Category Archives: pembelajaran anak

Cara Ajar Matematik Perbundaran Tahun 2

By | 20 April 2016

Silibus anak-anak kita memang teruk juga tingginya kan. Bayangkan masuk-masuk sekolah tahun 1 sebaiknya mesti sudah pandai membaca dan menulis. Kalau belum pandai, masuklah ke kelas Linus macam anak saya. Mula-mula saya rasa malu juga, tetapi bila tengok anak berjaya belajar dengan laju, rasa senang hati pula. Kisah tahun 1 banyak saya dah tuliskan dalam posting sebelum ini.… Read More »

Ayuh Hidup Dengan Positif

By | 9 February 2016

Ayuh hidup dengan positif Baru-baru ini saya termenung dan fikirkan banyak perkara. Salah satunya tentang bagaimana pantasnya anak-anak membesar. Anak sulung saya sudah berumur 8 tahun. Mula sekolah tahun lepas pada 7 tahun kebanyakan masanya memang di sekolah. Bayangkan daripada jam 7.30 pagi – 10.30 pagi sekolah KAFA dan sambung jam 12.30 tengahari hingga 6.30 petang sekolah kebangsaan.… Read More »

Selamat Hari Lahir Hakim

By | 25 January 2016

Hari ini 25 Januari 2016, alhamdulillah genap umur anak sulung saya, Muhammad Hakim 8 tahun. Selamat Hari Lahir Hakim Tahun ini Hakim minta saya buatkan kek hari lahirnya. Kebiasaannya hari lahir kami sambut bersama ahli keluarga saya yang lain, jadi sambutan hari lahir rasanya akan di buat bulan Februari nanti bersama dengan hari lahir adik saya. Jadi kek… Read More »

Ragam Anak-anak #1

By | 24 January 2016

Aha, saya bubuh #1 sebab hajatnya hendak sambunglah lagi ragam anak-anak. Yelah, setiap hari ada sahaja ragam mereka, boleh juga tulis sambil-sambil cari idea lain untuk tulis dalam blog. Baru-baru ini saya ada tuliskan ragam anak kedua saya, Faiz untuk ke sekolah. Memang mudah pula uruskan Faiz berbanding abangnya dulu. Mungkin sebab Faiz pun sudah terbiasa melihat abangnya… Read More »

Cara Pujuk Anak Ke Sekolah

By | 16 January 2016

Anak nombor 2 saya memang agak unik, mencabar sikit selain bab makan, bab sekolah pun sama cerewet. Ada satu kali pernah saya lipat roti dengan cara yang tidak disukainya, suka hati dia rejek makan roti itu hanya disebabkan salah lipat. Pasal sekolah jangan cakaplah, siap marah lagi kalau sebut pasal sekolah. Bila ke sekolah pun, beliau tidak banyak… Read More »

Rekreasi Berkuda Untuk Anak-anak Di Tasik Titiwangsa

By | 10 January 2016

Alkisah kejadian Sabtu lepas. Saya asalnya janji dengan anak-anak hendak bawa mereka ke taman air Pusat Sains Negara. Dah sampai ke depan pagar PSN, rupa-rupanya PSN sedang diubahsuai. Demi tidak mengecewakan anak-anak, saya detour ke Tasik Titiwangsa. Ada acara berkuda di sana seperti kebiasaan kami ikuti. Rekreasi Berkuda di Taman Tasik Titiwangsa Kami sampai dalam jam 10 pagi… Read More »

Cara Mohon Pertukaran Anak Ke SRAI Dari Sekolah Kebangsaan

By | 6 December 2015

Sudah agak lama saya ingin kongsikan maklumat ini. Hari ini walaupun belum gaji (sudah 4 Disember!), tapi masih mampu tersenyum bila dapat khabar anak lulus ditukarkan ke SRAI dari sekolah kebangsaan. Alhamdulillah. SRAI – sekolah rendah agama integrasi (tajaan JAIS) Cuma saya memang agak skeptikal hendak teruskan atau tidak. Sebabnya: Akademik SRAI ini baguskah? Lepas UPSR tidak boleh… Read More »

Ibu Banyak Berleter Bantu Kejayaan Anak

By | 5 November 2015

Tajuk tu memang bagi suspen je kan, tapi inilah saya hendak kongsikan dengan anda hari ini. Berkaitan anak sulung saya, Hakim. Semasa Hakim berumur 2 tahun, saya sertai kelas untuk mendapatkan Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-kanak, anjuran UMCCED (Universiti Malaya). Program selama 2 tahun setengah. Tujuan saya sertai dulu sebab saya ingin tahu kaedah-kaedah yang baik untuk dipraktikkan… Read More »