Call nowWhatsapp

Kali kedua saya cuba nak sertai contest. Saya cubalah kali ni ya.

Contest ini berkenaan review lynk.my. Hadiah pun memagn menarik, itu yang teruja sangat tu. Jomlah sertai bersama saya dan ramai lagi rakan blogger. Ini untuk menyokong aplikasi ini yang berkaitan URL shortener. Aplikasi ini buatan Malaysia tau. Jomlah sokong sama-sama.

Ramai juga yang telah sertai contest ini, blogger otai pun dah sertai, hadiah pun besar, keseluruhannya hadiah bernilai RM4000. Banyak tu.

Tarikh contest bermula 27 Oktober 2015 hingga 27 Disember 2015. Sempat lagi tu untuk buat posting tau.

Ayuh sertai contest Lynk.my 2015

Ayuh sertai contest Lynk.my 2015

Apakah Lynk.my

Segalanya tentang Lynk.my

Segalanya tentang Lynk.my

Lynk.my merupakan web yang menyediakan perkhidmatan memendekkan Link URL (URL shortener). Ia merupakan sistem yang direka dari Malaysia. Banyak kebaikan jika URL dipendekkan, contohnya ia mempunyai daya tarikan lebih estetik. Jadi kita boleh gunakan sistem ini untuk memendekkan link daripada blog atau posting kita. Senang je tau.

Jadi kita tak perlu nak ingat sangat URL web atau blog kita yang panjang berjela tu, susah hafal kan. Bila kita dapat pendekkan URL, bukan sahaja senang hafal, kita juga boleh sembunyikan tajuk link.

Satu lagi kebaikannya adalah boleh menjana pendapatan juga daripadanya. Wah ini memang baguskan, setiap kali orang klik URL shortener anda, anda akan menjana pendapatan melaluinya.

Antara Kebaikan Lynk.my

Banyak sebenarnya kebaikan Lynk.my ini, saya suka sangat sebab benda percuma tapi dapat keuntungan best juga tau.

  1. Percuma, ya PERCUMA!
  2. Cepat dan mudah saja untuk digunakan
Cara pendekkan URL dengan lynk

Cara pendekkan URL dengan lynk

3. Selamat digunakan kerana menggunakan smart filtering

4. Menjana pendapatan dengan Lynk.my (pilih sebagai Publisher ok!), anda akan dibayar RM5 jika menghasilkan 1000 unique visitor (UV).

Sebagai publisher anda berpeluang menjana pendapatan

Sebagai publisher anda berpeluang menjana pendapatan

5. Beriklan dengan lynk.my serendah RM10 sahaja

Beriklan di lynk.my dengan kategori Advertiser

Beriklan di lynk.my dengan kategori Advertiser

6. Mengesan trafik ke dalam URL kita

Dashboard untuk kesan trafik pada URL

Dashboard untuk kesan trafik pada URL

Contest Review Lynk.my

Ada tiga kategori untuk anda menangi:

Top SEO

Buat posting berkualiti agar mendapat ke laman pertama Google.com.my.

Top Creative

Bila kreatif, bolehlah guna grafik, gaya penulisan dan menarik untuk dibaca.

Top LynkUNDI

Bagi yang berminat untuk memenangi kategori ini bolehlah buat artikel yang best untuk menarik minat pembaca.

Hadiah Lumayan

Top SEO

  1. Hadiah Tempat Pertama : RM500
  2. Hadiah Tempat Kedua : RM300
  3. Hadiah Tempat Ketiga : RM100

Top Creative

  1. Hadiah Tempat Pertama : RM1000
  2. Hadiah Tempat Kedua : RM500
  3. Hadiah Tempat Ketiga : RM200

Top LynkUNDI

  1. Hadiah Tempat Pertama : RM500
  2. Hadiah Tempat Kedua : RM300
  3. Hadiah Tempat Ketiga : RM100

Ada juga hadiah lain seperti giveaway penyertaan 50 terawal, ini saya pun mesti tak layak dah ni.

Apakah Syarat Penyertaan?

  1. Mesti mendaftar di lynk.my (aktifkan username dan emel anda)
  2. Tulis entri di blog dengan kreatif dan bercirikan SEO
  3. Emelkan penyertaan anda di contest@lynk.my dengan menggunakan format berikut: Subjek/Tajuk emel: Join Contest Review Lynk, sertakan Username dalam lynk dan URL artikel Review lynk.my
  4. Tunggu penganjur akan membalas emel anda samada layak atau tidak untuk join contest. Jika layak anda akan diberikan Contest ID. Sudah dapat contest ID bolehlah edit posting anda untuk masukkan contest ID tersebut.
Daftar untuk menyertai Lynk.my, jangan lupa pilih sebagai Publisher

Daftar untuk menyertai Lynk.my, jangan lupa pilih sebagai Publisher

Anda bila lagi?

Jomlah join contest ni, saya rasa inilah contest terbesar yang saya sertai. Harap-harap ada peluang menang. Cewah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)