Masa saya mula-mula bekerja dulu, sedaya upaya juga saya jaga solat, bukan pastikan sentiasa solat sahaja. Namun saya pastikan saya solat di awal waktu sebagaimana saya praktikkan masa belajar dulu.
Tapi lama kelamaan jadi sama dengan orang lain, ada masa baru solat. Padahal azan masuk waktu sudah lama. Aduh bila fikir balik alangkah ruginya bila dibiarkan masa berlalu tanpa kita menyahut seruan azan dan solat di awal waktu.
Kita boleh bermula bila-bila masa sahaja, sebaik-baiknya azam baik kita segerakan, betul tak. Percaya tak kalau saya kata, bila kita solat awal waktu, masa dirasakan sangat panjang sehinggakan macam-macam boleh kita selesaikan. Kalau lambat solat, masa jadi pendek pula. Pernah rasa tak?
Ok di sini saya kongsikan juga cara pastikan kita solat di awal waktu untuk manfaat anda.
Cara pastikan solat di awal waktu
Latih Diri Hentikan Kerja Tanpa Alasan
Walaupun kita sedang sibuk melakukan kerja dan mendengar azan, hentikan kerja yang sedang dilaksanakan serta-merta tanpa apa-apa alasan.
Tetapkan reminder waktu solat
Gunakan perisian ataupun aplikasi reminder waktu solat. Pasang aplikasi waktu solat, Al-Quran, zikir dan kompas arah kiblat di smartphone anda.
Solat Berjemaah di Masjid
Cara ini paling efektif untuk solat di awal waktunya. Sebaik mendengar azan, terus menuju ke masjid atau surau.
Berkawan dengan mereka yang tidak melewatkan solat
Berkawan dengan individu yang tidak melengahkan solat. Jika anda seorang usahawan, carilah rakan niaga yang tegas dalam bab solat dan agama, bukan semata-mata berduit. Berkawan ini bukan maksudnya kita meminggirkan yang lain, tapi perilaku anda boleh juga menjadi contoh kepada rakan-rakan lain.
Tampal Peringatan di Meja Kerja
Tulis peringatan dan tampal di hadapan meja kerja anda seperti petikan hadis. Ini akan memberikan sedikit motivasi kepada kita untuk menyegerakan solat.
Jadikan solat polisi utama anda
Letakkan solat sebagai perkara paling utama dalam segala jua perkara anda. Niat, azam dan tekad dalam hati bahawa solat adalah segalanya. Allah akan membantu anda melorongkan dan melaksanakan polisi anda.
Waktu Solat Sebagai Panduan Temujanji
Jika kamu bertemu dengan pelanggan atau prospek, tetapkan masa sebelum atau selepas waktu solat.
“Ditanya Rasulullah s.a.w, apakah amalan yang terbaik, maka baginda menjawab: solat di awal waktu.”
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Bagus peringatan ni, kekadang tu ada reminder pun boleh melengahkan lagi solat
Noriza Rahman recently posted…Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Kecerdasan Otak
semoga bermanfaat MV
dah azan cepat2.. pergi mesjid /surau… yang ini terbaik sekali untuk kaum lelaki terutamanya.. cuma masalah kerja dengan company non muslim… kena tunggu time rehat baru boleh sembahyang , dan hari jumaat dapat kelepasan rehat lebih awal
zik recently posted…Keputusan terkini JDT vs Sarawak piala malaysia 21/11/2015
kalau banyak tangguh itulah jadi lambat akhirnya
Adatla manusia.. sering kali melambat-lambatkan solat.. huhu
Media Sensasi recently posted…Lelaki Ini Ceritakan Detik Cemas Kerana Lakukan Kesalahan Pada Sultan Johor
kalau solat nampak selepuk pahala macam kita nampak selepuk duit, harus semua orang berlari nak mengerjakan solat
tuntutan kerja makan gaji boleh membatas solat tepat pada masanya…
jika dah jadi majikan ..saya akan laksanakan pelaturan solat wajib dulu kepada staff ketika bertugas
Hero Borneo recently posted…10 Etika Ketika Guna Facebook
itulah, dah makan gaji camtu la kiranya
bagus tips yang diberikan…
orang perempuan kena displinkan diri solat awal waktu kerana tahu sajalah…kita ni dapat ABC (Allah Bagi Cuti) . apatah lagi kalau datangnya tak sama waktu setiap bulan. nanti kena qadha pulak…
Anim recently posted…Ganjaran
thanks sis atas peringatan
kadang kadang solat itu banyak dikerjakan di akhir waktu…
Sync recently posted…Peperiksaan Online Penguasa Kastam
selalu diakhirkan, seolah-olah tiada kepentingan
insaf kanns ;p
3lalat recently posted…TIKET MURAH DAN PANDUAN KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE
semoga dipermudahkan kita semua
sangat menarik bu artikelnya semoga salam sukses
salam sukses
Salah satu kaedah moden untuk solat di awal waktu adalah menggunakan jam
azan digital jenama PROMAS . Jam ini berfungsi automatik dengan melaungkan
azan bila tiba masuk waktu solat. Sebelum masuk waktu, ada bacaan alquran
10 minit sebelum azan. Zikir pendek setiap jam juga ada. Jam ini bukan
sahaja membantu untuk solat di awal waktu , malah dapat mendidik anak-anak
dengan gaya hidup ISLAM 24 jam. Anak-anak secara tidak langsung dapat
menghafal ayat-ayat alquran yang dialunkan jam. Bayangkan, hari-hari anak
mendengar laungan azan, mengaji dan zikir , sudah tentu dengan izin ALLAH
anak-anak lebih dekat dan minat dengan agama. Sekiranya pembaca blog ini
berminat mendapatkan jam azan, boleh dapatkannya di laman web
http://www.JamAzan.com
thanks info