Gaza Berdarah Di Bulan Ramadhan

By | 11 July 2014

Hiba, sedih, terluka sekali melihat gambar-gambar anak-anak Palestin yang telah syuhada selepas dibedil oleh Zionis.

Tiada kata dan ucapan yang mampu dituturkan, sebaliknya doa saya panjatkan untuk mereka.

Mereka sebenarnya insan terpilih untuk menghuni bumi suci Baitul Maqdis. Menjadi benteng umat Islam di sana. Sejak kanak-kanak mereka telah kenal erti syahid, ibu-ibu mereka membisikkan manfaat syuhada’ kepada mereka.

Tiadakah rasa belas, walaupun anda bukan beragama Islam, selayaknya sebagai manusia rasa belas terhadap apa yang berlaku di sana. Ia bukan perang agama, sebaliknya pembersihan etnik yang telah dibenarkan tanpa disedari sejak dulu lagi.

Sesungguhnya tiada tempat untuk Zionis lagi didunia ini, kerana mereka yang mendiami neraka paling dalam kelak.


Apakah sumbangan kita?


Selain doa, kita juga boleh memberikan sumbangan kepada mereka dalam bentuk wang. Banyak NGO menawarkan program ini. Lebih-lebih lagi ini bulan Ramadhan di mana pahala digandakan sebanyak 700x. Ha apa lagi rebutlah peluang ini. Mereka amat memerlukan. Bayangkanlah mereka bersahur tapi sahur dengan apa? Mereka berbuka entah dengan apa?


Satu lagi sumbangan kita adalah boikot jenama tertentu yang jelas sangat memberikan dana kepada Zionis.

Senarai Syarikat Yang Menyokong Dasar Apartheid Zionis
Senarai Syarikat Yang Menyokong Dasar Apartheid Zionis


Setakat ini saya sendiri berjaya boikot McD dan Coca Cola. Dalam senarai di atas saya sedang berusaha untuk boikot Nestle, Danone dan Starbucks. Intel tu maknanya kenalah pakai produk Apple pulak pas ni. 😛

Anda boleh membaca lebih lanjut berkenaa gerakan boikot ini dalam artikel Boikot McD dan Facebook?

Jangan lupa baca Qunut Nazilah dalam setiap doa anda.

Doa Qunut Nazilah Untuk Gaza dan semua umat Islam
Doa Qunut Nazilah

Jangan boikot bermusim dah aa ye, kita pakat istiqomah selalu. 

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge