Saya ada baca sebuah buku bertajuk: What Your Doctor Does Not Know About Nutritional Medicine Maybe Killing You. Buku ini ditulis oleh seorang doktor perubatan dari US, Dr Ray Strand. Saya beli secara online sahaja melalui Google Play.
Ada beberapa info penting dalam buku ini yang saya ingin kongsikan dengan korang.
Dr Strand: Kenapa Saya Berubah
Dalam bukunya, Dr Strand bercerita bagaimana turning point beliau. Semua doktor pun memang anti suplemen, termasuk Dr Strand. Ada beberapa doktor tempatan seperti Dr Hafiz, turning point beliau bila ekzema anak beliau tak baik-baik. Beliau dah cuba kaedah perubatan pun (dia pun doktor), tapi bila masalah tak selesai, menyebabkan beliau cari punca dan cari penyelesaian selain perubatan.
Begitu juga dengan Dr Malinda. Asbab beliau percayakan suplemen (Shaklee) adalah disebabkan masalah suaminya yang alami migrain pada tahun 2004. Beliau tahu kalau banyak sangat bergantung kepada ubat tahan sakit, buah pinggang rosak akan jadi masalah seterusnya. Beliau bersyukur ditemukan dengan Shaklee.
Setiap doktor yang mula menyokong nutritional medicine ada kisah mereka sendiri. Dr Strand ni pula semuanya berpunca daripada kisah isterinya. Isterinya menghidap fibromyalgia. Dengan menghidap penyakit ini, isteri beliau kerap jatuh sakit, sehingga tidak boleh bangun. Perlu bedridden kebanyakan masa.
Bertahun-tahun berubat dengan perubatan, macam-macam doktor pakar dah dirujuk. Satu hari, kawan isterinya datang ke rumah dan sarankan makan vitamin.
Isterinya tahu Dr Strand ni anti suplemen. Jadi isterinya tanya dulu permission Dr Strand. Terkejut beruk jugak Liz (isteri dr strand) bila Dr Strand kata,
“Ambik je la apa pun jika tu boleh sembuhkan kamu” kata Dr Strand.
Sambil tu Dr Strand monitor perkembangan Liz. Selang 3 hari dia perasan Liz makin sihat. Takde dah mengadu sakit-sakit badan, siap boleh berdiri dan berjalan pantas.
Perghh Dr Strand rasa pelik, pada masa yang sama dia teruja. Wah ni bagus ni, bukan senang nak baik fibromyalgia (nota: fibromyalgia tiada ubat tertentu yang dapat menyembuhkan).
Bermula dari situ Dr Strand terus buat kajian ke atas vitamin yang Liz makan. Selain dia buat pembacaan, Dr Strand sendiri cuba guna vitamin kepada pesakitnya (pesakit SLE – Multiple Scelosis). Dan beliau memang sangat teruja bila hasilnya pesakit beliau yang ambik vitamin menunjukkan peningkatan kesihatan yang memberangsangkan. Berbeza dengan sebelum ini yang hanya bergantung kepada ubat.
Bukan doktor sahaja yang anti suplemen, orang biasa pun ramai begini. Ramai begini sebab kebanyakannya takde ilmu tentang kepentingan suplemen.
Kadangkala, apabila sesuatu yang dahsyat berlaku dalam hidup barulah kita mahu membuka hati dan minda tentang sesuatu yang pernah kita benci. Its called TURNING POINT. Kerana hanya yang merasai kesannya akan percaya. Selagi hati kita ditutup dengan perasaan ego dan benci yang membuak, selagi itu kebenaran takkan sampai kepada kita.
Doktor Tak Belajar Tentang Kepentingan Nutrisi
Dr Strand ada bercerita dalam bukunya kenapa kebanyakan doktor sangat anti suplemen. Ini doktor sendiri sebut, bukan saya yang sebut.
Ini adalah kerana doktor memang tidak belajar pun tentang nutrisi. Ilmu nutrisi adalah subjek minor kepada para pelajar perubatan. Dan mengikut statistik yang Dr Strand kongsikan, kira-kira 6% sahaja pelajar perubatan yang ambil subjek nutrisi.
Baca juga dalam jurnal dan kajian berikut, dilaporkan pelajaran tentang nutrisi dalam sekolah perubatan adalah tidak mencukupi. Ini fakta. Janganlah ada yang kata otherwise semata-mata sebab ego sendiri.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2430660/
Pelajar perubatan lebih banyak belajar tentang ubat dan penyakit. Mereka bertungkus lumus untuk score dan mereka lebih banyak berikan perhatian kepada 2 aspek ini: penyakit dan ubat.
Justeru pelajar perubatan secara keseluruhannya memang tidak ambil peduli pun tentang kepentingan nutrisi. Inilah yang jadi puncanya kenapa doktor sebenarnya kurang arif tentang nutrisi.
Mana-mana doktor yang berubah dan beralih arah kepada kepentingan nutritional medicine adalah disebabkan pengalaman ngeri mereka, di samping mereka sendiri ambil inisiatif untuk mencari ilmu ini.
Sebab itu apa-apa hal pun berkaitan nutrisi, lebih baik merujuk kepada pakar pemakanan atau pakar nutrisi. Mereka ini memang belajar tentang nutrisi. Masyarakat kita juga kena hentikan pandangan bahawa semua benda doktor tahu sehinggakan hendak beli rumah pun tanya doktor, sedangkan doktor hanya pakar tentang penyakit dan ubat.
Apakah Maksud Preventive Medicine
Dalam bukunya Dr Strand turut menjelaskan berkenaan preventive medicine.
Sebenarnya masyarakat kita semakin menerima kenyataan bahawa sooner or later, mereka tentu akan dihinggapi penyakit kronik (degeneratif disease). Katanya, “dah tua-tua ni macam-macam penyakit”
Masa sidang forum yang dihadiri Doktor Rajbans Singh awal tahun ini, beliau sendiri sebut,
AGE IS NOT A DISEASE
Umur atau penuaan tu bukan sebab datangnya penyakit. Korang tengok gambar Les Wong ni. Umurnya boleh teka? Macam 40an kan? Sebenarnya umur dia 68 tahun. Dia sihat lagi, tanpa penyakit. Kita tengok dan renungkan pula mak ayah kita. Masing-masing dah ada sakit 3 serangkai di umur 50 tahun lagi.
Zaman sekarang pula, umur 20 pun dah ada kencing manis.
Masih percaya tua = penyakit?
Kita ni dah sakit, baru nak cari ubat. Ada yang cari ubat ajaib, makan malam ni, esok terus baik. Tak berkira pun bab duit time ni.
Kita tahu kan adanya 2 jenis preventive medicine?
Traditional preventive medicine yang kita faham selama ni adalah EARLY DETECTION. Contohnya kanser. Kalau detect awal, contoh pada stage 0,1 atau 2, peratus untuk baik dan pulih adalah tinggi dengan perubatan moden.
Kencing manis yang kita detect awal, dapat dikawal tahap gulanya dengan pengambilan sesetengah ubat. Sangat nyata, kalau detect awal sesuatu penyakit, lebih baik buat pesakit.
Maknanya ni kita detect awal, adakah tepat disebut sebagai preventive medicine? Sebenarnya ni EARLY DETECTION, betul tak?
Apa preventive medicine yang sebenar?
Sebab maknanya pun prevent, so cegahla daripada kena. Betul tak?
Dr Strand dalam bukunya mencadangkan 3 kaedah untuk preventive medicine:
- Makan dengan sihat –Â #sukusukuseparuh, jauhkan gula tambahan dan makanan diproses
- Bersenam secara berkala
- Consuming high quality nutritional supplements. Dia sebut high quality, bukan cikai-cikai punya suplemen penuh gula tu atau produk OEM.
Bila kita avoid dapat penyakit, inilah dikatakan betul-betul true prevention.
Shaklee adalah suplemen berkualiti tinggi. Berminat untuk dapatkan Shaklee? Ayuh hubungi saya sekarang!
Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
Info yang sangat bermanfaat…
Inilah kebaikan untuk orang yang rajin membaca…
Anuar recently posted…Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
kena rajin cari info sendiri, zaman sekarang camtu la
Doktor yang pernah rawat GV masa kurang sihat dulu pernah kata yang vitamin Shaklee boleh dimakan. Bagi GV, vitamin C shaklee mmg terbaik. Good info to share kak. Terbaik, 😀
alhamdulillah lebih meyakinkan kalau doktor pun celik
Suka your sharing. Good info utk yg still was-was dengan suplemen Shaklee
thanks azah