Hati-hati Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja

By | 24 May 2014

Semalam ada satu berita kemalangan yang mengusik jiwa. Katanya kemalangan maut terjadi kepada penunggang motor (suami isteri) yang digilis lori. Allahu… Sedih dan trauma rasa tengok gambar yang dikongsikan, tengok sekilas sahaja sebab tak sanggup tengok.

Apa yang lebih menyedihkan, akibat kemalangan serta merta 5 orang anak-anak menjadi anak yatim… huhuh sedihnya, Allah lebih sayang kamu nak.

Anak-anak yatim ini tinggal di Cheras

Sangat pilu melihat mereka ini. Mereka kehilangan hak untuk mencium tangan ibu bapa sebelum ke sekolah, selepas solat, takkan dapat merasa lagi dakapan ayah dan hangatnya pelukan ibu sebelum tidur. 

Beratnya dugaan Allah kepada mereka ini, tetapi Allah lebih mengetahui segala-galanya. Wahai abang, tanggungjawab ini berat melebihi kudratmu, tetapi jagalah amanahmu ini dengan baik dan penuh kesabaran. Semoga ramai insan berhati mulia dapat sentiasa membantumu dan menjagai mu dan adik-adik. Jadilah anak-anak soleh dan solehah agar dapat kamu berkumpul dengan ibubapamu di syurga nanti.

Saya tak pasti no akaun anak-anak ini, tetapi jika ada nanti saya akan update.

Hati-hatilah anda semua yang sentiasa menggunakan jalanraya untuk ke tempat kerja. Awasi sekeliling kamu, usahlah laju-laju seolah-olah ada piala ingin dikecapi. Ingatlah keluarga mu menunggu anda pulang dengan selamat. 

Bersiap awal dan keluar awal lebih baik. Jangan keluar lambat sehingga anda nak merempit sampai. Peringatan untuk diri sendiri juga.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge