Tajuk tu memang bagi suspen je kan, tapi inilah saya hendak kongsikan dengan anda hari ini. Berkaitan anak sulung saya, Hakim.
Semasa Hakim berumur 2 tahun, saya sertai kelas untuk mendapatkan Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-kanak, anjuran UMCCED (Universiti Malaya). Program selama 2 tahun setengah. Tujuan saya sertai dulu sebab saya ingin tahu kaedah-kaedah yang baik untuk dipraktikkan kepada anak-anak.
Tentang sekolah, banyak jenis sekolah zaman sekarang ni:
- Sekolah Kebangsaan
- Sekolah Agama
- Sekolah Cina
- Sekolah Antarabangsa
Tadika pula pun macam-macam
- Tadika agama (seperti PASTI, Genius Aulad dll)
- Tadika bermain sambil belajar
- Tadika montessori (agama atau English seperti Brainybunch Montessori)
- Tadika English (seperti Smart Reader, Kumon)
Maka saya peninglah, mana satu hendak masukkan anak, jadi saya sertai program tu, alhamdulillah jadi pelajar cemerlang juga.
Tadika Sebagai Asas Pendidikan
Masa Hakim 4 tahun, saya sudah masukkan dia ke tadika. Satu sebab utama adalah kanak-kanak yang belajar seawal yang boleh membantu mereka meneroka lebih baik. Satu sebab lagi ialah sebab adiknya Faiz lahir, jadi bolehlah bibik fokus kepada baby baru.
Hakim ke tadika bermain sambil belajar di Batu Caves. Jauh juga, tapi sebab saya sukakan konsepnya, maka redahlah juga kan.
Bila masuk 5 tahun, saya pindahkan Hakim ke tadika di sekitar rumah sahaja, mujurlah ada juga yang belajar sambil bermain. Hakim di tadika ini sehingga graduate 6 Tahun. Dia suka betul dengan tadika ini. Memanglah kalau ikut konsep bermain sambil belajar yang betul-betul, tadika ini memang tak menepati sangat, tetapi asalkan budak-budak suka untuk ke sekolah dan tidak memaksa melebihi keupayaan kanak-kanak saya rasa ok.
Sekolah Rendah – Kebangsaan atau Agama?
Sebenarnya saya rancang hendak masukkan Hakim ke sekolah integrasi agama sebab tertarik dengan jadual masanya (7.30 pagi hingga 3.30 petang), berbanding sekolah kebangsaan. Sekolah kebangsaan kalau sekali dengan program KAFA adalah dari 7.30 pagi hingga 6.30 petang. Masanya lebih panjang.
Tapi akhir 6 tahun, Hakim masih belum boleh membaca dengan lancar, jadi bila sertai ujian pemilihan Sekolah Agama Integrasi, memang tidak terpilih lah. Jadi sudahnya Hakim ke sekolah kebangsaan.
Pencapaian Di Sekolah Kebangsaan
Di sekolah kebangsaan, Hakim ditempatkan di kelas tengah, ada 9 kelas semuanya tahun 1, Hakim dapat kelas ke 5. Hakim juga terpilih sertai kelas pemulihan LINUS.
Kelas pemulihan LINUS adalah untuk pelajar yang belum dapat membaca dengan lancar. Masa tahu perkara ini dalam bulan  1 tahun ini, jadi saya dan suami memang pulunlah mengajar Hakim di rumah sebagai tambahan.
Dalam aspek mengenal dan mula membaca, saya rasa suami lebih pakar. Dia pun seorang guru, jadi mudah untuk dia mengajar. Hasilnya, bulan 3 Hakim sudah lancar membaca, alhamdulillah cepat berbanding yang lain.
Saya pula mengambil alih selepas pandai membaca. Semasa ujian pertengahan tahun, Hakim mendapat nombor 3 dari belakang. Hahah saya salahkan diri saya sebab tidak membantu menyediakannya untuk ujian.
Jadi bulan 8 baru-baru ini saya belikan buku latihan setiap subjek, jadi Hakim belajar dengan saya dirumah sebagai tambahan. Saya bukanlah pandai sangat mengajar, setakat ilmu yang ada sahaja. Tapi saya memang selalu berleter dengan dia, sebab dia memang suka mengelak hendak belajar di rumah.
Saya berleter pun bukan hari-harilah, ada masa-masanya memang berleter juga. Cuma Hakim memang sabar, anak yang baik sebab tidak suka tengok saya marah.
Semalam saya curi-curi tengok keputusan ujian akhir Hakim di aplikasi yang disediakan Kementerian pelajaran. Saya tengok tu, memang senyumlah.
Hakim dapat nombor 3 dari atas kali ini.
5A, 2B dan 2C. C tu pulak Pendidikan Jawi dan Pendidikan Islam, 2 subjek ini memang saya sedar kurang belajar masa tu.
Dah ada 2C dan markah bawah 70 pulak, rasa sukarlah hendak mohon berpindah ke Sekolah Agama Integrasi. Tak apalah, mungkin Sekolah Kebangsaan macam saya dulu akan menjadikan kita lebih berjaya.
Anugerah Pencapaian Cemerlang
Tengahari dengar berita baikkan, petangnya bila Hakim balik, dapat pula undangan sekolah untuk ke Hari Anugerah Cemerlang. Sebab dapat nombor 3 dalam kelas, Hakim layak dapat anugerah di majlis itu nanti.
Peranan ibu bapa dalam kecemerlangan anak-anak
Saya nampak di sini ada perubahan mendadak jika ibu bapa membantu anak-anak dalam pelajaran. Baru-baru ini saya ingat hendak hantar Hakim ke kelas tambahan English (Cambridge Learning For Life), bayaran dalam RM500 untuk 10 minggu.
Tetapi Hakim kata hendak belajar dengan mama sahaja, jadi saya fikir oklah juga. Antara buku-buku yang saya sudah beli dan rancang hendak beli:
Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris
Key Words (Peter Jane) – order set 6 siri (a,b dan c)
Selain itu Hakim mohon kalau ada kelas seni dia boleh sertai. Ini saya telah carikan, mungkin hendak masukkan dia ke Da Vinci Art Class, ada di Setapak sahaja. Yuran RM140 untuk umur 8 tahun, kelas 1 kali seminggu.
Kelas seni seperti lukisan atau muzik ini elok juga diberikan sebagai tambahan kepada anak-anak. Ini disebabkan seni dapat membantu meningkatkan skill anak-anak dari segi kognitif, fizikal, kreativiti, sosial dan emosi.
Dari segi pemakanan, makan macam biasa sahaja. Cuma saya pastikan anak-anak mengambil Omega Guard setiap hari. Tambahan Vita C Chewable untuk kesihatan mereka.
Bagaimanapun, lain-lain anak, lain pencapaiannya. Umur 7 tahun masih terlalu awal untuk menilai namun kita sebagai ibu bapa harus menyediakan asas yang baik untuk masa depan anak-anak.
Bagi saya, asas yang saya sediakan adalah belajar dalam keadaan gembira, tanpa tekanan. Nombor dalam kelas bukan target saya, cuma saya ingin anak-anak gembira belajar, boleh bermain sesuai dengan umur mereka dan pada masa yang sama meneroka sebanyak-banyaknya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah
SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Memang mengajar anak pelajaran sangat susah, lebih lagi yang sukar nak tangkap apa yang diajar. Nak membaca pun masih mengeja. Sekarang… Alhamdulillah… berkat kesabaran.
Top Seo Friendly recently posted…Pengalaman Bersama ONEXOX
sekarang lebih mencabar sebab silibus lebih tinggi daripada kita dulu2
kesabaran banyak hikmahnya terutama dalam mendidik dan mengajar anak-anak..
Hero Borneo recently posted…Review Blog syireenamerlim.blogspot.my
sabar kena banyak sangat
saya masih risau sebab tahun depan dah kena hantar anak ke tadika. Selama 4 tahun tak pernah berenggang walau sejam.. sampai masa perlu lepaskan dia seketika bawah jagaan & didikan cikgu memang hati seorang ibu ni jadi susah hati. tapi tu la sampai masa perlu jugak lepaskan dia..
lekatlekit recently posted…JANGAN JADI BLOGGER PEMALAS MENUMPANG TUAH
anak saya no 2 tu sempat sekolah tadika 6 bulan sebelum saya berhentikan dia sekejap. masa januari tahun ini dia masuk 3 tahun (ikutkan tahun sepatutnya 4 tahun). insyaAllah januari tahun depan masuk sekolah balik, cukup 4 tahun. betul tu sampai masa perlu lepaskan juga
kesabaran ibu memang tidak dapat dinafikan lagi…
Sebab tu dalam islam, ibu ini martabatnya sangat tinggi… cuma, sekarang ni kita terlalu terpengaruh dengan budaya barat yang meletakkan istilah “kejayaan” semata-mata pada akademik.
bagaimana anak mereka yang tiada kecenderungan kearah akademik. bukankah kita semua dilahirkan sama…
perlumbaan ini kadang menimbulkan tekanan terhadap anak-anak, ibu bapa dan seluruh warga negara…
saljuhumairah recently posted…Komisyen Terkumpul Jobdirumah Sehingga Bulan Oktober 2015
betul tu, saya pun kalau boleh tak mahu termasuk dalam saingan mereka tu
memang terbaik didikan puan terhadap Hakim…teringat saya ketika anak sulung saya masuk tadika dahulu..dia cepat kuasai apa juga pelajaran..namun lama kelamaan semakin perlahan kerana sikap tidak serius untuk belajar
mrhanafi recently posted…Minyak Rambut Untuk Lelaki Macho
sempat lagi nak betulkan tu, anak saya ni pun tak serius tapi kalau terus ikut peel dia bimbang hanyut gitulah
sangat bagus percapaian hakim.. pendidikan jawi dan islam tuh .. boleh diajar tue..
zik recently posted…Video goal highlights JDT 2-1 Perak piala malaysia 5.11.2015
insyaAllah, anak sulung kena gigih lagi agar jadi ikutan dan panduan adik2
patutlah..
ini rupanya gua jadi genius..
ohh..
titan recently posted…Komisen ke 66-82 dari Klikjer
itulah, ini rahsia mak-mak zaman dulu lagi
apa yg budak2 belajar sekarang ni memang jauh labih susah dari apa yang kita belajar dulu.
nikkhazami recently posted…Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog
silibus tinggi sangat, tapi katanya oversea pun lebih kurang juga. tak tahulah saya
Ibu zaman sekarang memang kena turut sama memantau pelajaran anak-anak. Apabila kita berleter anak-anak akan sentiasa ingat pesanan kita
azimah mohd zainuddin recently posted…Tips Rangsang Banyak Susu Ibu
mak mana tak berleter kan
biasalah tu.
emak mana tak suka tengok anak berjaya kan?
ohcikgu recently posted…Pelajar bunuh diri sebab tertekan dengan Exam Matematik Tambahan?
betul tu cikgu