2 hari lepas kecoh dunia siber bila diberitakan ada 2 orang kanak-kanak maut disebabkan penyakit difteria. Mak-mak ni mestilah risau habis. Saya sendiri pun risau. Penyakit campak atau measles dan beberapa hari saya dengar memang outbreak di sesetengah tempat/lokasi. Kali ini difteria pulak, dan membawa kepada kematian.
Tahukah anda, 3 penyakit cegahan vaksin muncul kembali. Peningkatan mendadak sehingga 154 kali ganda tahun ini berbanding sedekad lalu selain ada yang menyebabkan kematian.
Jadi mak-mak jom kita ambik tahu apakah penyakit-penyakit ini dan macamana kita hendak cegahnya daripada terkena anak-anak kita.
Maklumat Tentang Difteria
Dari FB Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa itu difteria?
Difteria adalah jangkitan kuman oleh bakteria “Corynebacterium diphtheria”. Bakteria ini akan mengeluarkan toksin yang berbahaya kepada pengidapnya yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung, kegagalan fungsi saraf dan kegagalan pernafasan, justeru membawa maut. Ia boleh menghasilkan pembentukan seakan lapisan selaput nanah berwarna kelabu-kehijauan pada saluran kerongkong pesakit sehingga jauh ke dalam bahagian laluan pernafasan atas (larynx), yang mana boleh menyebabkan kesukaran pesakit bernafas.
Siapa yang cenderung mendapat jangkitan difteria?
Umumnya terjadi pada mereka yang tidak diberi suntikan vaksin pencegahan difteria.
Apakah gejala-gejala difteria?
Perlu ditekankan di sini difteria boleh hadir dengan gejala yang sangat tidak khusus pada peringkat awalnya, seperti gejala-gejala demam biasa. Antaranya termasuklah demam ringan dan sederhana, sakit tekak dan sakit ketika menelan atau bengkak leher. Justeru, ianya boleh disalah-anggap sebagai jangkitan kuman tekak yang biasa sekiranya tidak disyaki lebih awal dan dipandang serius. Akhirnya, pesakit boleh hadir dengan kesukaran bernafas, mahupun kematian.
Kebarangkalian kematian?
Tanpa rawatan awal, ia boleh mencecah kepada keberangkalian kematian sehingga 20 peratus, terutama pada kanak-kanak dan golongan yang lanjut usia.
Bagaimana ia boleh merebak?
Difteria sangat MUDAH merebak melalui batuk dan bersin pesakit.
Bagaimana jangkitan difteria dapat dikesan?
Difteria dapat dikenalpasti apabila pihak doktor mengambil sampel kuman pada tekak pesakit dan mengenalpasti kuman tersebut di makmal. Namun rawatan awal akan senantiasa diberikan pada kali pertama berjumpa pesakit biarpun kuman belum dapat dikenalpasti. Ini kerana, penyakit difteria ini boleh menjadi teruk dalam masa yang singkat.
Adakah ianya boleh dirawat?
Ya. Bakteria ini dapat dikawal dengan rawatan antibiotik seperti penicillin atau erythromycin. Terdapat juga keperluan antitoxin yang mana mampu mengawal penularan toksin difteria di dalam darah. Namun, ianya tidak dapat memusnahkan toksin yang sudah melekat pada tisu badan. Perlu diingatkan tidak semua fasiliti kesihatan ada mempunyai antitoksin tersebut kerana amat jarang penyakit ini berlaku. Pesakit juga perlulah diberi pemantauan rapi di dalam hospital dan dikuarantikan untuk mencegah jangkitan kepada individu yang lain.
Bolehkah difteria berulang?
Ya, jangkitan difteria boleh berulang biarpun anda pernah menghidapi jangkitan difteria. Justeru, setiap individu perlulah mengambil langkah pencegahan dengan mendapatkan imunisasi difteria yang berkesan melalui suntikan vaksin dan mampu menurunkan risiko mendapat jangkitan difteria.
Apakah cara terbaik mencegah difteria?
Cara terbaik mencegah difteria adalah mendapatkan imunisasi vaksin difteria.
Bagaimanakah jadual imunisasi difteria di Malaysia?
Pemberian imunisasi vaksin di Malaysia adalah diberi serentak dengan imunisasi penyakit polio dan tetanus yang diberikan pada bayi berusia 2 bulan, 3 bulan dan 5 bulan (keseluruhan 3 dos) dan mendapat dos booster pada usia 18 bulan dan 7 tahun.
Bagaimana jika anak saya tidak pernah mendapatkan imunisasi difteria?
Imunisasi difteria boleh diberikan biarpun anda sudah menjangkau usia kanak-kanak, remaja mahupun dewasa dan tidak pernah mendapatkan vaksin difteria. Silalah mendapat maklumat lanjut dari pihak doktor anda untuk maklumat lanjut vaksin tersebut.
Apa tindakan kita
Saya ingin berkongsi antara ikhtiar yang saya buat. Situasi ini memang meresahkan saya, kita mak dan kita ada anak-anak kecil. Anak-anak saya alhamdulillah semua lengkap imunisasi. Selain itu saya amalkan ikhtiar lain juga. Saya kongsikan ya.
1. Vaksinkan anak
Ada kajian saintifik menunjukkan vaksin mampu mencegah penyakit-penyakit ini daripada merebak dan memberikan komplikasi lebih buruk. Vaksin bukan untuk semua penyakit. Biasanya vaksin hanya untuk penyakit mudah merebak dan memberikan komplikasi di samping serangan lebih teruk kepada kanak-kanak bawah 5 tahun.
Contohnya boleh rujuk dalam jadual di bawah.
Saya malas hendak sebut lebih lanjut berkenaan vaksin atau tidak vaksin. Cuma saya nak kata, kalau saya, memang saya vaksinkan anak-anak saya sebagai satu ikhtiar pencegahan. Berkenaan vaksin boleh rujuk dengan doktor bertauliah masing-masing.
Dari pandangan Islam, vaksin adalah harus. Manakala ada Mufti juga menyebut berdosa jika tidak vaksin. Boleh rujuk dengan pakar agama seperti mufti ya. Jangan komen dengan saya bab bab dosa pahala. Saya memang tak reti. Tindakan saya vaksin cuma atas sebab perlindungan.
2. Suplemen atau vitamin
Alhamdulillah langkah saya sentiasa amalkan suplemen untuk anak selama ini, bolehlah kita teruskan lagi dalam situasi outbreak ni. Cuma dalam situasi sekarang kena lebih kerap. Apa yang diambil cuma Set Sistem imun sahaja atau immune booster. Set ini ada yang untuk kanak-kanak, ada juga untuk orang dewasa.
Kita orang dewasa pun digalakkan ambil sebab untuk perlindungan kita juga di samping itu elok juga untuk warga emas yang sistem imun mereka pada tahap rendah.
Antara yang elok untuk diamalkan oleh kanak-kanak adalah:
- a. Vitamin C: bertugas untuk melindungi tubuh dari serangan luar
- b. Nutriferon: untuk tingkatkan sistem imun
- c. Performance Drink: Perlu sebab virus sangat aktif bila keadaan panas dan kekeringan
Jadi raya ini memang saya bawa set sistem imun ini lebih sikit berbanding selalu. Semoga anak-anak kita semua dilindungi.
3. Jaga Kebersihan
Penyakit memang mudah merebak jika persekitaran tidak dijaga. Jadi jagalah persekitaran kita agar sentiasa bersih. Bakul sampah yang penuh dengan pampers anak-anak, sisa makanan dan lain-lain pastikan sentiasa dikosongkan setiap hari. Pagi-pagi buangkan ke tempat pembuangan sampah.
Pastikan juga lantai dimop hari-hari. Terutama ada anak yang masih merangkak, kalau dibiarkan lantai tidak dibersihkan melekit jadinya. Ini boleh jadi punca penyakit.
Ajarkan anak-anak tentang kebersihan. Basuh tangan bersih-bersih selepas bermain, sebelum makan dan selepas makan.
4. Minum air bersih
Pastikan air kita ditapis selalu. Air tak ditapis pun boleh jadi punca penyakit merebak. Tidak kisahlah apa jenis tapis anda gunakan, semua pun boleh. Saya guna Shaklee Water Pitcher. Untuk balik kampung ni, saya siap-siap tadah bubuh dalam botol besar untuk bawa balik. Cukup untuk guna 2-3 hari. Lepas itu kita tapis dari sana pulak.
5. Elakkan Tempat Ramai Orang
Kalau kita ada anak kecil, elakkan bawa mereka ke tempat sesak contohnya pasar, shopping complex, pasar ramadan, dll. Ada saya lihat baby baru lepas 40 hari sudah dibawa ke pasar ramadhan. Kalau mak-mak sedang berpantang pun samalah, raya ni ramai orang datang ke rumah, jangan biarkan saja anak-anak dipegang dicuit suka hati.
Penyakit senang merebak di tempat sesak begitu. Jadi elakkanlah, biarkan suami je pergi seorang diri. Kita tinggal dalam kereta atau di rumah cukuplah. Biar jadi paranoid daripada menyesal tak sudah nanti.
6. Berdoa
Doa ibu sangat mustajab. Nak lagi bulan puasa ini, amalkanlah berdoa selalu untuk keselamatan anak-anak. Salah satu doa yang dianjurkan adalah:
Daripada Uthman bin Affan (RA): Mana-mana hamba Allah (SWT) yang membaca tiap-tiap pagi dan petang hari (bacaan di atas) sebanyak tiga kali insyaAllah tidak akan ditimpa keatasnya bahaya. (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Hmm.. info ni bukan sahaja menarik tapi sangat penting utk kita semua. Isu vaksin sy pun penah dengar tp terserah pd individu yg penting kita selamat drpd penyakit yg blh membawa maut lbh2 lagi kalau yg kena tu org yg kita sayang. Huhuuu.. thanks kongsi amalan2 pencegahan di sini. semoga ramai dpt manfaat drpd apa yg raihanah kongsi.
thanks sis. vaksin ni sebenarnya tujuannya untuk pencegahan. disamping tu untuk bentuk herd immunity. jadi memang kena ramai-ramai buat. kalau % tak vaksin ramai maka senanglah penyakit merebak.
bila ada anak-anak kecil ni, emak spt kita lah yg paling risau jika anak sakit atau ditimpa masalah kan.
saya memang vaksinkan anak, ikut betul-betul seperti apa yang telah diarahkan.
Khairul Bariah recently posted…Yusuf Check Up 15 Bulan
alhamdulillah, nak kena sebarkan lagi maklumat ni
Macam2 penyakit sekarang nie, takut pulak rasanya.. hoho
Afif Rayyan recently posted…Tetamu Ramadan TV3
itulah, kalau ada anak jangan lupa vaksinkan ya
Lately ni ramai yang post pasal isu sampai jadi viral. semoga tidak merebak kepada kanak2x yang lain.
Bahrain recently posted…Pengalaman Beli Tiket Bas Secara Online
mudah2an encik, Allah, memang risaulah juga
TQ for the info… panas isu ni skrg..
sy memang vaksin kan anak… Alhamdulillah sihat… terpulang pada ibu bapa..
cuma yg tak best nya bila terkena penyakit ni boleh merebak kat anak org lain.. so, fikirlah baik buruk..
nauzubillah…
atie3101 recently posted…Abang Pa’e selfie..
betullah terpulang pada parents kan, tapi ini berkenaan efek kepada komuniti. jadi kenalah ikut apa yang kerajaan dah buat
Yg sedihnya tak sangka kisahnya ramai yg tak bagi immunisasi berjadual kepada anak-anak mereka di negara kita ni Hana. Kesian bebudak tu kan. Risiko tinggi buat mereka ni. Tapi biasa kan hospital tak kiralah swasta atau kerajaan ada bagi buku jadual bila kita perlu bawa baby kita utk injek kan…
Kakzakie Purvit recently posted…Lailatul-Qadar di bulan Ramadhan
ramai kak, rasanya ibu muda cam saya ni la yang ramainya. gerakan anti vaksin bermula tahun 2008
tksh berkongsi info yg sgt penting n perlu diketahui…apa2 jenis penyakit pun perlu dielakan disamping berserah akan takdir-Nya.
betul tu kak PI
Ya Allah… takutlah bila baca… risau jadinya. Mudah2an Allah lindungilah kita semua… aamiin…
Khir Khalid recently posted…Coretan Statistik Blog Di Bulan Ramadan
mudah2an anak2 kita dijauhkan daripada penyakit ini
bhaya pyakit ni kak..
dan jgn lalai untuk memberi vaksin pd anak2..
Jie Susanos recently posted…Tips Murah Rezeki | Belanja Keluarga Makan
semoga ramai yang dapat kesedaran selepas perkara ini. agar tidak terlewat
memang kena lebih berhati-hati lepas nih.
macam-macam boleh jadi zaman sekarang nih.
titan recently posted…Once you’ve seen what’s possible, how can you do otherwise?
mudah2an anak2 kita dijauhkan daripada penyakit ini
Bahayanya, minta dijauhkan
MUHAMAD MAWARDI BIN MAT YUNUS recently posted…PENGINAPAN DI BUKIT FRASER | RUMAH REHAT SRI BERKAT
Itulah pentingnya imunisasi untuk bayi pada masa sekarang
MySemakan recently posted…Apa Itu Difteria? Punca Dan Cara Rawatan
semoga lebih ramai sedar tentang perkara ini
Nauzubilahinzalik, berbanyak nerdoakan.. inshaAllah.
bp recently posted…mengimbau ke jalan yang penuh dengan memori
mudah2an anak2 kita dijauhkan daripada penyakit ini
Merisaukanlah penyakit camnie.. Kasihan anak2 kita..
arnie recently posted…Memburu Malam Lailatul Qadar 1437H Ramadhan 2016
mudah2an anak2 kita dijauhkan daripada penyakit ini
dahsyat juga penangan penyakit campak nie..dulu pernah kena dan muka ada kesan parut yang dalam..
mrhanafi recently posted…Latih Tabiat Optimis Dalam kehidupan
mudah2an anak2 kita dijauhkan daripada penyakit ini
mintak jauhh ya Allah..
mudah2an anak2 kita dijauhkan daripada penyakit ini
Thanks for the info..
Ibu bapa mana yang tidak bimbang kalau ada penyakit yang macam ni…lagi bila hantar anak ke nurseri.
Moga semuanya dilindungi dan dijauhkan dari sebarang penyakit
fidah shah recently posted…Biskut Choc Chip Emping Jagung
amiin, mudah2an anak2 kita dilindungi
memang menakutkan sakit Difteria ni..
semoga anak-anak bebas dari sakit ni..
Mus recently posted…Puas Makan Di Restoran Daily-Q Steamboat, Tawau
amiin
smpi laa ni sy x fhm kenapa ada golongan anti vaksin padahal…
kan, saya pun cannot brain langsung
Ada beberapa penyakit dahulu menjadi wabak sudah hilang tetapi akibat alpaan ibu bapa yang mengelak mengambil vaksin menjadi penyakit tersebut muncul semula. Perlu diingat penyakit ini boleh evolasi seperti berlaku pada penyakit selsema burung pada asalnya tidak bahaya pada manusia kini setelah mengalami evolusi boleh meragut nyawa.
akubiomed recently posted…Salam Hari Raya Aidilfitri
aduhai, semoga kita semua dijauhkan daripada musibah ini