Harga Terjun Tiruk Lazada dan Menangi 30 Ribu Point Airasia

By | 10 December 2015
Blogger Contest 1212

Wah teruja saya tengok contest ini, paling cikai boleh menang RM50 tau. Tarikh penyertaan dari 7 Disember 2015 hingga 12 Disember 2015, maknanya ada lagi 2 hari. InsyaAllah sempat, jom sertai k. Hadiah seperti dalam gambar di bawah ini ya.

Blogger Contest 1212

Blogger Contest 1212

 

3 Sebab Utama Untuk Membeli Secara Online

Saya sudah terlibat dalam shopping online adalah dalam 4 tahun lebih ini. Memang aktif ok! Saya hanya shopping di kedai hanya untuk barang basah sahaja. Kadang-kadang groceries pun saya beli online sahaja, terutama masa pantang. Tapi pilihan barangan basah agak terhad, jadi jarang juga.

Hampir kesemua benda saya akan beli online, tapi memang best, di bawah ini saya kongsikan 3 sebab utama mengapa anda juga patut sertai saya dan ramai yang lain membeli secara online.

Harga yang menjimatkan dan berbaloi

Biasanya yang saya perasan banyak juga penjimatan kalau berbeli belah secara online ni. Berbanding dengan harga di kedai, banyak juga diskaun yang diperolehi.

Membeli belah dengan selesa

Ini memang saya setuju sangatla, selesa bagi saya, sebab

  • Tidak perlu bayar parking, tol atau menggunakan minyak
  • Tidak perlu berdepan dengan kesesakan trafik, atau kesesakan orang ramai di kedai.
  • Tidak stress dengan kerenah anak-anak
  • Selamat juga sebab kalau bawa anak-anak, kita kena fikirkan keselamatan anak-anak pula. Jadi membeli pun macam tidak seronok sangat pun.

Itulah sebab utama saya suka betul shopping online ni.

Penjimatan Masa

Bila kita shopping online, kita bukan sekadar menjimatkan masa untuk ke kedai, bahkan kita dapat memperuntukkan masa yang ada lebih berkualiti bersama keluarga.

Dulu, bila tidak buat shopping online saya perlu peruntukkan hujung minggu untuk ke kedai. Sekarang bila kita shopping online, hujung minggu kurang padat. Jadi kita boleh rancang untuk bercuti bersama keluarga.

Kita boleh shopping 24 jam, jadi kalau siang tiada masa pun, malam boleh shopping. Ha gitu best ke best.

Pembayaran pun mudah, boleh pilih hendak bayar tunai atau kredit kad. Kalau guna kredit kad, siap ada pelan pembayaran pulak tu. Best kan

Kelebihan lain

Banyak juga kelebihan lain dengan online shopping ni, umpamanya

  • Pemulangan secara percuma
  • Harga itu lebih telus, tiada hidden price gitu
  • Banyak pilihan, senang je, google, atau masuk lazada.my, pilih-pilih, bayar, terus kita dapat barang itu dihantar ke alamat kita. Mudah kan

Lazada.my memang banyak pilihan

Di lazada.my, banyak sangat pilihan barangan yang anda boleh dapatkan. Semua ada! Macam one stop mall gitu. Antara yang saya suka sangat:

Drypers hanya RM89.90 untuk 3 pek size L, murahkan

Wajib beli! Kini hanya RM89.90 sahaja drypers ini pack of 3

Wajib beli! Kini hanya RM89.90 sahaja drypers ini pack of 3

Omron Blood pressure monitor RM169, murah betul ni.

Blood pressure monitor ini pun sedang sale

Blood pressure monitor ini pun sedang sale

Beg sekolah brand Deuter RM139.20, geramnya hendak beli untuk anak.

Beg deuter di lazada.my sedang sale!

Beg deuter di lazada.my sedang sale!

Teruja Dengan Online Revolution Sale

Kini lazada.my sedang mengadakan Online Revolution Sale bermula hari ini 10 Disember 2015 hingga 12 Disember 2015.

Saya sudah tengok, banyak betul yang sale, termasuk barang penjagaan diri dan keperluan sekolah anak-anak. Tidak perlu lagi bersusah payah hendak ke kedai semua tau, cukup clik-clik-clik je, dah siap!

Online Revolution Sale memang cara membeli belah alaf baru!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

26 thoughts on “Harga Terjun Tiruk Lazada dan Menangi 30 Ribu Point Airasia

    1. Raihanah Ahmad Post author

      saya pun selalu jugak, bila harga terjun camni takleh lepaskan peluang terutama pampers tu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge