FAQ Penyusuan Susu Ibu dan Puasa

By | 6 May 2014

Kurang 2 bulan lagi kita akan mula berpuasa Ramadhan. Telah anda buat persiapan?

Dibawah adalah panduan bagi ibu yang menyusu dan berpuasa. Kredit saifulislam.com

Wanita hamil dan menyusukan serta panduan berpuasa


FAQ Penyusuan Susu Ibu dan Puasa

1. Bolehkah saya berpuasa semasa menyusukan anak?

Ya dan tidak. Ya jika kondisi ibu sihat dan bayi tiada masalah. Ibu boleh teruskan berpuasa. Tidak jika ibu ada masalah kesihatan, lemah dan sebagainya. Allah beri rukhsah bagi perempuan yang menyusukan anak. Ibu boleh berbuka jika memudaratkan diri sendiri dan bayi. Bagaimanapun puasa yang tertinggal wajib diganti.

2. Adakah ibu yang berpuasa membahayakan bayi?

Tidak. Allah Maha Mengetahui. Tubuh manusia masih bleh menghasilkan susu walaupun berpuasa. Kekurangan jumlah kalori tidak akan mengganggu kuantiti susu yang dihasilkan.

Pastikan ibu mendapat nutrisi dan zat yang cukup semasa berbuka dan bersahur. Pengambilan Set Penyusuan Shaklee dan Set Mighty gems membantu ibu terus bertenaga dan menghasilkan susu badan yang cukup.

Sekalipun ibu tidak makan apa-apa dalam tempoh 24 jam, susu ibu masih boleh dihasilkan. Tidak terjejas kuantiti dan nutrisi di dalam susu ibu. 

3. Susu ibu berubah, ada kesan pada bayi?

Ya komposisi susu akan berubah. Tetapi tidak memberi kesan kepada bayi. Satu kajian dilakukan, walaupun 24 jam ibu tidak makan, kandungan lemak dalam susu ibu tidak terjejas. Lemak susu akan dihasilkan sendiri oleh lemak di dalam badan jika ibu kurang atau tidak makan.

Sebenarnya bayi telah merasai perubahan susu ibu. Susu ibu bergantung kepada apa yang dimakan oleh ibu.


4. Berpuasa bahaya untuk ibu?

Tidak bahaya. Ibu boleh berpuasa. Hasil kajian yang dipuat menynjukkan imbangan kimia dalam darah ibu menyusukan, ibu mengandung dan wanita yang tidak menyusu hampir sama.

Rukhsah bagi ibu menyusu di bulan Ramadan pun ada. Jika ibu mengalami nyahhidrat yang teruk, dibolehkan membuka puasa. Ketahuilah rukhsah berpuasa, kerana ia panduan yang penting.


Tanda-tanda nyah hidrat yang teruk


– Dahaga yang amat

– Rasa nak pitam, lemah dan lesu
– Air kencing berwarna gelap
– Rasa sakit kepala atau sakit di bahagian lain

Jika ibu mengalami tanda-tanda diatas, bersegeralah berbuka puasa. Untuk mengelakkan nyah hidrat, banyakkan minum air. Bukan sekali banyak, apa yang saya buat dulu selepas berbuka minumlah air sekurang-kurangnya 1.5 liter. Selepas makan sahur minum lagi 1 liter. Juga disarankan mengambil makanan rendah indeks glisemik. Makanan seperti ini lambat terurai, jadi membekalkan tenaga yang berpanjangan untuk ibu. Makanlah secukupnya nutrisi dan zat untuk hasilkan susu yang berkualiti.


Penurunan sedikit berat badan tidak menjejaskan susu yang dihasilkan.


5. Bagaimana mengelak masalah penyusuan ketika puasa?


– Ibu mesti bersedia mentally dan physically

– Selesaikan kerja-kerja rumah yang berat sebelum berpuasa
– Simpan diari makanan, jadi panduan untuk makan secara cukup dan sihat
– Berehat atau hanya lakukan aktiviti yang ringan, duduk di tempat sejuk waktu berpuasa

6. Perlukah batalkan puasa?

Ya, sekiranya ibu rasa ternyah hidrat. Hubungi doktor anda. Tanda bayi tak cukup susu:

– Lampin basah berkurangan, tidak kerap buang air

– Najis bayi berwarna hijau
– Meragam dan menangis
– Berat badan bayi tidak bertambah, malahan menurun

Dapatkan bantuan pakar laktasi jika masalah tersebut ada. 


6 panduan di atas adalah sebagai panduan ibu-ibu untuk menyusukan dan berpuasa. Apa yang saya pernah lalui, Alhamdulillah saya kental berpuasa selama 2 tahun menyusukan anak-anak saya. Namun terdapat perbezaan yang ketara ketika saya menggunakan set Mighty Gems yang mengandungi ESP, Mealshake dan Performance Drink.

Berpuasa Sihat Dengan Shaklee



Tanpa pengambilan Set Mighty Gems, payudara terasa kempis pada jam seawal 12 tengahari. Tetapi dengan pengambilan Set Mighty Gems payudara rasa penuh sehingga masa berbuka. Memang terus jatuh cinta. Set ini memberi tenaga berpanjangan, membantu menjaga kuantiti susu yang dihasilkan.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge