Call nowWhatsapp

Semalam kecoh dalam FB berkenaan pernyataan bijak seorang Menteri, YB Ahmad Maslan. Kata beliau

Buat 2 kerja untuk tampung kos sara hidup

Menurut beliau rakyat yang melakukan 2 pekerjaan pada satu masa tidak dianggap perkara luar biasa dan kerajaan menggalakkan usaha tersebut sebagai cara menangani peningkatan kos sara hidup.

YB Ahmad Maslan menyarankan rakyat membuat lebih daripada 1 pekerjaan

YB Ahmad Maslan menyarankan rakyat membuat lebih daripada 1 pekerjaan

Respon Rakyat

Respon rakyat saya lihat bercampur-campur. Ada yang mengejek beliau disebabkan merasa pernyataan itu seolah-olah tidak masuk akal. Seumpama orang susah yang disuruh lebih susah lagi. Sudah jatuh ditimpa tangga, terkena taik pulak. Begitulah bidalannya.

Bekerja Lebih Daripada Satu

Saya pula berpendapat ini adalah satu peluang. Puluhan tahun kita dilarang untuk bekerja lebih daripada satu selama ini. Terutama jika sudah bekerja di sektor awam atau swasta, bekerja lebih daripada satu boleh dikenakan amaran.

Apabila seorang timbalan menteri mencadangkan perkara ini, saya fikir ini adalah satu rahmat yang seharusnya diambil peluang oleh rakyat, ya terutama dalam musim ekonomi tidak menentu sekarang.

Peluang baik untuk diambil, anda bagaimana?

Peluang baik untuk diambil, anda bagaimana?

Tolak tepi dulu peranan kerajaan dalam perihal mengawal harga barang, harga minyak, kos sara hidup, dan cukai yang meletup-letup sekarang. Itu kita sembang lain kali. Saya cuma ingin fokus tentang peluang bekerja lebih daripada satu ini.

Telah Lama Melaksanakan Bekerja Lebih Daripada Satu

Saya sendiri telah lama melaksanakan bekerja lebih daripada satu. Syarikat saya tahu saya buat sambilan Shaklee itupun tidak pernah melarang disebabkan saya sendiri memastikan kewajipan kepada syarikat didahulukan dan diberi keutamaan.

Dalam facebook saya sendiri ramai bos saya, mereka nampak saya posting jualan Shaklee. Tetapi tidak pernah mengambil tindakan di atas sebab tugas di syarikat tidak pernah saya abaikan, alhamdulillah. Semua kerja siap pada masa yang diperlukan atau lebih awal.

Selain jualan Shaklee, saya turut membuat perkhidmatan facial dan spa bergerak dan bekam klinikal (marketing sahaja) dan sebagai blogger.

Tanggungjawab di rumah tidak usah kira la kan, sebagai isteri dan ibu memang macam-macam kena buat. Saya percaya bukan saya seorang, tetapi ramai lagi telah mengamalkan bekerja lebih daripada satu.

Dahulu kecoh kakitangan awam bekerja sebagai pemandu teksi selepas bekerja sehingga mereka diberikan amaran. Jadi sebenarnya ramai rakyat telah mengamalkan bekerja lebih daripada satu. Dengan perkembangan ini saya kira peluang terbaik untuk rakyat mencari peluang yang boleh dimanfaatkan untuk kehidupan mereka.

Peluang baik yang tidak harus anda lepaskan

Peluang baik yang tidak harus anda lepaskan

Cara Bekerja Lebih Daripada Satu

Seboleh-bolehnya carilah kerja yang sesuai dan anda sukai. Banyak peluang jika anda beri peluang kepada diri anda untuk memajukan diri sendiri. Di antara kerja-kerja yang saya fikirkan sesuai adalah:

Freelance

Contoh freelance boleh dibuat adalah sebagai penterjemah, pereka grafik, dan macam-macam lagi. Antara laman web yang anda boleh rujuk adalah fiverr.com, freelancer.com, upwork.com antaranya.

Bisnes Online

Bisnes online tidak memerlukan modal yang besar. Anda tidak perlukan pekerja, premis fizikal dan lain-lain. Banyak bisnes online anda boleh ceburi contohnya

  1. dropship
  2. MLM seperti shaklee (hubungi saya jika hendak bisnes shaklee)
  3. blogger (jangan tidak percaya, blogger pun boleh buat duit banyak)

Itu contohnya, online ini tidak terbatas, banyak lagi kalau kita mula explore.

Bisnes Kemahiran

Jika anda berminat dengan kemahiran, pun boleh, antara yang saya terfikir adalah:

  1. Bekam – kami boleh ajarkan anda dengan modal yang minima
  2. Facial dan spa – hubungi kami untuk menjadi agen kami dengan modal sangat minima (bawah RM1000).
  3. Urusan rumah – jika anda telah punyai kemahiran berkenaan paip, elektrik dan lain-lain apa salahnya anda ambil upah membaiki. Lumayan juga tau.
  4. Bakeri – jika anda minat membuat kek, roti dan lain-lain, boleh mulakan bisnes ini. Gunakan medium online untuk mengetengahkan idea anda, atau boleh buat marketing offline seperti banner dan bunting.
  5. Mengajar – kalau anda biasa mengajar, boleh buat kelas tuisyen, mengaji, mengajar orang dewasa pun boleh.

Itulah serba sedikit yang saya boleh fikirkan. Jika anda berminat menyertai tim saya untuk apa-apa tujuan di bawah:

  • Jualan produk Shaklee
  • Facial dan spa bergerak
  • Bekam klinikal

Bolehlah hubungi saya segera untuk saya bantu anda juga.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)