Elakkan Bayi Pramatang Dengan Omega 3

By | 26 January 2018
omega 3 dan bayi pramatang

Asid lemak omega-3 adalah penting untuk perkembangan saraf otak bayi dan penting untuk kehamilan dan berat masa lahir. Kebanyakan wanita hamil mungkin tidak mendapat cukup asid lemak omega-3 kerana tidak mendapat pemakanan berasaskan omega 3 yang mencukupi.

Bagi wanita hamil untuk mendapatkan asid lemak omega-3 yang mencukupi, melalui pemakanan dan suplemen. Dalam artikel ini saya akan membincangkan bagaimana omega 3 dapat membantu mengelakkan bayi pra matang. Semua info ini saya petik daripada artikel Omega-3 Fatty Acid Supplementation During Pregnancy.

Kenapa Kelahiran Pramatang Patut Dielakkan

Semua bakal ibu ingin melahirkan anak yang sihat, tapi tahukah anda yang setiap ibu mempunyai risiko untuk melahirkan bayi pramatang?

Risiko ini boleh disebabkan oleh pemakanancara hidup serta faktor-faktor lain seperti genetik ibu terbabit dan tindak balas kimia dalam badannya.

Biasanya bayi akan ditempatkan di bilik rawatan khas iaitu di NICU (Neonatal Intensive Care Unit) untuk doktor pakar menyelia keadaan perkembangan bayi tersebut.

Risiko komplikasi kepada bayi pramatang

Masalah saluran pernafasan

Pernafasan yang normal adalah keadaan di mana paru-paru mampu untuk mengembang dan menguncup apabila bernafas. Sistem pernafasan yang tidak matang sepenuhnya menyebabkan bayi mengalami kesukaran unuk bernafas secara normal.

Untuk keadaan yang lebih kritikal, paru-paru bayi boleh menjadi kronik apabila mengidap bronchopulmonary dysplasia.

Biasa bayi yang lahir pramatang akan mengalami masalah pernafasan

Biasa bayi yang lahir pramatang akan mengalami masalah pernafasan

Masalah jantung

Apabila terjadi kelahiran pra-matang ia akan memberi kesan kepada keadaan jantung bayi itu sendiri. Istilah yang biasa kita gunakan adalah apabila jantung bayi tersebut tidak cukup kuat untuk mengepam darah (jantung tidak matang sepenuhnya) ke seluruh badan dan otak menyebabkan pelbagai komplikasi boleh berlaku.

Pendarahan di otak

Semakin awal kelahiran bayi daripada tarikh jangkaan menyebabkan berisiko tinggi berlaku pendarahan dalam otak bayi tersebut.

Pendarahan dalam otak boleh membawa kepada pengumpulan cecair dalam otak yang boleh menyebabkan kepala bayi mengembang.

Cecair yang banyak dan berada dalam tempoh yang lama dalam otak boleh memberi tekanan pada bahagian otak yang lain dan sedikit sebanyak memberi kesan untuk masa yang panjang.

Risiko pada otak bayi yang lahir secara pramatang

Risiko pada otak bayi yang lahir secara pramatang

Masalah suhu badan

Suhu bayi yang dilahirkan pra-matang akan cepat jatuh disebabkan tiada lemak di dalam badan untuk memastikan dan memanaskan badan. Berbanding bayi yang dilahirkan cukup bulan, mereka mempunyai cukup lemak memastikan suhu badan stabil.

Suhu badan yang semakin rendah akan mempengaruhi sistem pernafasan bayi dan juga kandungan gula dalam badan. Disebabkan itu, bayi perlu diletakkan dalam inkubutor untuk mendapatkan haba yang secukupnya sehingga keadaan stabil. Selain itu, bayi boleh mendapatkan haba daripada susu ibu yang diberikan melalui tiub yang disediakan.

Sistem percernaan

Bayangkan bayi yang normal dan cukup bulan dilahirkan, saluran percernaan (penghadaman) hanyalah sebesar sebiji guli sahaja! Kalau bayi yang pra-matang lagi kecil saluran percernaan dan hanya susu ibu sesuai untuk diberikan. Tambahan susu ibu senang dihadam dan mempunyai nutrisi yang diperlukan untuk bayi pra matang.

Masalah sistem imunisasi

Sangat mudah bayi yang dilahirkan pra-matang untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan kebanyakan organ-organ penting dalam badan  masih belum matang sepenuhnya. Disebabkan itu, bayi tidak boleh didedahkan kepada udara kerana terdapat terlalu banyak bakteria-bakteria dalam udara.

