Saya ada terbaca komen seorang anak bagaimana ayahnya mengalami penyakit alzheimer sedangkan ayah seorang yang menjaga pemakanannya.
Ayah jaga makan, tapi masih kena penyakit kronik
Kes di atas bukan baru. Saya ada kawan beberapa tahun lalu. Kira pangkat makciklah. Umurnya kalau beliau masih hidup sekitar 50an. Beliau cantik walaupun telah berusia 40an ketika itu. Seorang yang menjaga makan, ais tak minum langsung, suka makan ulam-ulaman, pengamal jamu. Badan memang ramping, orang tak sangka beliau anak 8 orang, wajah memang awet muda.
Tapi kemudiannya beliau diserang darah tinggi hingga menyebabkan strok. Selang 2 tahun rasanya, beliau meninggal dunia. Jadi bukan juga faktor jaga pemakanan. Banyak faktor menyebabkan penyakit kritikal.
Jaga Makan Tapi Kenapa Masih Kena Penyakit Kritikal?
Teman-teman, alzheimer adalah salah satu penyakit disebabkan penuaan pra matang. Penuaan ada banyak faktor, bukan cuma disebabkan oleh pemakanan.
Antara faktor penuaan adalah:
- Genetik
- Pemakanan
- Persekitaran
- Cara hidup
Dalam dunia sekarang, makanan kita tidak lagi sama macam zaman dahulu.
1. Makanan kita kurang nutrisi.
 Contohnya ikan salmon zaman skrg anda mungkin perlu ambil 2x ganda untuk samakan dengan nilai nutrisi harian. Tapi ikan
salmon banyak sangat merkuri, jadi tak elok ambil banyak-banyak.
Khasiat sebiji buah oren sekarang, tidak sama dengan khasiat buah oren 10 tahun lalu.
Khasiat omega 3 dalam 1 hidangan mingguan telah berkurangan dalam tempoh 5 tahun.
2. Makanan kita banyak terdedah dengan bahan kimia
Bilangan pekerja dengan gaji antara 3000 hingga 6000 adalah teramai di negara kita. Dengan banyak tanggungan, tak ramai pun amalkan pemakanan organik. Sebab makanan organik di negara kita mahal.
Bahan kimia yang terdapat pada sebiji buah epal boleh mencapai puluhan jenis bahan kimia. Bila guna bahan kimia, kita dengan sendirinya terdedah kepada bahan kimia ini. dan dengan pengambilan berterusan akan menyebabkan banyak kerosakan pada badan kita.
3. Cara masakan
Tahu tak makanan yang mentah sebenarnya lebih baik? Contohnya
protein seperti ayam, ikan dll bila terdedah pada suhu tinggi, bilangan
protein semakin berkurangan. Ada makanan yang sesuai dimakan secara mentah, ada yang perlu dimasak. Tapi kebanyakannya memang akan melalui proses kehilangan nutrisi, jadi kita takkan dapat 100% nutrisi daripada setiap makanan.
4. Banyak jenis vitamin, sempatkah makan setiap hari?
Setiap hari sel badan kita perlukan banyak jenis vitamin dan mineral. Contohnya protein, vitamin A, B, C, E, antioksidan, kalsium dan lain-lain.
Adakah kita memang confirm bahawa pemakanan yang kita ambil seharian betul-betul mencukupi dengan amaun vitamin dan mineral yang sepatutnya kita ambil? Kalau macam ini, kerja kita cuma makan sahaja, tak sempat hendak kerja atau belajar. Memanglah setengah makanan mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, tapi dari segi jumlah keperluan harian kita mungkin tidak dapat capai.
Bagaimana Kurangkan Risiko Penyakit Kritikal?
Pertama kita kena faham, penyakit kritikal adalah berpunca daripada penuaan pra matang. Faktor penuaan, boleh rujuk balik point saya di atas. Banyak faktor kan. Memang bukan makanan sahaja. Bila bercakap tentang usaha untuk melambatkan penuaan atau mengurangkan risiko penyakit kritikal, antara usahanya adalah:
- Dapatkan senaman yang bersesuaian
- Rehat secukupnya
- Tidur yang mencukupi
- Kurangkan pendedahan kepada bahan-bahan pencemar (udara, air dan bunyi). Contohnya orang Kuantan terdedah kepada bauksit, ini akan menjejaskan kesihatan mereka dalam jangkamasa panjang. Banyak lagi, contohnya merkuri (samada dalam bentuk bahan kosmetik atau raksa dalam termometer jika pecah) dan nuklear.
- Makan makanan seimbang
- Tangani stress dan tekanan
- Ambil suplemen
Posting saya ini saya ingin fokuskan kepada suplemen anti penuaan yang bersesuaian.
Suplemen untuk memperlahankan penuaan
Antara suplemen bersesuaian untuk membantu memperlahankan penuaan adalah:
1. Asid lemak Omega-3 (1000 mg setiap hari)
Omega-3 dengan khasiat EPA dan DHA dalam minyak ikan adalah agen anti-radang yang kuat dan boleh membantu mengurangkan kerosakan pada tahap selular yang berkaitan dengan usia.
- Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen dimana ia mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi, termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Ini disebabkan Omega Guard dihasilkan daripada ikan semulajadi, bukan daripada hati ikan.
- Omega Guard diekstrak daripada sumber ikan asli, bukan daripada hati ikan. Jadi ini membuatkan Omega guard 3x lebih tumpat berbanding minyak ikan lain.
- Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak Omega 3 yang bermanfaat dan semulajadi.
Ini berbeza dengan pengusaha minyak ikan jenama lain yang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi yang memusnahkan sesetengah nutrien, bahkan tidak dapat menapis kandungan logam berat yang membahayakan kesihatan.
Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini dan menghasilkan Omega Guard melalui proses penyulingan proprietri 2 molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi. Ini termasuk menyingkirkan bahan-bahan logam berat yang membahayakan kesihatan seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB. Bahan-bahan ini merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik. Kaedah ini juga terbukti berkesan mengurangkan bau hanyir ikan dan rasa kurang enak selepas mengambilnya.
2. Resveratrol (250-500 mg setiap hari)
Resvertarol ditemui di dalam kulit anggur merah, resveratrol telah membuktikan dapat mengurangkan kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan.
Vivix merupakan produk
antipenuaan selular, yang dicipta oleh Shaklee Corporation, adalah revolusioner, sedang dipaten,
sangat berkuasa dalam memerangi penuaan selular. Salah satu bahan utama (
resveratrol) dalam
Vivix dirujuk di lebih 2,000 penerbitan penyelidikan, termasuk pelbagai kajian yang dijalankan oleh Harvard University, National Institutes of Aging, dan Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar.
Vivix menyediakan 100 mg resveratrol dalam setiap hidangan (Satu sudu teh). Ekstrak resveratrol mempunyai resveratrol semulajadi dengan kandungan 98%. Ini sebenarnya suplemen anti-penuaan terbaik di dunia. Bahawasanya ianya tulen ya.
Salah satu resepi terbaik Shaklee adalah kebijaksanaannya menggabungkan resveratrol dengan polifenol semulajadi. Vivix mengandungi polifenol yang kaya dengan asid elagik, ini sesuatu jumlah yang tidak terdapat di dalam wain merah (wain merah dikatakan mengandungi khasiat resveratrol tertinggi).
Asid elagik menghalang enzim yang terlibat dalam pembentukan protein AGE, iaitu salah satu daripada empat pusat mekanisme penuaan selular. Resveratrol mempunyai kesan ke atas enzim ini, tetapi menyekat tiga kunci lain mekanisme penuaan selular.
Secara ringkasnya, menambah kompaun polifenol yang mengandungi asid elagik dan 10 lagi polifenol bersama-sama resveratrol telah menjadikan Vivix lebih berkuasa berbanding suplemen berasaskan resveratrol tunggal atau polifenol tunggal semata-mata.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
Nice info
Setuju menjaga kesihatan perlu secara keseluruhan bukan bergantung kpd makan sahaja 🙂
Sop recently posted…Auni mengikuti pra sekolah tahun 2017
betul tu cik. suplemen pelengkap nutrisi
Mudah kata ambil ajelah supplement sebab apa yg kita makan memang tak cukup nak menjaga kesihatan badan kita sebenarnya.
Kakzakie Purvit recently posted…Pejabat aku kena masuk pencuri!
betul tu kak. ramai belum faham yang ni
kadang2 tak boleh nak elak bila dah genetik.
nikkhazami recently posted…Kerja dari Rumah dengan iLancee
sebab itu eloknya ambillah vivix
kadang2 yg jaga mkan pun kena penyakit jgak..
info mnarik kak..
Jie Susanos recently posted…10 Kebaikan Berjalan Kaki
haa ada kes. masa kawan saya kena tu pun, memang pening pk cemana dia masih boleh kena. sedihlah kena kat dia
Kita hanya merancang, Allah yg menentukn..kita usaha je jaga pemakanan dan ambil sedikit supplement, penyakit juga bukannya sentiasa datang dari pemakanan..emosi, gaya hidup dan lln..
Elih recently posted…27 Jawatan Kosong Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
betul tu, kita usaha sehabis baik
Saya tak pernah tahan makan.
Ulam wajib ada.
Tak kira ulam jenis apa pun.
makan jangan berlebihan
supplement ada sedikit sebanyak membantu..
zik recently posted…Gempa Bumi 5.7 Mangitud Landa Sumatera, Gegaran Boleh Dirasai di Beberapa Kawasan di Malaysia
suplemen wajib skrg ni sebenarnya
that why disarankan buat medical check up enam bulan sekali.
kdg2 ada je makanan xsesuai dgn tbuh bdn kita.
tepat sekali cik
selain menjaga dari asupan makanan dan suplemen, olahraga juga sangat dibutuhkan untuk menjaga kesehatan
senaman memang perlu juga
Betul tu.. kadang kita nak ada supliment dan exercise baru la sihat.. hehe
Dedaun Comel | Buat Duit Online recently posted…Ciri-Ciri Pelaburan Diri Yang Berkesan
“vitamin C bagi orang dewasa perlukan sebanyak 1000mg. Nak dapatkan 1000mg kita perlu makan 7.5 biji buah oren”
mana dapat info badan perlukan vit c sampai 1000mg sehari nih? hahahahahahahahaha… serius nih, curious nak tahu..
Faiz Zakaria recently posted…Iklan Ubat di Laman Sosial
owh salah ke. betullah kata cik tu. 1000 mg tu rupanya upper level. ini adalah link daripada NIH https://ods.od.nih.gov/factsheets/vitaminc-consumer/ Nanti saya betulkan posting saya. thanks teguran.
berdasdarkan Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia, sehari cuma 70mg vit C saha diperlukan bagi orang populasi seperti orang malaysia dewasa yang normal. 1000mg merupakan paras maximum dos vit C untuk sehari, jika lebih boleh menyebabkan kesan sampingan yang significant.
jadi, kita tak perlu pun makan oren sehingga 7.5 biji sehari kerana kandungan vit dan mineral dalam sayuran sahaja pun sudah memadai untuk keperluan vitamin dan mineral harian yang diperlukan untuk badan sekiranya diambil pada kadar yang biasa dimakan..
masalah malnutrition ini selalunya melibatkan mreka yang langsung tak makan sayuran dan buah-buahan. sekiranya pemakanan diambil dalam kuantiti dan keadaan yang seimbang, tiada masalah.
Pha Is recently posted…Cara Lapor Penipuan Astro
ok noted pha is. faham dah 🙂
best entry kak anah
tq di
Best baca baca kat blog akak ni… It’s encourage me to jaga kesihatan diri huhu 🙂 …
Calrase Patrick recently posted…Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
itulah niatnya, supaya orang lain terpanggil untuk menjaga kesihatan diri
Bab ambik makanan tu mmg belasah jek janji kenyang adeh
itulah kena jaga makan tu
Kebetulan tengah cari suplement untuk makan. Bila usia makin meningkat ditambah pula makan main bedal serba serbi, efek kat badan.
boleh guna shaklee ya cik