Hari ni saya nak share dengan pembaca semua bagaimana caranya melembutkan motor halus kanak-kanak. Sebelum ni saya ada cerita berkenaan anak saya yang dalam 2 tahun tu dah pandai pegang pensel dengan baik dan kemas. Seolah-olah dah sekolah rendah gayanya. Cumanya sebab baru 2 tahun jadi dia belum bolehlah tulis huruf.
Bila pandai pegang pensel, dia pandai dah scratch things. Dia je la faham apa maksud yang dilukisnya tu. Tapi baru-baru ini dia berjaya melakarkan objek. This is amazing!
Sebenarnya anak saya yang sulung pun memang pandai pegang pensel sejak sebelum masuk tadika lagi, iaitu sebelum 4 tahun. Ada rahsianya, rahsianya adalah benarkan mereka bermain permainan yang melembutkan motor halus mereka.
Apakah Motor Halus Kanak-kanak
Sedangkan motor kasar ni pergerakan fizikal. Contohnya berlari, melompat, menari dan lain-lain.
Koordinasi motor halus adalah pergerakan otot-otot kecil, kebiasaanya koordinasi mata dengan tangan, ini juga termasuk pergerakan lidah dan bibir, menggerakkan jari-jari kaki dan koordinasi mata dan kaki. Biasanya motor halus berperanan untuk tujuan komunikasi, kedua-dua fungsi misalnya menulis, menaip, memanipulasi atau kerja-kerja seni.
Kebiasannya antara umur 3 hingga 5 tahun kanak-kanak akan lebih maju dalam kemahiran motor halus mereka sebab masa umur ini mereka dah masuk tadika jadi banyak tadika akan lakukan latihan kemahiran ini.
Antara kemahiran motor halus adalah:
- Kawalan motor okular – kebolehan mata mengikut dan memberi tumpuan ke atas objek di dalam ruang penglihatan
- Koordinasi mata dan tangan – kebolehan melaksanakan aktiviti dengan tangan, berpandukan pandangan mata
- Koordinasi mata dan kaki – kebolehan untuk melaksanakan tindakan dengan kaki, berpandukan pandangan mata
- Kecekapan tangan – kebolehan dengan tepat memanipulasi tangan dan jari-jari untuk menulis dengan kemas, melukis, kemahiran menaip dan sebagainya.
- Sterognosis – kebolehan untuk mengenalpasti objek yang tidak dapat dilihat menggunakan deria sentuh
- Persepsi tactile – interpretasi informasi dipindahkan melalui jari ke otak
Latihan Untuk Membina Kemahiran Motor Halus
Tujuan dilakukan aktiviti stimulasi ini adalah untuk membantu anak-anak mengembangkan setiap kebolehan potensi dirinya, bukan untuk over stimulate atau super babies tau. Saya buat aktiviti pun just for fun dan yang penting lebih cepat dalam pembelajaran.
Cuma saya warning dulu, aktiviti ni messy sikit ya. Setengah orang tak boleh buat ni di rumah sebab sangat la messy.
1. Aktiviti manipulasi
- Manipulasi doh (menggentel, memintal dll)
- Mengoyakkan kertas menjadi cebisan kecil – boleh guna untuk kolaj atau gumpal jadi bola
- Menguntai manik atau macaroni
- Aktiviti menguntai
- Memotong menggunakan gunting
- Manipulasi penyepit baju untuk objek-objek kecil
- Memanipulasi penyepit baju
- Bermain fingerplays
2. Aktiviti Sensori
- Melukis menggunakan jari dan tangan – contohnya main dengan water color, main lumpur, gunakan sos atau kicap dalam pinggan
- Mengutip objek kecil dengan jari seperti bijirin dll
- Bermain pasir
- Bermain dengan air, sabun, dll
3. Aktiviti Mengembangkan Keseimbangan dan Stabiliti
- Berjalan seperti ketam, bergayut di taman untuk mengembangkan kekuatan bahagian atas badan
- Bekerja di atas permukaan mendatar seperti easel atau papan hitam untuk kemahiran motor halus
Aktiviti di atas kadangkala bukan rancangan pun, kadang anak-anak nak main kita bagi je. Tapi kenalah kemas balik ya dan jangan tension kalau nampak sepah. Memang akan bersepah. Anak-anak saya memang sukalah aktiviti water color dengan tangan tu, mereka akan color tangan masing-masing pastu tekap pada kertas atau buat macam-macam bentuk dengan menggunakan jari.
Paling best mereka suka kalau air atau susu tumpah, mereka suka la nak main tangan kat situ. Biasa saya biarkan kejap, lepas tu barulah lap.
Selain memberikan aktiviti tersebut, saya juga ada bagi anak-anak makan suplemen untuk kecergasan dan kepintaran iaitu Omega Guard dan Mealshake.
So far memang membantu mereka dalam kesihatan dan pembelajaran mereka.
Saya harap panduan di atas membantu anda untuk mendapatkan sedikit gambaran apakah bentuk latihan yang boleh dilakukan kepada anak-anak.
Mamahakim
SID 864679
setuju. bagus untuk membangunkan psikomoto kanak kanak
Ija Rased recently posted…MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI
memang bagus untuk kanak-kanak kan.
semoga bermanfaat untuk anda
Huhu..memang betul tu..kena bg dia main kn..ank sy pandai gunting kertas..
Hafizul recently posted…Cabaran Wanita Berkerjaya Dalam Menguruskan Anak Suami
anak dan bermain berpisah tiada
permainan itulah yang disukai, tapi ibu2 tensen sebab semak. huhu
Terima kasih kerana berkongsi entri yang sangat bermanfaat macam ni.
Alongxp recently posted…Bulan blogwalking
thanks singgah 🙂
Sama-sama.. 😀
Alongxp recently posted…Bloglist berkategori