Dalam keadaan yang belum stabil, doktor akan menempatkan di NICU untuk memastikan tiada jangkitan kuman berlaku.

Jadi banyak komplikasi terhadap bayi sekiranya mereka dilahirkan tidak cukup bulan. Apa yang ibu boleh lakukan? Ayuh cuba cegah daripadanya berlaku. Salah satu nutrisi penting yang boleh diambil adalah Omega 3.

Bagaimana Omega 3 Berperanan Mengelakkan Kelahiran Pra Matang

Suplemen omega 3 sangat penting terutama pada trimester kedua. Ini kerana pada masa ini perkembangan neural dan retina bayi berlaku paling pesat.

Dalam satu kajian terhadap wanita mengandung di Artik, kepekatan darah ibu yang memiliki DHA paling tinggi dikaitkan dengan kehamilan yang lebih lama, ketajaman visual lebih baik dan kemahiran mental dan psiokomotor bayi pada 6 dan 11 bulan yang terbaik.

Dalam satu lagi kajian berasingan yang dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Kansas telah dapat membuktikan bahawa asid docosahexaenoic (DHA), salah satu daripada asid lemak omega-3, didapati boleh mengurangkan risiko wanita melahirkan bayi terlalu awal.

Dalam kajian ini, 350 wanita telah diberikan 200mg DHA tiga kali sehari semasa hamil sehingga sampai masa untuk melahirkan. Mereka mendapati bahawa wanita yang mengambil DHA ini cenderung untuk melahirkan bayi yang lebih besar, lebih berat dan lebih lewat daripada kumpulan plasebo.
Kajian juga menunjukkan wanita daripada kumpulan plasebo melahirkan bayi yang paling awal daripada kumpulan yang mengambil DHA (kurang daripada 34 minggu).
Bagi kumpulan wanita yang mengambil suplimen DHA, hanya 1% melahirkan bayi mereka pada 34 minggu atau kurang, berbanding 5% daripada wanita yang tidak mengambil DHA.
Walaupun memakan ikan bermanfaat dalam kehamilan, namun untuk mendapatkan 600mg DHA yang diperlukan, wanita mungkin perlu memakan ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga ianya boleh meletakkan janin berisiko tinggi kepada pendedahan merkuri.
Atas sebab ini, pengambilan DHA dalam bentuk suplemen adalah digalakkan untuk memastikan wanita hamil bebas dari PCB dan merkuri. Trigliserida dalam bentuk DHA mudah diserap dan bermanfaat. InsyaaAllah.
Omega 3 untuk ibu mengandung dapat membantu mengelakkan kelahiran bayi pra matang

Omega 3 untuk ibu mengandung dapat membantu mengelakkan kelahiran bayi pra matang

Pengalaman Mengandung Dengan Omega Guard

Bila ingat balik, pengalaman kali ini adalah pengalaman kedua saya mengandung sambil mengamalkan Set Mengandung Shaklee.
  1. Kali pertama pada tahun 2015 dimana saya turut mengambil Omega Guard. Sarah lahir pada minggu ke 39, dengan berat 3.7kg dan saya masih boleh melahirkannya secara normal.
  2. Kali ini mengandung kali kedua mengambil set mengandung Shaklee. Sekarang saya berada pada minggu ke 33. InsyaAllah berat bayi pun ikut jadual dan saya berharap semuanya lancar dan selamat.
Apa salahnya kita ikhtiar kan. Mengandung anak sulung dan kedua dulu saya memang tak amalkan set mengandung Shaklee. Anak sulung lahir pada 37 minggu (berat 3.4) dan anak kedua lahir pada 36 minggu (berat 2.6kg). Kedua-duanya saya cuma makan macam biasa tanpa apa-apa bantuan suplemen.
Tapi saya lebih suka kalau ambil suplemen Shaklee masa mengandung. Kita rasa sihat dan bertenaga, pada masa yang sama beri nutrisi yang seimbang kepada anak dalam kandungan.

Klik disini untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Omega Guard

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

10 thoughts on “Elakkan Bayi Pramatang Dengan Omega 3

  1. Jarimanis

    Takut plak bila lahir bayi pramatang ni ehh..so omega 3 boleh membantu

    Reply
  2. Okje

    Masa zaman mengandung dulu dulu, tak de pun pendedahan mcm sekarang ni. Harap pil yg klinik bagi ajelah…. Untung ibu mengandung zaman sekarang ni banyak informasi yg boleh dapat.
    Okje recently posted…Anak lelaki nan sorangMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge