi 37.5% emas. Justeru suasa juga disebut sebagai emas 375.

Ingin dapatkan emas anda?

Anda juga boleh dapatkan emas anda daripada saya. Samada jongkong emas, dinar, syiling emas ataupun barang kemas insyaAllah boleh saya dapatkan untuk anda.

Suasa adalah jenis emas 375

Suasa adalah jenis emas 375

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)