Call nowWhatsapp

Alhamdulillah Shaklee telah membayar bonus kami pada 14hb iaitu kelmarin. Buat pertama kali saya tertunggu-tunggu bonus Shaklee. Saya ini bekerja, jadi bagi saya bonus Shaklee adalah sampingan walaupun bonus ini jugalah yang membantu saya makan suplemen secara percuma.

Kemelesetan Ekonomi 2016

Kalau perasan, banyak syarikat telah ditutup seperti kilang JVC di Shah Alam dan CCM Fertilizers. Selain itu syarikat seperti Petronas, Shell dan banyak lagi syarikat terutama berkaitan IT dan Oil/Gas telah pun melakukan proses pemberhentian pekerja beramai-ramai sejak akhir tahun lalu.

Syarikat-syarikat yang telah mengamalkan pemberhentian pekerja sejak tahun lalu

Syarikat-syarikat yang telah mengamalkan pemberhentian pekerja sejak tahun lalu

Kenapa Syarikat IT turut bermasalah? Ini pandangan saya sahaja. IT adalah sumber support sahaja, boleh ada dan boleh tiada. Pada tahun lepas hingga tahun ini, kerajaan tidak lagi rancak mengeluarkan tender berkaitan IT. Jadi bila tiada bisnes, mahu tak mahu syarikat terpaksa mengecilkan saiz syarikat dengan cara memberhentikan pekerja.

Kumpulan Naza juga tidak mampu bertahan

Kumpulan Naza juga tidak mampu bertahan

Alhamdulillah syarikat saya masih bertahan walaupun gaji lambat, tetapi tiada jaminan tidak akan memberhentikan pekerja dengan keadaan ini.

Shaklee Penyelamat?

Saya mula bisnes Shaklee sudah masuk 4 tahun. Masa mula bisnes, saya buat memang untuk backup. Sekiranya jadi apa-apa pada pekerjaan saya, insyaAllah Shaklee ada. Alhamdulillah sebab itulah ini kali pertama saya rasa tertunggu-tunggu bonus Shaklee. Dengan bonus Shaklee, insyaALlah boleh bertahan serba sedikit.

Walaupun tanpa anak bisnes yang serius di bawah saya, Alhamdulillah saya masih boleh membuat bisnes Shaklee dengan rancak. Kalau ada anak bisnes yang mahu bersama saya, boleh hubungi saya ya. Saya nampak Shaklee akan bertahan walaupun dalam ekonomi sekarang.

Shaklee sebagai sumber pendapatan utama

Shaklee sebagai sumber pendapatan utama

Sebab apa? Ini pandangan saya sahajalah

  • Shaklee menjual produk makanan tambahan atau suplemen atau vitamin yang tetap diperlukan orang.
  • Walaupun orang sihat mungkin akan berkira-kira untuk membeli, orang kurang sihat insyaAllah akan membeli juga.

Sebab itulah Shaklee bertahan walaupun sudah beberapa kali berlaku kemelesetan ekonomi. Kemelesetan ekonomi kali ini lebih besar dan sukar.

Kemeseletan Ekonomi 2016 Lebih Lama, Sukar, Besar

Kemelesetan ekonomi kali ini lebih besar, sukar dan lebih runcing. Sebab utamanya adalah skandal 1.M.D.B. Sekiranya skandal ini tidak diselesaikan, maka lama lagilah untuk kita kembali ok macam dulu-dulu. Memang betul bila ekonomi meleset, kita ikhtiarlah cari pendapatan cara lain.

Namun kita juga tidak boleh menafikan keperluan untuk bersama-sama menggembleng tenaga dalam usaha memperbaiki ekonomi kita. Sebabnya 1.M.D.B.

Bagi anda yang mempunyai masalah dengan syarikat, gaji dibayar lambat, syarikat tiada projek dll, anda perlu bersedia fizikal, mental dan akaun anda untuk menghadapi kesannya.

Ada jalan keluarnya jika kita sentiasa berikhtiar

Ada jalan keluarnya jika kita sentiasa berikhtiar

Anda boleh jadikan Shaklee sebagai medium anda untuk bertahan dalam ekonomi sekarang. Banyak sudut menjana ekonomi bersama Shaklee yang walaupun anda fokus kepada 2 sudut sahaja pun sudah cukup banyak untuk membantu anda menghadapi kehidupan sehari-hari.

Cukup sekadar ini coretan saya. Jemput hubungi saya untuk sertai kami dalam tim yang hebat ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)