Call nowWhatsapp

Dr Jamie McManus Menjawab Berkenaan Landmark Study Shaklee

Dr Jamie McManus Shaklee menjawab berkenaan Landmark Study Shaklee

Baru-baru ni buat kali ke berapa tah, ada lagi yang bising berkenaan Landmark Study Shaklee. Berlaku sedikit soal-jawab antara pakar dengan Shaklee, baguslah akhirnya Shaklee mahu juga menjawab perihal sebegini.

Dulu-dulu saya ingat Shaklee selalu je mendiamkan diri, membiarkan semua fitnah tu dibawa angin lalu. Tapi tindakan sebegitu salah sebenarnya. Walaupun orang kata diam daripada berbahas dengan orang bodoh tu lebih baik, tapi ia memberikan persepsi negatif kepada sebahagian public.

Landmark Study Shaklee Tak Betul?

Tahun lalu pun ada dah yang mempertikaikan Landmark Study Shaklee. Saya ada jawab berdasarkan pandangan Dr Bruce Daggy dalam artikel ini: Ketua Saintis Jawab Salah Faham Tentang Landmark Study Shaklee.

Tahun ini ada lagi. Dan akibat desakan SID, Shaklee Malaysia akhirnya menjawab dengan pernyataan di bawah, yang antara lain menegaskan:

Presiden Malaysia menjawab fitnah terhadap Shaklee
Presiden Malaysia menjawab fitnah terhadap Shaklee
  1. Shaklee Vitalea dan Lecithin telah didaftarkan dengan KKM sejak tahun 2007 dan 2012 sebagai suplemen kesihatan. Shaklee Vivix diklasifikasikan sebagai makanan. Semua produk makanan kami mematuhi AKta Makanan 1963 dan Peraturan Makanan 1965 di Malaysia.
  2. Produk Shaklee Malaysia tidak bertujuan mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah penyakit. Kenyataan ini jelas ditunjukkan dalam kolateral kami.
  3. Kajian Landmark Study Shaklee yang diterbitkan dalam Jurnal Nutrisi oleh Dr Gladys Block dari University of Berkeley, USA menunjukkan pengguna jangka panjang suplemen Shaklee mempunyai kesihatan lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin atau yang tidak mengambil suplemen langsung. Mereka telah menggunakan suplemen Shaklee sekurang-kurangnya 20 tahun atau lebih.
  4. Shaklee Pure Performance Team terdiri daripada atlit bertaraf antarabangsa yang mengambil bahagian dalam Sukan Musim Panas dan Sukan Musim Sejuk menjalani ujian anti dadah yang paling ketat dalam sukan – semuanya memilih dan mempercayai Shaklee.

Itulah penegasan dari Shaklee Malaysia.

Tapi kemudiannya ada lagi doktor yang pertikai pulak berkenaan nombor 3 daripada pernyataan di atas. Berkenaan Landmark Study.

Jadi atas sebab itu, Dr Jamie McManus tampil memberikan penjelasan berikut. Inipatinya seperti berikut:

Dr Jamie McManus menjawab berkenaan Landmark Study Shaklee
Dr Jamie McManus menjawab berkenaan Landmark Study Shaklee

1. Mengapa kajian menggunakan keratan rentas (cross sectional)

Kajian Landmark adalah kajian keratan rentas analisis perbandingan, yang merupakan reka bentuk kajian sempurna yang digunakan secara meluas dalam penyelidikan nutrisi kerana ia memberikan sejumlah besar data yang boleh digunakan untuk menentukan kaitan antara nutrien dengan pelbagai hasil berkaitan kesihatan.

Ia tidak bertujuan menunjukkan, tidak juga menuntut sebarang sebab dan akibat. Sebaliknya ia menunjukkan perkaitan di antara paras nutrien darah yang lebih tinggi dan biomarker yang lebih sihat.

Secara kebetulan Dr Jamie pernah membentangkan kajian Landmark kepada para profesional perubatan, mereka teruja dengan data yang dibentangkan.

Populasi kajian dipilih secara rawak dari kalangan pengguna Shaklee yang menghadiri persidangan global dengan rekod pembelian dan penggunaan Shaklee untuk sekurang-kurangnya 20 tahun.

Kira-kira 800 individu telah dijemput, akhirnya kurang dari 300 mengambil bahagian dalam semua fasa kajian dan Shaklee merasakan ini sudah cukup mewakili populasi pengguna jangka panjang Shaklee.

Pemeriksaan fizikal dan pengumpulan sampel darah mereka yang berpuasa dan populasi kajian berlaku pada persidangan global tersebut.

2. Soal Selidik secara rawak

Terdapat 2 borang soal selidik di dalam talian, yang luas serta menyeluruh dihasilkan dan dikawal selia oleh Dr Block dan pasukannya.

Salah satu soal selidik adalah Soal selidk Kekerapan Makanan Block (FFQ) yang digunakan secara meluas manakala soal selidik kedua adalah soal selidik khas yang direka untuk merekod data mengenai penggunaan suplemen serta status kesihatan secara menyeluruh dan data demografi.

Soalan ditanya mengenai berapa banyak pengambilan jumlah hidangan dalam seminggu untuk setiap suplemen yang diambil.

Hanya peserta dengan set data yang lengkap (persetujuan, borang soal selidik, pemeriksaan fizikal dan pengumpulan darah) dimasukkan dalam analisis kajian.

Data perbandingan kumpulan NHANES berlaku semasa lawatan dirumah dengan soalan mengenai penggunaan suplemen dalam 30 hari terakhir. Semua ini dinyatakan di dalam jurnal.

3. Kenapa biomarker darah

Biomarker darah digunakan dalam bidang kesihatan untuk mengesahkan samada keputusan tersebut normal atau tidak normal dan ianya boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit atau risiko penyakit.

Tujuan mengukur pelbagai biomarker adalah untuk mendokumentasikan potensi status biomarker sihat (normal) dengan penggunaan pelbagai suplemen.

Kesimpulan kajian menyatakan “Mereka (pengguna pelbagai jenis suplemen Shaklee) berkemungkinan lebih cenderung mempunyai kepekatan optimum biomarker yang berkaitan dengan penyakit kronik dan berkemungkinan kurang mempunyai kepekatan nutrien yang suboptimal, tekanan darah tinggi dan kencing manis berbanding dengan bukan pengguna suplemen dan pengguna multivitamin.

4. Melabur dalam kajian ini adalah konflik berkepentingan

Kenyataan konflik kepentingan sentiasa dimasukkan dalam penyelidikan saintifik. Sejumlah besar penyelidikan ubat-ubatan dibiayai oleh syarikat yang menghasilkan ubat-ubatan. Hakikat bahawa kajian ini dibiayai oleh Shaklee tidak menjejaskan kesahihan keputusan, tetapi harus dinilai berdasarkan rekabentuk dan pelaksanaan kajian (oleh Dr Block yang dihormati) keputusan dan kesimpulan serta penerbitannya dalam jurnal penilaian.

5. Lebih Penyelidikan Diperlukan

Shaklee bersetuju bahawa lebih banyak penyelidikan diperlukan dan Shaklee sentiasa berterusan bekerjasama dengan saintis terunggul dan institusi akademik terkemuka dalam meningkatkan lagi pemahaman kami tentang nutrisi, gaya hidup dan penggunaan suplemen dalam menyokong kesihatan yang lebih baik.

Kami bekerjasama dengan Tuffs University dalam kajian susulan terhadap Kajian Landmark pertama kami dan mempunyai arkib penyelidikan klinikal yang mengagumkan (138 penerbitan dan penambahannya tidak akan berhenti) di dalam laman Health Resources kami.

Sebagai sebuah syarikat perintis dalam mengkaji dan menganjurkan gaya hidup sihat termasuk pilihan makanan yang sihat, pengurusan berat badan, suplemen secara bijak dan senaman teratur di seluruh dunia selama lebih 60 tahun, kami mengalu-alukan sesi dialog selanjutnya.

Penutup

Banyak info telah kita dapat betul tak? Sekiranya ada lagi persoalan, boleh sahaja tanya saya, boleh hubungi saya di nombor tertera. Bagi SID yang ingin mengambil maklumat dalam rencana ini, anda boleh ambil, namun mohon bagi kredit kepada blog saya ok.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox / MakeOver360 / Kesihatan
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web 

 

2 thoughts on “Dr Jamie McManus Menjawab Berkenaan Landmark Study Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge