Cara Naikkan Berat dan Tinggi Anak Dengan Cepat

By | 23 December 2015
Macam inilah beza tinggi antara anak-anak saya (Hakim dan Faiz)

Rasanya ramai ibubapa alami masalah berat anak yang tidak seberapa. Ada jelah kata-kata yang dilemparkan nanti:

  • Tak bagi anak makan ke
  • Kenapa kurus sangat anak ini
  • Umur baru setahun ke ni?

Aduhai, memang mencucuk iman jadinya. Memanglah kalau kita fikir positif, selagi anak sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda tidak sihat, mungkin kita abaikan sahaja bab berat badan dan tinggi tidak cukup ini.

Macam inilah beza tinggi antara anak-anak saya (Hakim dan Faiz)

Macam inilah beza tinggi antara anak-anak saya (Hakim dan Faiz)

Saya antara ibu yang menghadapi anak tidak cukup berat dan tinggi. Anak saya yang kedua. Memanglah sejak dia bayi dia memang susah makan, mungkin salah saya juga tidak kreatif hendak menghidangkan makanan untuknya.

Ada hari dia makan nasi banyak, esoknya atau lusa sudah tidak mahu. Jadi berat anak saya yang bernama Faiz ini sehingga berumur 3 tahun hanya 11 kilo sahaja. Sehinggalah dia demam setiap bulan sejak Februari 2015, dan masuk wad disebabkan pneumonia pada Jun 2015 merupakan trigger kepada saya untuk lebih agresif dalam kesihatannya.

Suplemen Untuk Anak-anak

Bab suplemen anak-anak saya memang maju dan lulus. Walaupun Faiz kadangkala sedikit memberontak, tetapi masih boleh dipujuk untuk ambil suplemen. Anak-anak saya mengambil suplemen antaranya

Cara Naikkan Berat dan Tinggi Anak Dengan Mudah

Bila anak kurang berat dan tinggi, jadi masalah bila hendak ambil kad perubatan. Baru-baru ini saya ambil kad perubatan untuk Faiz, harganya lebih mahal berbanding adik dan abangnya hanya disebabkan beliau kurang berat. Namun kata syarikat pengendali kad perubatan, harga bulanan ini boleh dikemaskini semula selepas 3 tahun. Maknanya saya ada 3 tahun untuk kembalikan Faiz kepada berat dan tinggi yang normal sebayanya.

Saya mula sebaik Faiz keluar hospital Jun 2015 lagi. Dari Jun hingga Julai 2015 berjayalah naik 1kg menjadikan beratnya 12kg. Masa ini saya sudah agak tidak fokus lagi pada masalah berat badannya. Berat naik 1kg, tetapi tinggi naik agak banyak juga. Dari 85cm kepada 92cm. Perasan ini sebab dulu tidak boleh buka pintu, sekarang siap boleh kunci pintu depan rumah lagi.

Baru-baru ini jadi trigger baru pada saya bab tingginya. Kisahnya kami ke Taman tasik titiwangsa untuk aktiviti berkuda. Saya sudah ukur Faiz, capailah tinggi minima iaitu 90cm. Alhamdulillah mujurlah.

Masa itu ramai juga pengunjung yang komplen kepada pengurusan sebab Faiz naik kuda sebab sangka mereka di bawah had minima ketinggian. Ini menyebabkan pihak pengurusan terpaksa mengukur Faiz sekali lagi, ternyata memang lebih 90cm. Naik geram juga saya dengan ibu bapa lain itu, maklumlah anak mereka belum cukup tinggi.

Saya pun teringat juga, kalau jadi rendah ini banyak juga disadvantage. Kelebihannya boleh duduk depan dalam kelas nanti, tapi kalau tiba masa bergambar, mesti duduk hujung sekali. Satu lagi kalau masuk acara kawad, mesti di depan sekali. Saya tahulah sebab saya pun rendah juga. Tapi hendak katanya sebab genetik, tidak juga. Sebab saya sendiri bertanya doktor tentang perkara ini. Tetapi doktor kata sebab masalah pemakanan, bukan masalah genetik.

Pertumbuhan anak-anak harus selari dengan umurnya

Pertumbuhan anak-anak harus selari dengan umurnya

Jadi masalah ini sekali lagi mendapat perhatian saya. Lekas je saya google apakah makanan yang baik untuk menaikkan tinggi dan berat badan. Lepas saya buatkan regim diet ini untuk Faiz, alhamdulillah dalam masa 5 hari naik 1kg. Suka ke suka.

Antara yang saya amalkan adalah:

Teruskan pengambilan suplemen

Suplemen yang diambil seperti saya tuliskan di atas adalah lebih kepada kesihatan, bagaimanapun Mealshake dan Omega Guard turut berperanan untuk meningkatkan selera makan anak-anak.

Satu lagi yang saya amalkan adalah memasukkan Sathu Maavu ke dalam makanan anak-anak. Sathu Maavu ini adalah amalan orang India, serbuk campuran pelbagai herba untuk meningkatkan selera makan anak-anak.

Sathu Maavu salah satu ramuan meningkatkan selera makan anak

Sathu Maavu salah satu ramuan meningkatkan selera makan anak

Pemakanan Sihat

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pemakanan, kanak-kanak yang mengekalkan diet protein yang tinggi menunjukkan peningkatan yang ketara tinggi berbanding dengan kanak-kanak terhad kepada diet protein yang rendah.

Antara makanan yang baik diberikan untuk pertumbuhan anak-anak adalah:

Susu

Susu kaya dengan kalsium, membantu meningkatkan pertumbuhan anak anda. Ia mengukuhkan tulang anak anda dan menghalang mereka daripada mudah pecah. Vitamin A dalam susu membantu tulang anak anda menyerap kalsium yang lebih baik. Susu juga merupakan sumber yang sangat baik untuk protein, yang membantu pertumbuhan sel-sel di dalam badan anak anda.

Sebelum ini saya ambil jenama Dutch Lady, tetapi sejak mencuba FarmFresh memang macam sudah tidak berpaling kepada yang lain lagi. Ini disebabkan susu FarmFresh sememangnya segar. Saya teringat minum susu di Australia 6 tahun lalu, sama rasanya. Kalau minum susu Dutch Lady memang tidak boleh masuk. Sekarang buat kek pun saya guna susu FarmFresh.

Mujurlah anak-anak pun suka.

Susu Farmfresh lebih segar berbanding jenama lain

Susu Farmfresh lebih segar berbanding jenama lain 

Buah-buahan dan Sayuran

Terus terang, anak saya memang kurang ambil sayur-sayuran kecuali lobak merah dan segala jenis ubi (anak-anak saya sangat suka ubi: ubi keling, ubi badak, ubi keledek oren, ubi kentang, keledek purple, ubi kayu sebut saja jenis ubi mereka memang suka).

Semua jenis ubi kesukaan anak-anak

Semua jenis ubi kesukaan anak-anak

Inilah penyebabnya mengapa anak-anak perlukan Vitalea For Children yang mengandungi kesemua vitamin yang diperlukan tubuh. Tetapi kalau buah-buahan mereka memang suka hampir kesemua jenis buah. Biasanya mereka makan mangga, rambutan, longan / mata kucing, ciku, epal, buah naga, betik, tembikai dan lain-lain lagi. Bab buah memang tidak risau.

Pengambilan buah-buahan segar dan sayur-sayuran adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak anda. Ia mengandungi jumlah serat yang baik, vitamin, kalium dan folates. Vitamin A akan membantu dalam perkembangan tulang dan tisu anak anda.

Sesetengah sumber yang baik Vitamin A adalah betik, lobak merah, brokoli, bayam, ubi keledek, mangga, tembikai dan aprikot. Makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan sitrus membantu menangani isu-isu pertumbuhan anak anda.

Bijirin

Bijirin adalah gudang tenaga. Bijirin juga adalah sumber yang sangat baik serat, vitamin, zat besi, magnesium dan selenium. Bijirin kaya dengan kalori yang penting dalam tahun-tahun pertumbuhan anak-anak. Makanan seperti beras perang, pasta gandum dan gandum boleh memberi anak anda rangsangan yang diperlukan untuk mendapatkan ketinggian.

Oat

Oat adalah makanan keajaiban untuk pertumbuhan ketinggian kanak-kanak. Ia adalah sumber yang sangat baik daripada protein tumbuhan dan membantu untuk meningkatkan jisim otot dan mengurangkan lemak.

Telur

Telur kaya dengan protein dan vitamin B12. Galakkan anak anda untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu hingga tiga biji telur setiap hari, untuk mendapatkan ketinggian. Sejak 2 minggu, hari-hari saya pastikan anak-anak makan telur.

Resepi saya adalah: campurkan telur, sathu maavu secubit, sedikit keju (guna keju Beqa, kurang garam) dan kacaukan. Gorengkan secara telur dadar dengan menggunakan butter. Anak-anak memang suka.

Ayam

Ayam mempunyai salah satu kandungan protein tertinggi dalam sumber makanan berasaskan haiwan. Pengambilan ayam akan membantu dalam pembangunan otot dan tisu pada anak anda.

Kacang soya

Kacang soya adalah sumber yang paling tinggi protein dalam makanan berasaskan tumbuhan. Ia mengandungi protein dalam bentuk yang paling tulen, yang sangat penting untuk pembangunan tulang dan tisu pada anak anda.

Pastikan kacang soya anda adalah non-GMO dan selamat untuk diamalkan.

Makanan tinggi tenusu

Makanan tenusu seperti keju, keju dan yogurt adalah sumber yang kaya dengan vitamin A, B, D dan E serta protein dan kalsium. Vitamin D dan kalsium akan membantu anak anda tumbuh tinggi. Selain saya masukkan dalam telur dadar, keju juga dimakan begitu saja oleh anak-anak.

Ada juga yang kongsikan pengambilan daging merah dan ikan. Terpulang kepada masing-masing, boleh juga hendak amalkan jika anak-anak anda suka. Saya pula hanya setakat telur dan ayam dahulu.

Keju jenama Beqa kurang rasa garam dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak

Keju jenama Beqa kurang rasa garam dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak

Biarkan anak-anak bermain

Biarkan anak-anak membuat senaman harian seperti menunggang basikal, berjalan atau sukan luar untuk memastikan anak anda berkembang pada kadar yang konsisten dan melawan obesiti. Menurut KidsHealth.org, aktiviti-aktiviti ini akan menggalakkan anak anda untuk terus bergerak, bukan duduk di depan televisyen atau video game.

Dengan amalan inilah alhamdulillah berat Faiz telah naik kepada 13kg sekarang. Banyak lagi hendak kejar, sebab sepatutnya dalam usia beliau (4 tahun) beliau kira-kira 14 hingga 20kg dan tinggi antara 95cm hingga 105cm.

Carta Berat anak untuk kanak-kanak 2 hingga 20 tahun

Carta Berat anak untuk kanak-kanak lelaki 2 hingga 20 tahun

Pada usia 4 tahun Faiz dapat berat 16kg dan tingga 100cm pun satu kejayaan besar. Ini target kami. InsyaAllah tidak mustahil.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

20 thoughts on “Cara Naikkan Berat dan Tinggi Anak Dengan Cepat

    1. Raihanah Ahmad Post author

      boleh kongsikan kepada sesiapa yang memerlukan kak

      Reply
  1. anuar

    Terima kasih di atas perkongsian info… boleh saya praktikkan untuk membesarkan anak2 saya nanti…;)

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      risau anak saya tu juga, tapi kata orang budak lelaki makin meninggi lepas baligh nanti. tapi tak tahula kan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      itulah, saya belum pernah rasa anak terlebih makan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge