Cara Laksanakan Solat Taubat

By | 8 April 2017
cara solat taubat

Cara Laksanakan Solat Taubat

Solat taubat elok buat selalu. Sampai hati  rasa lapang. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat, hati jadi seronok. Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Itulah inshaALLaH tanda taubat ALLaH sudah terima.

Solat taubat elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.

Cara Laksanakan Solat Taubat

1. Bersihkan diri. Ambil wudhu.

2. Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).

3. Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu. Isitghfar pendek sahaja. Baca seberapa banyak kita hendak sampai hati betul-betul tenang. Kemudian baca niat.

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Ussoli sunnatan taubati rok ‘ataini liLLaHi Ta’ala [Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]

4. Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah seperti biasa.

5. Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x (Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)

6. Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x

7. Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.

“La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin” Bacalah 10x atau 20x atau 30x. Ikut suka.
Waktu ini dahi kita sujud menyentuh bumi. Kita berada dalam keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita. Sujudlah lama-lama.

8. Kemudian duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.

9. Lepas bagi salam, Istighfar lagi. boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang sikit.

AstaghfiruLLaHhal’adziim /AstaghfiruLLaH hal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.

Baca seberapa banyak yang kita mahu. Baca sampai hati rasa lemah.

10. Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.

Bila berdo’a, kita kena betul-betul menyesal dgn dosa-dosa kita. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita.

Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dalam bahasa melayu. Luahkan apa yang terbuku dalam hati kita. Menangislah. Merayulah. Mohon ALLaH ampunkan dosa. Bayangkan kita cuma ada satu saja peluang nak mintak ampun dengan ALLaH. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita. Kejap lagi kita mati. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?

Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pun takpa.

11. Apabila selesai berdo’a, tutup do’a kita tu dengan;

Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar

12. Kemudian duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.

Tengok apa yang boleh kita perbaiki lepas ni.

Sebagaimana disebut oleh Imam al-Ghazali tanda hati kita sudah mula hitam:

  • Bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
  • Hilang kemanisan beribadah
  • Hati tak makan nasihat

Mudahkan? Boleh buat setiap hari.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

7 thoughts on “Cara Laksanakan Solat Taubat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge