Cara Hadapi Musim Panas Melampau di Malaysia

By | 24 February 2015
Cuaca panas

Baru-baru ni ada terbaca di fb Kementerian Kesihatan malaysia berkenaan cuaca panas melampau akan dihadapi rakyat negara ini sehingga April 2015 nanti. Wah lama tu! Saya risaulah juga sebab kita ada anak-anak kecik kan.

Kalau cuaca panas melampau atau ektreme ni boleh menyebabkan kesan kepada fizikal dan kesihatan manusia seperti strok haba. Selain tu mungkin juga menjejaskan ekosistem dari segi bekalan air, pengeluaran sumber makanan terutama sayur-sayuran dan buah-buahan. Nampak banyakkan kesannya?

Keratan akhbar di bawah adalah daripada KKM:

Cuaca panas di Malaysia

Cuaca panas di Malaysia

Bahaya Strok Haba

Strok haba berlaku bilamana suhu badan meningkat kepada 40.5 darjah celsius. Kalau perasan dalam banyak dokumentari, strok haba boleh berlaku bila cuaca sangat panas. Negara yang ada 4 musim misalnya ramai juga kena strok haba ni time musim panas. Cuaca panas kita di Malaysia kebiasaannnya sehingga 38 darjah gitu je. Itupun kita kena dah berjaga-jaga terutama bagi yang terpaksa kerja di luar.

Strok haba

Strok haba

Punca strok haba ni antaranya adalah:

  • Kurang minum air (dehidrasi)
  • Pendedahan kepada cuaca panas dalam jangka masa lama, contohnya pekerja kontraktor bangunan dll

Tanda-tanda anda dapat strok haba:

  • Sakit kepala (berdenyut)
  • Mual
  • Kurang berpeluh (walaupun dalam suhu panas)
  • Denyutan nadi pantas
  • Otot lemah / kejang
  • Muntah
  • Kulit kering / kemerahan
  • Sawan
  • Pitam

Kalau ada tanda-tanda awal tu cepat-cepatlah rujuk kepada doktor.

Cara Hadapi Musim Panas dan Elakkan Strok Haba

Dalam artikel KKM ada sertakan tips berikut:

  • Banyakkan minum air tanpa mengira tahap aktiviti kita
  • Minum minuman isotonik kerana minuman ini boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
  • Lebihkan masa berada di dalam rumah atau bangunan
  • Hadkan aktiviti luar anda. Jika perlu keluar, disarankan tidak keluar pada waktu cahasa matahari terik (pukul 11 pagi hingga 3 pm). Bagi ibubapa bayi baru lahir yang mengalami jaundis, jika mahu mendapatkan pancaran matahari untuk mengurangkan jaundis – disarankan untuk melakukannya sebelum pukul 10 pagi dan menyusukan bayi lebih banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Mandi atau buka kipas angin atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  • Sewajarnya pakai pakaian yang dibuat daripada 100% kain kapas
  • Pakai topi atau payung untuk mengelak daripada pancaran haba terus ke badan kita.
  • Pakai losyen pelindung suria (sun screen) yang melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB (seeloknya lebih dari SPF 30 ke atas)
  • Kurangkan minum minuman yang berkafein, alkohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
  • Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin udara. Jangan tinggalkan warga tua atau kanak-kanak didalam kenderaan bawah terik matahari walaupun sebentar.
  • Jika mahu bersenam, disarankan untuk bersenam di kawasan redup atau dalam bangunan. Atlit yang bersukan dalam cuaca panas perlu memastikan mereka minum lebih daripada kebiasaan
  • Bagi kaum ibu yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil, disarankan memantau anak-anak supaya tidak bermain di bawah panas terik, tidak memakaikan pakaian berlapis-lapis atau membendung bayi dengan kain tebal

Jadi untuk hadapi musim panas ni saya dah siap-siap simpan stok air, di samping tu simpan stok Performance Drink. Performance drink merupakan minuman isotonik tanpa gula dan perasa tiruan. Gas memang takdak! Sedap pulak tu. Hari-hari memang minum ni, selamat juga untuk kanak-kanak.

Performance Drink untuk hadapi cuaca panas

Performance Drink untuk hadapi cuaca panas

Jom hadapi cuaca panas ni dengan selamat dan sihat insyaAllah untuk semua.

JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam

MENGAPA SAYA?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

PENGHANTARAN

Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Gombak, Kuala Lumpur dan Subang Jaya (USJ). Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

SAYA NAK PERFORMANCE DRINK!

Untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya:

SMS / Watsapp :0122195919

SID: 864679

14 thoughts on “Cara Hadapi Musim Panas Melampau di Malaysia

    1. Raihanah Ahmad Post author

      banyakkan minum air atau minuman isotonik tanpa gula insyaAllah boleh membantu mengelakkan dehidrasi

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang terasa panasnya kan. saya berpantang ni pun tak pakai stokin!

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      banyakkan air kosong, atau minuman isotonik tanpa gula dan gas yan menyihatkan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      orang dewasa at least 3 liter. anak2 pun jngan lupa

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu, dah ada korban strok haba baru-baru ni melibatkan pelajar kan.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ramai yang tak sihat sekarang sebab cuaca tak menentu. ibu bapa kena alert selalu terutama yang ada anak2 kecil.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge