Semalam kecoh dalam FB berkenaan pernyataan bijak seorang Menteri, YB Ahmad Maslan. Kata beliau
Buat 2 kerja untuk tampung kos sara hidup
Menurut beliau rakyat yang melakukan 2 pekerjaan pada satu masa tidak dianggap perkara luar biasa dan kerajaan menggalakkan usaha tersebut sebagai cara menangani peningkatan kos sara hidup.
Respon Rakyat
Respon rakyat saya lihat bercampur-campur. Ada yang mengejek beliau disebabkan merasa pernyataan itu seolah-olah tidak masuk akal. Seumpama orang susah yang disuruh lebih susah lagi. Sudah jatuh ditimpa tangga, terkena taik pulak. Begitulah bidalannya.
Bekerja Lebih Daripada Satu
Saya pula berpendapat ini adalah satu peluang. Puluhan tahun kita dilarang untuk bekerja lebih daripada satu selama ini. Terutama jika sudah bekerja di sektor awam atau swasta, bekerja lebih daripada satu boleh dikenakan amaran.
Apabila seorang timbalan menteri mencadangkan perkara ini, saya fikir ini adalah satu rahmat yang seharusnya diambil peluang oleh rakyat, ya terutama dalam musim ekonomi tidak menentu sekarang.
Tolak tepi dulu peranan kerajaan dalam perihal mengawal harga barang, harga minyak, kos sara hidup, dan cukai yang meletup-letup sekarang. Itu kita sembang lain kali. Saya cuma ingin fokus tentang peluang bekerja lebih daripada satu ini.
Telah Lama Melaksanakan Bekerja Lebih Daripada Satu
Saya sendiri telah lama melaksanakan bekerja lebih daripada satu. Syarikat saya tahu saya buat sambilan Shaklee itupun tidak pernah melarang disebabkan saya sendiri memastikan kewajipan kepada syarikat didahulukan dan diberi keutamaan.
Dalam facebook saya sendiri ramai bos saya, mereka nampak saya posting jualan Shaklee. Tetapi tidak pernah mengambil tindakan di atas sebab tugas di syarikat tidak pernah saya abaikan, alhamdulillah. Semua kerja siap pada masa yang diperlukan atau lebih awal.
Selain jualan Shaklee, saya turut membuat perkhidmatan facial dan spa bergerak dan bekam klinikal (marketing sahaja) dan sebagai blogger.
Tanggungjawab di rumah tidak usah kira la kan, sebagai isteri dan ibu memang macam-macam kena buat. Saya percaya bukan saya seorang, tetapi ramai lagi telah mengamalkan bekerja lebih daripada satu.
Dahulu kecoh kakitangan awam bekerja sebagai pemandu teksi selepas bekerja sehingga mereka diberikan amaran. Jadi sebenarnya ramai rakyat telah mengamalkan bekerja lebih daripada satu. Dengan perkembangan ini saya kira peluang terbaik untuk rakyat mencari peluang yang boleh dimanfaatkan untuk kehidupan mereka.
Cara Bekerja Lebih Daripada Satu
Seboleh-bolehnya carilah kerja yang sesuai dan anda sukai. Banyak peluang jika anda beri peluang kepada diri anda untuk memajukan diri sendiri. Di antara kerja-kerja yang saya fikirkan sesuai adalah:
Freelance
Contoh freelance boleh dibuat adalah sebagai penterjemah, pereka grafik, dan macam-macam lagi. Antara laman web yang anda boleh rujuk adalah fiverr.com, freelancer.com, upwork.com antaranya.
Bisnes Online
Bisnes online tidak memerlukan modal yang besar. Anda tidak perlukan pekerja, premis fizikal dan lain-lain. Banyak bisnes online anda boleh ceburi contohnya
- dropship
- MLM seperti shaklee (hubungi saya jika hendak bisnes shaklee)
- blogger (jangan tidak percaya, blogger pun boleh buat duit banyak)
Itu contohnya, online ini tidak terbatas, banyak lagi kalau kita mula explore.
Bisnes Kemahiran
Jika anda berminat dengan kemahiran, pun boleh, antara yang saya terfikir adalah:
- Bekam – kami boleh ajarkan anda dengan modal yang minima
- Facial dan spa – hubungi kami untuk menjadi agen kami dengan modal sangat minima (bawah RM1000).
- Urusan rumah – jika anda telah punyai kemahiran berkenaan paip, elektrik dan lain-lain apa salahnya anda ambil upah membaiki. Lumayan juga tau.
- Bakeri – jika anda minat membuat kek, roti dan lain-lain, boleh mulakan bisnes ini. Gunakan medium online untuk mengetengahkan idea anda, atau boleh buat marketing offline seperti banner dan bunting.
- Mengajar – kalau anda biasa mengajar, boleh buat kelas tuisyen, mengaji, mengajar orang dewasa pun boleh.
Itulah serba sedikit yang saya boleh fikirkan. Jika anda berminat menyertai tim saya untuk apa-apa tujuan di bawah:
- Jualan produk Shaklee
- Facial dan spa bergerak
- Bekam klinikal
Bolehlah hubungi saya segera untuk saya bantu anda juga.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
wah banyaknya kerja kak ana…mengalahkan menteri 🙂
Rokiah recently posted…Tips Merancang dan Memaksimumkan Cuti Tahun 2016
itulah huhuh
Bagus kak Ana. Dapat bantu keluarga untuk tambah pendapatan yang ada.
Jobdirumah Buat Duit recently posted…Ramai Yang Berjaya dengan Jobdirumah
betul tu
betul tu, dalam ekonomi sekarang, kita perlu berusaha untuk mencari income yang lain, pandang saja dari sudut positif
terpaksalah fikir positif
Boleh menambah pendapatan. ..yg penting perlu kreatif dan bijak mencari peluang
Fidah Shah recently posted…Ada Berapa Dalam Sehari?
betul tu fidah, kena kreatif
memang dah pernah buat lebih dari 2 kerja before ni. cuma sekarang ada terbatas sikit sebab ada masalah. Tapi statement tu macam tak kena jer lah. Itupun mungkin sebab lain orang lain interpretation kan.. Keje akak byk sungguh tu.. Rajin akak ni
memang statement tu buat orang marah, cuma posting ini saya fokus kpd positifnya
saranan pak menteri haruslah disambut dengan positif 🙂
Sync recently posted…Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
positifkan ajelah kan
Ramai yang buat lebih dari satu kerja dalam satu-satu masa… 😉
Anuar recently posted…3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
betul tu, ramai sangat dah sebenarnya
Tak semua org mampu Hana
Tapi memang baiklah kalau ada peluang..
Kakzakie Purvit recently posted…Carilah kemahiran sedikit sebanyak
itulah kak, kalau ada peluang buatlah kan
untuk menambah pendapatan ramai yg tlh buat lbh dari satu kerja sejak lama lagi…kalau asyik bergoyang kaki saja sedang diri tersepit macamana nk lepaskan diri drpd kesempitan.
betul tu kak, ramai dah buat sejak dulu lagi
daripada minat pun boleh menjana wang..sikit2 lama2 jadi bukit =)
Nana Aris recently posted…cara masak pizza menggunakan noxxa pressure cooker
betul tu nana
betul tu setuju sgt kena grab segala peluang yg ada..
takde masalah nak buat dua kerja yg satu basic yg lg satu tu sampingan..ni klu dua tiga kerja dua2 yg basic perlu kerah tenaga mati la bila masa nak rehat..tak semua org mampu..yg dinyatakan yb tu pegang 3 jawatan..bukan buat 3 kerja..so sila guna otak klu nk bercakap..haa marah..marah..hahahaha
Puan kutu recently posted…The Carnival Waterpark Sungai Petani
betul, setakat menteri kerahan tenaga apa sangat kan
sepatutnya bkn ketika ekonomi gawat je br buat lbh dr 1 kerja tp sblm tu lg 😉
betul, ramai dah buat sebelum ini
p/s kt mn button follow ek?
anies recently posted…Mini GA: jawapan dan pemenangnya adalah…
alamak, takde ek? nanti saya buatkan
walaupun tak gemar komen dari timbalan menteri tu tapi kena terima juga memang kena juga kerja lebih dari satu
itulah, tapi eloknya kerja ringan macam online atau baking tu. janganlah kerja berat juga
hahaha..mendalam maksud.. betul tu kalau nk dikira kita lagi banyak buat kerja dalam satu masa..
hasif recently posted…Borong cadar ramai-ramai
kan, nak lagi dia menteri apa sangat dia buat. hihih
Setiap info yg diberika sis sangat bermanfaat .. byk krj sampingan sis .. super mom sis ni. Alhamdulillah ..
Memang bagus buat kerja macam ni jika nak tambah pendapatan.
Jobdirumah Buat Duit recently posted…Kerja Senang Duduk Di Rumah
zaman skrg ramai buat side income
supermom in me.. hahah
Buat kerja kedua macam ni memnag boleh tambah income.
Jobdirumah Buat Duit recently posted…Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
betul tu tuan
Best buat bisnes bila ada minat kan kak anah..;)
huda recently posted…Cara Membuat Homemade Play doh
bila minat semua insyaAllah menjadi
ambil yang positif.
dan usaha dengan sungguh-sungguh je.
titan recently posted…Kini, SEMUA orang boleh bayar zakat dengan lebih MUDAH.
betul tu, ambillah yang positif
memang viral betul citer 2 kerja nih…tergelak-gelak saya baca ulasan orang ramai tentang hal nih…ekonomi semakin mendesak sekarang ni
itulah cikgu, kesian rakyat macam kita
ikut saranan menteri..tapi majikan tak benarkan utk bekerja lebih dari 1..kang kena buang kerja nanti.
saps ibubapa recently posted…SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan
itulah pasal, mana satu nak ikut ni
banyak betul peluang kerja sambilan yang ada..yg tinggal nak buat atau tak je ye…
menarik jgk bekam di rumah tu..
cik tom recently posted…Sakit Belakang? Tips Penjagaan Tulang Belakang
betul cik tom, terutama online mmg banyak
Ahmad Maslan banyak tak boleh pakai statement dia. Tengok isu topup hari tu. Berpusing habis,. Ni kalau penjawat awam semua buat 2 kerja, nanti ada pula menteri yang salahkan kerja part time kalau ada prestasi merosot.
tapi katanya semalam yg i baca, dia kata dia maksudkan kerja online. wallahualam
Ramai je yang buat satu kerja pun tak boleh perform. Isu sebenar bukan 2 atau 3 kerja yang menjejas preatasi tapi silap sendiri
kena ukur baju di badan sendiri, kalau rasa tak boleh perform, hanya fokus kepada 1 kerja sahaja
Boleh berjaya dengan kerja yang lbih dari satu ni. Kena pandai bagi masa dan buat dengan sebaiknya.
Pokok Manggis Depan Rumah recently posted…Dua Kerja atau Banyak Kerja
Boleh berjaya dengan kerja yang lebih dari satu ni. Kena pandai bagi masa dan buat dengan sebaiknya.
Pokok Manggis Depan Rumah recently posted…Dua Kerja atau Banyak Kerja
Boleh berjaya dengan kerja yang lebih dari satu ni. Kena pandai bagi masa dan buat dengan sebaiknya. Insyallah boleh berjaya.
Pokok Manggis Depan Rumah recently posted…Dua Kerja atau Banyak Kerja
Memang tak pelik kalau ada dua kerja. Blogger, walaupun dilihat seperti kerjanya hanya menulis, boleh jadi dia menulis untuk 2, 5, atau mungkin 10 syarikat yang berbeza. Wah… dah lebih dua kan kalau macam tu .
sabree hussin recently posted…Bagaimana sistem AutoDownline mampu memudahkan kerja-kerja pemasaran Tone Excel anda?
haa, lebih daripada 2 ni
akan lebih menyenangkan jika ber bisnis sesuai dengan hobi. 🙂
dinding batu alam recently posted…Rumah Batu Alam Andesit, Elegan Design
seronok kan
bisnis sampingan yang menggiurkan saat ini adalah bisnis yang berhubungan dengan internet seperti google adsense dll
betul tu encik
Kerja lebih dari satu amat penting sekarang untuk kehiduoan yang lebih selesa ketika kos kehidupan makin meningkat
MySemakan recently posted…Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2016
memang perlu sangat sekarang ni
Betul itu…kerja lebih dari satu itu memang penting selain menambahkan penghasilan, kerja lebih dari satu juga menghindarkan kita dari membuanng waktu yang tidak bermanfaat…..
betul tu cik
Memantau kna Ada 2 kerja skirt ni…
Introducer account recently posted…Kelulusan akaun semasa syarikat-feedback positif daripada usahawan/peniaga
thanks ya
zaman sekarang pekerjaan tidak bisa mengandalkan pekerjaan pokok harus ada pekerjaan sampingan (Part time)
Oyong Ilham recently posted…Daftar Blog Dofollow Indonesia
betul tu cik
Dengan ekonomi sekarang memang kena ada dua keje, kalau tak gigit jari duduk kat Malaysia hehehe
SapsIbuBapa recently posted…SAPS Ibu Bapa Semakan Peperiksaan
zaman ni takleh senang lenang, kena kerja
Seeloknya kalau kita mampu baik kita buat dua kerja sebab kita tahu nasib kita akan datang.
notasejarah recently posted…Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 Tamadun Awal Asia Tenggara
kena usaha lebih
menarik juga ni untuk dicoba, makasih telah berbagi
sama2 cik
setuju, memang kena pandai ambik peluang sekarang nih dengan keadaan ekonomi
betul tu