Doakan MH370

By | 10 March 2014

Seperti masyarakat dunia yang lain, saya memang terkesan dengan peristiwa MH370 yang dilaporkan hilang daripada radar sejak jam 2.45pagi 8 Mac 2014 semalam. Dahla tarikh tu tarikh birthday saya yang ke 35 tahun, tak boleh nak happy sangat, sebab walaupun tiada siapa yang saya kenal berada di dalam pesawat tu, sebagai manusia saya tidak boleh lari daripada berasa dukacita.

Seharian semalam melekat je depan tv atau FB untuk mendapatkan maklumat terkini, walaupun hampa. Tak boleh buat apa, nak update status promosi Shaklee pun takde mood.

Setiap 277 orang yang hilang ada kisah mereka sendiri, ada ibu bapa, ada anak-anak, ada ahli keluarga yang tentunya saat ini paling berdukacita. Allah.. nak taip ni pun sudah rasa sebak… 🙁 Owh!

Pesawat terbaik, juruterbang berpengalaman dan kompeten, namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya. 

Saya berharap dan sentiasa berdoa anak kapal dan penumpang MH370 akan ditemui tidak lama lagi. 

Mari kita panjatkan doa yang tidak henti-henti sehingga mereka ditemui. Jangan lupa juga solat hajat mendoakan kesejahteraan dan kepulangan mereka.

Doakan MH370

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge