Call nowWhatsapp

Hujung minggu lepas saya sibuk sikit dengan keperluan pembelian aksesori tandas. Tang Fella Design tu kebetulan ja, sebab dia ada buat warehouse sales sejak 2 minggu lalu.

Sebenarnya saya takde bajet nak beli sofa baru, cukup dengan sofa yang adik saya nak berikan je. Tapi bila saya dengar Fella Design ada warehouse sales, which kalau harga normal dia RM5000, kini boleh dapat RM2000 lebih untuk 3+2 seater. Jadi apa lagi saya ambil cuti Jumaat lepas nak pergi situ.

Boleh je pergi hujung minggu tapi saya kesian nak tinggalkan anak-anak di rumah. Memang tips cari barang rumah ni jangan bawa anak-anak. Selain bimbang barang pecah atau rosak, masa kita untuk tengok pun lebih cepat. Anak kedua saya selalu merajuk sebab tinggal dia masa hujung minggu. Terlebih makan Omega Guard ni 🙂

Fella Design Warehouse Sales

Saya tak ambil banyak gambar, yang ada dalam gambar ni adalah antara pilihan yang saya buat yang saya hantar wasap kepada suami saya. Suami saya sekolah, memanglah tak ikut saya kan.

reason saya pilih color ni supaya tak senang kotor. Ada anak-anak kecik ni tahu je lah kan. PAstu fabriknya boleh dibuka dan cuci. Berbeza dengan material leather. Cuba teka yang mana jadi pilihan saya?

Fella Design

Sofa Fella Design

Fella Design

Sofa Fella Design

Aksesori Tandas

Saya sebenarnya tak masukkan bajet aksesori tandas dalam bajet saya. Sebab saya ingatkan kontraktor dah cover. Ada lagi yang dia tak cover rupanya: rail tangga! Aduh menambah bajet ni. Tapi so far alhamdulillah semuanya masih smooth. Untuk aksesori tangga saya dah few weeks jugak reecee kedai yang menawarkan harga murah.

Ada 2 kedai yang saya masuk. 1 kedai jual water heater Rinnai beserta shower besar. Harga memang berbaloi-baloi dengan warranty sehingga 10 tahun. Jadi bila mandi tu ala-ala mandi hujanlah. Untung jugak saya beli situ sebab saya tengok harga kat Lazada mahal RM50, pastu belum masuk delivery lagi.

Apa lebih lawak lagi, saya tak tahu Rinnai ni brand tersohor jugak. Saya ingat mahal sebab ingatkan brand biasa-biasa cam Alpha, Pensonic etc. Dah tahu brand Rinnai lega la sikit saya.

1 kedai lagi saya pi untuk beli aksesori tandas lainnya seperti mangkuk tandas, sinki tandas, sinki dapur, tap air, cermin dan penyangkut tuala. Gambar yang ada ni saya snap tak banyak, jadi tak menggambarkan semua yang saya beli.

Aksesori Tandas

Sinki tandas bawah

Aksesori Tandas

Sinki bilik air

Aksesori Tandas

Water heater Rinnai

Aksesori Dapur

Sinki Dapur jenama Baco

Ada 1 lagi saya KIV nak beli: bathtub. Harga memang murah sekitar RM600 je. Tapi saya tak sure nak beli tak. Saya nak beli bukan ada banyak masa sangat nak dok dalam tu, tapi sebab keperluan bersalin nanti. Kata orang nak mudah bersalin dan beri ketenangan cuba berendam air suam sebelum pi hospital tu. Ini je reason saya. Apa pendapat anda?

Aksesori Tandas

Bathtub – tak sure nak beli tak

 

Untuk semua aksesori tandas saya habis RM3800 jugaklah. Water heater pula dalam RM2200. Semua ni untuk 3 bilik air.

Tiba time nak bayar, kad kredit pulak buat hal. Saya lupa sebelum tu saya dah bayar Fella Design jadi dah hampir limit. Saya janji dengan taukeh tu nak datang bayar pada hari Sabtu.

Alhamdulillah semua settle hari Sabtu lepas. Barang akan dihantar pada Rabu depan. Begitu juga dengan tiles akan dihantar pada hari Rabu nanti.

Lepas ni episod apa pulak ya: grill, lampu/kipas la kan. Apapun kita tunggu rumah siap betullah.

Mamahakim

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)