Cara Menabung Suami Isteri

By | 27 December 2015

Saya sekadar ingin berkongsi dengan anda salah satu azam tahun 2016. Sudah bincang dengan suami, alhamdulillah kami setuju dengan cara ini. Idea ini saya dapat setelah membaca beberapa posting di FB, rakan-rakan FB berkongsi cara mereka menyimpan.

Ada macam-macam juga yang mereka buat, ada yang simpan RM1 sahaja, ada yang RM5 ada yang RM10. Ada yang buat tabung subuh dan sebagainya.

Ada yang simpan ikut tujuan, jadi inilah yang saya cuba hendak buat tahun 2016. Nanti hujung tahun kita kemaskini ya.

Contoh tabung digunakan untuk pelbagai keperluan

Contoh tabung digunakan untuk pelbagai keperluan

Tabung 1: Tabung Kecemasan

Tujuan tabung kecemasan ini contohnya untuk ke klinik. Meskipun suami orang kerajaan, kami tidaklah berkesempatan untuk ke klinik kerajaan. Lagipun ramai betul orang. Jadi selalunya kami ke klinik swasta sahaja. Biasanya selama ini syarikat tempat saya bekerja boleh bayar, tetapi nampak gaya tahun ini pun sudah beberapa bulan tidak membayar claim klinik kami. Jadi tahun 2016 kita sediakan alternatif, lagipun tidaklah boleh bergantung dengan syarikat lagi masa-masa begini.

Selain itu tabung ini boleh digunakan untuk bayaran roadtax kereta dan juga hal ehwal kereta yang lain jika memerlukan.

Tabung ini RM200 sebulan (suami isteri).

Tabung 2: Tabung anak-anak

Ini memang saya amalkan sejak anak sulung lagi. Sebenarnya tabung ini adalah hasil yang anak-anak dapat daripada sesiapa yang beri. Cuma tahun 2016 ingat nak sediakan tabung khas. Bekas shaklee (ESP dan Cinch pun banyak) jadi boleh guna.

Bila sudah agak banyak saya akan masukkan ke dalam akaun Tabung Haji mereka. Alhamdulillah sejak Hakim kecil lagi simpanan mereka memang banyak jugala. Cuma mula tahun ini sebahagian duit raya mereka saya gunakan untuk membeli emas.

Semua anak-anak saya sudah ada akaun tabung haji sejak dilahirkan

Semua anak-anak saya sudah ada akaun tabung haji sejak dilahirkan

Tabung 3: Tabung percutian

Ini sebab Hakim asyik berzikir hendak ke Legoland. Tabung ini disimpan RM200 (suami dan isteri). Saya ingat setiap bulan boleh beli sekeping 1g emas daripada RM200 sebulan ni. Maknanya hujung tahun hasilnya akan lebih daripada rm2400.  Bukan murah hendak ke Legoland, hotel, perjalanan, makan segalanya mahal di sana. Jadi perlukan rancangan, saya rancang masa terbaik untuk ke sana dalam cuti bulan Oktober 2016 (ada banyak cuti bersambung tahun depan).

Hasil lebihan boleh simpan juga untuk keperluan trip ke Melbourne yang dirancang pada tahun 2017.

Tabung 4: Tabung sekolah

Tabung ini untuk persediaan persekolahan 2017. Yuran pendaftaran tadika sangat mahal di KL ini. Tapi alhamdulillah kami dapat tadika yang tidaklah begitu mahal dalam RM1000, antara yang termurah di KL. Biasanya yuran pendaftaran sahaja sudah mencecah RM2500 untuk seorang kanak-kanak.

Nasib baik tadika hanya Faiz. Keperluan sekolah Hakim pula tidaklah banyak seperti tahun lalu (hendak masuk tahun 1), buku, alatulis, pakaian, kasut, dan pendaftaran KAFA hanya dalam lingkungan RM300 sahaja. Jadi tabung ini boleh simpan RM100 (suami dan isteri).

Tabung ini boleh juga hendak tukarkan dengan emas buat sementara sebelum digunakan. Setiap suku tahun boleh tukarkan dengan emas.

Tabung RM1

Tabung ini saya sudah mulakan sejak awal Disember 2015 lagi, sebabnya untuk buat belanja anak ke sekolah. Duit ini juga boleh digunakan untuk Faiz yang selalu minta saya bawanya ke kedai setiap pagi sebelum ke pejabat, haa ya pagi-pagi lagi sudah pow mama! Layan je la

Tabung Bisnes

Tabung bisnes ini memang saya buat selama ini, cuma sebelum ini saya gunakan beg kecil jadi selalu simpan dalam beg tangan. Jadi kadang-kadang itu bila duit tiada saya gunakan juga. Jadi tidak boleh hendak istiqamah dan tahun depan rasanya elok guna konsep tabung, jadi ia tidak bergerak.

Dalam tabung ini adalah hasil jualan dan perkhidmatan yang kami sediakan seperti bekam, mobile facial dan jualan Shaklee.

Duit yang disimpan boleh digunakan untuk membayar kad kredit yang digunakan membeli Shaklee dan sebagai modal pusingan.

Saya harap perancangan ini mendapat kejayaan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

18 thoughts on “Cara Menabung Suami Isteri

  1. si bongkok

    Terbaik laa cara menabung nie…baru laa tabung ayam saya tak kempis kalo gini punya gaya!

    Wah 2017 melbourne tue…ke selatan sket bleh layan gold coast puan…bdk2 syok tue 😀

    Semoga urusan pn dipermudahkan…ameen!

    Reply
  2. Puan kutu

    wah memang byk betul tabung ye..sy satu tabung RM1 tu pun tak berapa ustiqomah..at last terguna juga duitnya tu..tahun ni azam baru jugaklah nk buat tabungan..klu terguna pun akan usaha ganti balik.hehe..
    Puan kutu recently posted…DIY Hantaran TunangMy Profile

    Reply
  3. Azwan

    Ini memang saranan yang bagus. Memang selepas hidup berpasangan, komitmen akan bertambah berbanding hidup seroang diri. Tabiat perbelanjaan kita akan memberi kesan kepada suami/isteri dan anak-anak. Menabung merupakan satu kemestian untuk semua keluarga. Yang penting, setiap tabung perlu ada tujuan dan sasaran.
    Azwan recently posted…Cara Untuk Membahagikan Pendapatan Bulanan Atau GajiMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kami dah mula tahun baru 2016. insyaALlah moga istiqomah

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge