Cheat Day: Resepi Kek Coklat Moist Paling Senang dan Jadi

By | 13 April 2015
Kek Coklat Moist

Dalam berdiet, katakan dalam 7 hari, hanya 6 hari diet kita kena ketat dari segi pemakanan. 1 hari lagi tu dibenarkan untuk kita makan serba sedikit makanan kegemaran kita. Ini dipanggil sebagai cheat day.

Sempena cheat day saya semalam iaitu Sabtu, ditambah pula dengan permintaan anak-anak, saya buatkan kek coklat moist yang paling simple, mudah dan menjadi. Sapa2 pun boleh buat kek ni menjadi, hatta yang takde skill langsung in baking pun mesti boleh.

Kalau tak menjadi jugak, datang tempah dengan saya ok.. huhu gurau aje.

Resepi Kek Coklat Moist

Kek Coklat Moist

Kek Coklat Moist

Bahan A (1 cawan semua, gunakan cawan yang sama)

  • Minyak sayuran
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Serbuk coklat (any brand ikut kegemaran anda)
  • Gula halus

Bahan B (dicampur bersama dan ditapis)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh sodium bicarbonate

Bahan C

  • Telur 4 biji

Cara Menyediakan

Campur Bahan A dalam periuk dan masak atas api perlahan. Tujuannya untuk cairkan gula dan ratakan adunan. Bahan B ditapis dan dicampurkan ke dalam Bahan A sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan dengan rata. Akhir sekali masukkan telur sebiji demi sebiji.

Masukkan adunan dalam bekas dan distim selama 30 minit atau sehingga kek masak.

Sejukkan dan bolehlah dihias mengikut kegemaran masing-masing.

biasanya saya tak hias pun sbb kalau hias kek ni jadi manis lagi. saya juga suka sediakan dan makan panas-panas. memang sedap dan habis sekelip mata je.

Disebabkan kita diet, jangan lupa ambil Lecithin untuk bakar lemak dan phytocol-st utuk blok kolestrol semua.

Selamat mencuba

Raihanah

Tel: 0122195919

COD gombak

6 thoughts on “Cheat Day: Resepi Kek Coklat Moist Paling Senang dan Jadi

    1. Raihanah Ahmad Post author

      boleh buat sendiri tu, senang je. 🙂

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa hari tu buat juga time birthday saya. tp bila deko2 jd manis pulak

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge