Call nowWhatsapp

Memang banyak juga kekeliruan tentang soya. Saya pun beberapa tahun lalu juga ada terdengar pelbagai mitos tentang soya. Tetapi biarlah kita ni menjadi pengguna bermaklumatkan, dan membuat “an informed decision”.

Ada yang kata soya ni tak baik malah agenda Yahudi laknatullah. Benarkah?

Kacang Soya

Di bawah adalah point penting yang anda perlu tahu


Asalnya kacang soya adalah dari Asia Timur (China, Jepun) dan sekarang US mengusahakannya secara besar-besaran. Namun, 90% daripada tanaman kacang soya di US adalah dari jenis GMO (genetically modified organism) selain disembur dengan racun serangga, racun rumpai dll.

Cara makan soya

1. Edamame (sedap tau ni, boleh cari kat pasaraya, area frozen food) – direbus
2. Tofu – direbus
3. Natto – jalani proses penapaian
4. Tempeh – jalani proses penapaian
5. Air soya
6. Tauhufah – saya suka!

Kebanyakan produk kacang diya di US diproses menjadi minyak soya. Sisa daripada proses pembuatan minyak soya inilah dibuat makanan berasaskan soya. 

Jadi sebab itulah produk soya yang dihasilkan itu bukan lagi makanan sihat, sebaliknya ia berasal daripada hampas, ditambah dengan pelbagai added vitamins dan enriched with vitamin dll.


Tahukah anda bagaimana minyak kacang soya dihasilkan?


Ia dihasilkan daripada pengekstrakan kacang soya menggunakan larutan bahan kimia heksana. Heksana pula adalah sejenis pelarut dari minyak petroleum yang banyak digunakan dalam industri pembuatan makanan, temasuk penghasilan minyak dari tumbuhan.

ish ish ish

Kajian-kajian ke atas soya

1. Satu lagi bahan yang berbahaya kepada kesihatan terdapat dalam soya adalah estrogen (atau phytoestrogen). Kajian menunjukkan pengambilan estrogen memberi kesan buruk kepada fungsi normal hormon estrogen dalam badan manusia. Tapi perlu ingat, kajian tu ke atas estrogen, bukan ke atas soya.

Ada kajian di China di buat ke atas bekas pesakit kanser payudara menunjukkan kesan sebaliknya. Pengambilan soya tidak memberi kesan negatif kepada pesakit kanser.

2. Di Jepun pula proses penapaian menjadi punca kenapa soya tidak beri kesan negatif kepada kesihatan rakyat Jepun. Orang-orang China pula tidak menjalankan proses penapaian ke atas soya mereka, dan mereka memiliki tahap penghidap kanser yang rendah. Ini menunjukkan tiada beza antara soya yang ditapai atau tidak ditapai.

3. Kajian ke atas wanita yang diberi makanan ekstrak daripada soya menunjukkan peningkatan sel efitelial yang berkaitan kanser payudara dalam tubuh mereka. Satu kajian lagi pula sekumpulan wanita diberi makan soya yang tidak menjalani proses di atas, tetapi menunjukkan penurunan risiko kanser payudara.

Jadi berdasarkan fakta yang kami bawakan di atas, soya sebenarnya bukan tidak bagus, tetapi cara ia dihasilan (GMO) dan cara ia diproses (guna bahan kimia, hanya ambil hampas etc) menjadikan soya sejenis makanan berbahaya.

Dalam apa-apa produk soya sekali pun contohnya kicap, tauhu, tofu, tauhufah, tempe dsb pilihlah yang bukan GMO dan tidak jalani proses yang mengurangkan khasiat sebenar soya. Juga makanlah secara sederhana.

Tak silap saya, ada kicap dah guna soya non GMO, saya dengar di radio petang tadi. Tak ingat pula jenama apa.

Maknanya dah ada kesedaran di kalangan peniaga dan masyarakat tentang keburukan makanan GMO ni. 

Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang soya daripada pelbagai pihak dan pelbagai bahan bacaan, jangan daripada penjual soya semata atau jangan daripada mereka yang anti soya sahaja. Sebaliknya dapatkan bukti-bukti kajian yang dilakukan.

Untuk mendapatkan maklumat tentang soya, sila dapatkan daripada pelbagai pihak dan pelbagai bahan bacaan. Jangan hanya mendapatkannya dari penjual produk soya dan jangan hanya mendapatkannya dari mereka yang anti soya. Sebaliknya dapatkan bukti-bukti dari kajian yang telah dilakukan.


Ramai juga kata sebab soya ni bukan makanan sunnah, mungkin sebab ia tidak ditanam di sana dulu, namun tak pula disebutkan soya adalah haram kan. Banyak lagi makanan kita hari ini pun bukan berasaskan sunnah.

Nilailah dengan ilmu, bukan emosi semata-mata.

Anda ingin dapatkan ESP?

Jom dapatkan daripada saya, saya akan bantu anda sekeluarga untuk sihat. InsyaAllah.



Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)