Cara Pujuk Anak Ke Sekolah

By | 16 January 2016
Cara pujuk anak ke sekolah

Anak nombor 2 saya memang agak unik, mencabar sikit selain bab makan, bab sekolah pun sama cerewet. Ada satu kali pernah saya lipat roti dengan cara yang tidak disukainya, suka hati dia rejek makan roti itu hanya disebabkan salah lipat.

Pasal sekolah jangan cakaplah, siap marah lagi kalau sebut pasal sekolah. Bila ke sekolah pun, beliau tidak banyak ikut aktiviti, paling banyak hanya perhati kawan-kawan, terutama aktiviti berenang, menari dan menyanyi memang tidak mahu ikut serta.

Tapi sudah 3 hari bersekolah, alhamdulillah hari ke 3 dia sudah hendak ke sekolah (siap hendak pergi awal pagi), boleh pakai baju sekolah.

Ada beberapa perkara yang saya buatkan untuk usahakan perkara ini berjaya, dan inilah yang saya hendak kongsikan dengan anda.

Cara Pujuk Anak Ke Sekolah

Umur Anak Yang Sesuai

Saya hantar Faiz ke sekolah di umurnya baru masuk 3 tahun. Dia lahir Disember 2011, dan pada Disember 2014 dia baru masuk 3 tahun. Januari 2015 saya daftarkan beliau ke sekolah sebab ikut tahun sepatutnya Faiz 4 tahun.

Saya rasa umur memainkan peranan penting. Kalau anak lahir di hujung tahun, saya rasa kena perhatikan anak sesuai atau tidak untuk masuk sekolah. Pada pandangan saya, kanak-kanak lelaki lebih sesuai mula ke sekolah pada umur 4 tahun. Kanak-kanak perempuan saya tiada pengalaman lagi, kena tunggu baby Sarah nanti. Jadi mungkin Faiz tidak bersedia lagi ke sekolah pada tahun lalu (baru berumur 3 tahun).

Masa Hakim mula bersekolah dulu, tiada masalah sangat sebab dia lahir Januari, jadi dia memang cukup 4 tahun masa mula ke sekolah.

Ada satu buku saya pernah baca pada tahun 2009 dahulu, karya Steve Biddulph iaitu Raising Boys: Why Boys are different. Dalam buku itu turut menyebut budak lelaki seharusnya mula ke sekolah pada umur 4 tahun, berbanding kanak-kanak perempuan yang mungkin boleh ke sekolah lebih awal.

Karya Steve Biddulph Raising Boys

Karya Steve Biddulph Raising Boys

Doa

Kuasa doa terutama doa ibu sangat mujarab. Faiz sudah berhenti sekolah selepas 6 bulan ke sekolah pada tahun lalu 2015. Jadi dari Julai hingga Disember 2015, saya berdoa agar Faiz dipermudahkan dan mahu ke sekolah, itulah doa saya hari-hari.

Sebab itu saya cukup teruja bila lihat perkembangan Faiz yang pada hari ke-3 sudah tidak lagi menangis.

Bercakap Dengan Anak

Dalam tempoh 6 bulan ini juga ada masa-masa saya peruntukkan untuk bercakap dengan Faiz, dari hati ke hati. Antara yang boleh diperkatakan dengan anak adalah:

  • Sekolah menyeronokkan, boleh bagi contoh aktiviti-aktiviti sekolah
  • Cikgu-cikgu dan kawan-kawan ramai dan baik
  • Sekolah adalah proses semulajadi untuk semua orang, bila sampai masanya perlu ke sekolah
  • Sekolah untuk dapat ilmu supaya pandai solat, pandai mengaji dan lain-lain

Boleh tambah apa yang sesuai untuk dibualkan dengan anak

Beri penghargaan

Setiap hari sejak mula bersekolah saya berikan Faiz penghargaan, biasanya makanan. Makanan apa dia mahu makan saya belikan sahaja sebagai galakan beliau ke sekolah.

Jaga Kesihatan Anak

Pada Jun 2015, Faiz dimasukkan ke hospital disebabkan pneumonia. Saya pernah tuliskan posting berkenaan perkara tersebut. Sejak itu saya memang komited setiap hari MESTI berikan anak-anak suplemen yang sesuai buat mereka.

Bila mula bersekolah, anak-anak lebih terdedah kepada persekitaran baru, makan mungkin tidak seimbang, bergaul dengan rakan-rakan yang tidak pasti tahap kesihatan mereka. Macam di tadika, hari-hari ada sahaja anak-anak yang tidak hadir disebabkan demam dan batuk. Kalau yang selesema itu memang ke sekolah juga, jadi banyak pendedahan kepada virus dan bakteria yang kita tidak nampak.

6 bulan ini saya komit untuk kedua-dua anak. Alhamdulillah setakat ini jarang demam atau sakit.

Inilah Faiz pada hari pertama sekolah, cukup ceria. Lain sangat berbanding tahun lalu.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

2 thoughts on “Cara Pujuk Anak Ke Sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge