Jamuan Hari Raya Aidilfitri Potluck

By | 21 August 2014

Artikel ni santai je. Nak share juga Jamuan Raya ala-ala potluck yang kami adakan di pejabat kami di USJ.

Disebabkan takde desas desus angin bertiup kencang mengatakan ofis akan adakan jamuan raya, maka kami team teknikal ni cadangkan kami adakan jamuan raya ala potluck sendiri-sendiri. Disebabkan itu department lain dengar hajat kami, mereka nak join juga, makanya satu ofislah terlibat.

Seperti tahun-tahun dulu-dulu yang kami rajin buat potluck, kami adakan di team teknikal, hampir dengan team saya, sebab area ni luas sikit boleh la nak menampung sampai 50-60 orang. Haish

Kami emelkan dulu kepada staff, dan minta mereka senaraikan menu yang nak dibawa. Macam-macam jadinya, ada yang share, tak kisahlah asalkan ada bawa something. Pakaian pun baju raya. Hahah

Jadi semalam, alhamdulillah kami dengan jayanya berjaya mengadakan jamuan raya potluck kami. Tetamu istimewa sudah tentu team management kami, eh jangan tak tahu management pun menyumbang juga makanan. 🙂

Tengok je boleh la ya, sebab semua dah habis!

Jamuan Raya Potluck
2 menu kat sini: Mee Kari dan Nasi Impit Kuah Kacang

  

Jamuan Raya Potluck
Set pencuci mulut

Jamuan Raya Potluck
Set buah-buahan

Jamuan Raya Potluck
Satay dan Pizza

Ada banyak lagi, tapi tak sempat ambil gambar dah disambar habis :p

InsyaAllah tengok rezeki tahun depan, best juga buat gini sebab ada macam-macam food dan kita hang around pun merapatkan ukhuwah gitu.

Terima kasih semua team. Sedap-sedap menu anda 🙂

Mama Hakim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge