Pernah dengar bone broth? Saya banyak kali juga dengar pasal kebaikan bone broth ini tetapi tahun ini sahaja baru saya pernah buat sendiri selepas resepi diberikan oleh adik ipar.
Kebaikan Bone Broth
Sup tulang atau bone broth atau sup ayam dijadikan sebagai penawar (untuk anak 8 bulan ke atas setelah boleh memakan makanan daripada sumber protein i.e ayam).
Konsep utamanya adalah lawan virus kena lawan dengan protein. Virus “hirup” protein dari badan anak jadi dia kena makan high protein food. Masalahnya bila tiada selera dan badan tidak boleh ambil makanan banyak, jadi protein paling banyak dalam bentuk cecair adalah sup tulang atau bone broth.
Anak hirup sup sahaja pun cukup sebab semua sudah meresap dalam stock itu. Boleh beri jus juga pada anak jika dia mahu contohnya jus guava, oren dan lain-lain.
Dengan bone broth akan menambahkan protein segera dalam tubuh anak untuk melawan virus. Sekarangkan musim viral, rata-rata ramai yang sakit.
Selain itu, bone broth punyai banyak khasiat dan kebaikan seperti jadual berikut.
Resepi Mudah Bone Broth
Asasnya anda perlu ada:
- Tulang (apa-apa jenis tulang i.e tulang lembu, ayam, atau ikan)
- Cuka (boleh juga guna lemon, asam keping)
Fungsi cuka adalah untuk pastikan yang zat galian dari tulang akan larut ke dalam sup. Anda boleh guna slow cooker atau pressure cooker. Sup yang dihasilkan boleh ditambah jadi perasa untuk masak nasi, kuah sayur, kuah mee, asas kari dan lain lain. Masak dalam slow cooker selama minima 6 jam. Biasa saya buat semalaman, memang sedap.
Bahan lain anda boleh letak: carrot, celery.
Anda boleh freeze je bone broth ini, letak dalam kiub-kiub kecil. Bila hendak guna, ambil saja dan tambah dalam masakan.
Ok itu asasnya. Lain-lain bahan adalah untuk beri sedap sahaja. Anda boleh letak sahaja kedua-dua asas ini, bila nak masak masukkan bersama-sama bahan lain.
Mudah kan. Sedap pun tau, kita orang tua pun makan sama bertambah-tambah.
Jika anda mencari suplemen untuk diri dan keluarga anda, jemput hubungi saya untuk saya bantu anda. Lengkap dengan cadangan pemakanan dan aturan supplemen.
Raihanah
SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Ingatkan apa tadi, rupanya sup tulang ya..Memang best kalau dapat makan sup macam ni, lepas makan berpeluh badan.
Sani recently posted…Bestnyer Makan Serunding Original Ni!
baik untuk kesihatan juga 🙂
nak try buat la lepas ni. tq ye.
MamaBard recently posted…Khasiat Madu Untuk Kesihatan
sama2. gembira dapat membantu
Ok ini I like.. cam senang gile nak buat hehehe
Yeen recently posted…Tips masa paling sesuai untuk berlari di bulan Ramadhan
memang senang je, kalau takde slow cooker guna periuk biasa pun boleh. tapi kena letak api slow la ya
Tak nampak susah pun nak buat ni..hehe
Hafizul recently posted…Pendapatan Ke-27 Panduan Menjahit Baju
senang je, jom buat
Memang suka sangat sup tulang ni. Tak tahulah plak banyak khasiat rupanya. Nice info.
rika recently posted…Punca Bayi Mogok Susu
kita2 ni suka sangat, kanak2 pun mesti suka juga.
Ingatkan apa benda bone broth tu..rupanya sup tulang. Patutlah emak kita dulu suka hidangkan sup dan bubur bila kita demam ye. Rupanya mereka lebih educated dari segi makanan berkhasiat 🙂
rahimah recently posted…Pengalaman Bercuti Ke Amsterdam-Panik Bila Kapal Terbang Bergegar ! ( Part 1 )
ha betul tu, dari kecik kalau demam kita makan sup / bubur kan. cuma kita tak tahu sebab apa je.
Alah sedapnya sup tulang my favourite!
yummy kan, bukan budak2 je, mak budak pun suka