Cara Memulakan Hari Bagi Orang Berjaya

By | 9 January 2016

Cara Memulakan Hari Bagi Orang Berjaya

Baru-baru ini kecoh berkenaan Dato Vida yang menayangkan rumahnya yang super mahal itu. Teruja betul kan? Dalam video tersebut, beliau ada berkongsi amalan-amalan yang beliau amalkan. Sebenarnya orang berjaya ada amalan yang hampir sama belaka.

Bagi orang berjaya, mereka telah melalui pelbagai ranjau perjalanan sebelum mereka benar-benar berjaya

Bagi orang berjaya, mereka telah melalui pelbagai ranjau perjalanan sebelum mereka benar-benar berjaya

Jom kita teropong apakah antara amalan baik orang kaya yang boleh kita contohi. Bagi orang berjaya juga, banyak usaha keras, kegagalan dan sebagainya yang mereka hadapi. Kalau bisnes tiada ranjau duri itu, macam palsu je, kan?

Dalam konteks ini saya cuma ingin berkongsi bagaimana orang berjaya memulakan hari mereka.

Cara Memulakan Hari Bagi Orang Berjaya

Cara 1: Utamakan Perkara Paling Utama

Mark Twain - Makan Katak?

Mark Twain – Makan Katak?

Ini merupakan kata-kata Mark Twain. Yang dimaksudkan katak itu bukanlah betul-betul telan katak setiap pagi tau. Haru gitu. Katak dalam konteks ini umpama adalah yang perkara terbesar atau tugas anda yang paling penting.

Ia mungkin salah satu perkara yang anda tidak mahu berlengah-lengah untuk tidak melakukan sesuatu mengenainya. Ia juga adalah tugas yang boleh mempunyai kesan positif yang besar dalam hidup anda atau keputusan anda pada masa ini.

Cara 2: Kuasa Minda Yang Hebat

Tony Robbins berpandangan, setiap pagi adalah masa terbaik untuk menggambarkan bagaimana hari anda akan berlaku. Positif atau negatif? Kalau negatif, memang negatiflah yang anda akan dapat. Tetapi kalau pagi-pagi lagi anda telah gambarkan order masuk beribu-ribu RM, insyaAllah tidak mustahil untuk ia berlaku.

Anda yang menentukan minda anda

Anda yang menentukan minda anda

Kuasa minda memang hebat.

Cara 3: Senaman ringan

Cara ini dikongsikan oleh Presiden US, Mr Barack Obama. Senaman ringan di pagi hari elok juga untuk mengurangkan tekanan dan juga menenangkan fikiran.

Senaman untuk kesihatan

Senaman untuk kesihatan

Cara 4: Nikmati Hidup Anda

David Karp berkongsikan cara beliau mencapai impiannya. Kata orang David Karp seolah-olah jelmaan Steve Jobs, wallahualam la kan.

Kerja sebenar vs semak emel

Kerja sebenar vs semak emel

Pengasas Tumblr David Karp hanya akan menyemak emel beliau pada 9.30 pagi hingga 10 pagi sahaja.

Jangan sekali-kali Semak E-mel pada sejam pertama bekerja adalah satu strategi yang baik untuk meninggalkan pejabat dengan perasaan bahawa, sekurang-kurangnya satu pekerjaan sebenar telah anda dilakukan.

Boleh dipraktikkan tak? Saya dulu memang suka semak emel dulu sesampainya ke pejabat. Boleh cubalah keberkesanan kaedah ini nanti.

Cara 5: Memenangi Hati Pelanggan

Craig Newmark menyarankan agar kita memulakan hari dengan bercakap dengan pelanggan. Tidak kiralah seorang atau berapa orang.

Bercakap dengan pelanggan setiap pagi agar mereka merasa dihargai

Bercakap dengan pelanggan setiap pagi agar mereka merasa dihargai

Bercakap dengan pelanggan dan mengenali mereka, melibatkan diri dengan mereka, dan membina hubungan anda dengan mereka. Tanya pendapat mereka. Anda tidak perlu bersetuju dengan pendapat mereka, pendapat mereka mungkin pendapat peribadi, mungkin betul atau salah.

Menerima pendapat orang ramai membuatkan mereka berasa dihargai kerana mereka pelanggan kita, ia memberi peluang untuk kita memperbaiki diri kita jika perlu dan akan meningkatkan peluang mereka datang kembali sekali lagi anda.

Kelebihan maklum balas yang jujur seperti ini adalah bahawa anda akan mendapat peluang untuk memperbaikinya; peluang kedua.

Cara 6: Kuasa Fokus dan Muhasabah Diri

Kata-kata Steve Jobs beliau selalu bertanya diri sendiri setiap pagi, jika hari ini hari terakhir saya, apakah saya akan lakukan apa yang saya rancang?

Kehebatan muhasabah dan fokus

Kehebatan muhasabah dan fokus

Pemikiran ini akan membuat kita fokus. Secara separa sedar ia menghapuskan masalah yang tidak ketara dan mengutamakan matlamat penting. Mengamalkan tabiat awal pagi dan akan menjadikan waktu anda dengan tujuan dan mempunyai arah.

Cuba sebut kata-kata tersebut setiap pagi dan muhasabah di waktu malam, contohnya:

  • Adakah saya telah menjadi yang ibu bapa / suami isteri / adik-beradik / kawan anda terbaik pada hari ini?
  • Adakah saya benar-benar hadir dan sedar dengan semua interaksi hari ini (berdepan, emel atau telefon)
  • Adakah saya suka kerja saya? Jika tidak, adakah saya telah membuat langkah-langkah ke arah mencari pekerjaan impian saya hari ini?
  • Adakah apa-apa yang tidak diduga yang saya boleh lakukan untuk meletakkan senyuman di wajah pelanggan hari ini?
  • Adakah saya berasa seronok sebanyak yang boleh pada hari ini?
  • Adakah saya telah membantu seberapa ramai orang untuk sihat pada hari ini?

Amalan-amalan orang berjaya

Saya berminat dengan salah satu amalan Dato’ Vida yang dikongsikan beliau. Iaitu beliau melakukan solat sunat hajat sebanyak 10x sehari. Alamak banyaknya! Tetapi sebab banyak itulah beliau begitu berjaya seperti yang kita lihat sekarang.

 Semoga bermanfaat untuk semua.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

11 thoughts on “Cara Memulakan Hari Bagi Orang Berjaya

  1. mrhanafi

    saya nonton habis video tersebut…

    ternyata Dato Vida tersangat kaya dan tak termimpi nak kaya macam tu…

    jika diizinkan kaya macam tu …teringin sangatlah nak bagi orang-orang miskin makan yang sedap-sedap biar mereka sedar bahawa nikmat hidup itu memang best..

    lagi satu nak bagi pekerjaan untuk ramai orang ..supaya mereka tidak menjadi penganggur dan hidup susah..

    aamiin..
    mrhanafi recently posted…Punca Pengurusan Masa Kurang EfektifMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      amiin, saya doakan impian tuan ditunaikan Allah, jangan lupa saya masa tu. 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge