Cara Cepatkan Bukaan Rahim dan Mudah Bersalin

By | 3 September 2015
Teknik Bernafas Untuk Bersalin

Sebagai ibu beranak 3, saya memang tahu proses bersalin tidak mudah, malah sukar dan mengambil masa yang lama. Tetapi ini bergantung juga kepada ibu, ada yang mudah, ada yang sukar.

Teknik Bernafas Semasa Bersalin

Teknik Bernafas Semasa Bersalin

Saya antara yang mengalami kesukaran dan tempoh yang panjang.

  1. Anak pertama: turun air ketuban, lepas 18 jam baru 8cm, selain baby sudah berak. Saya pun sudah letih, sudahnya doktor nasihatkan czer sahaja. Baby berat 3.45kg.
  2. Anak kedua: turun air ketuban beserta sedikit darah, lepas 16 jam alhamdulillah berjaya juga bersalin normal, mujurlah baby kecil sahaja sekitar 2.7kg.
  3. Anak ketiga: turun air ketuban beserta darah yang banyak, sakit masa buka 2cm sudah macam 6cm. Adoi, tapi alhamdulillah berjaya juga bersalin normal walaupun baby beratnya 3.74kg. Tempoh daripada turun air sampai bersalin sekitar 10jam sahaja.

Cara Cepatkan Bukaan Rahim

Anak ketiga saya lahir hujung Februari 2015 tahun ini. Disebabkan pengalaman lepas, kali ini ada beberapa amalan yang saya buat untuk memudahkan proses bersalin dan memendekkan tempohnya.

Banyakkan berjalan

Daripada selepas turun air dan menunggu hendak masuk wad, saya berjalan saja keliling tempat daftar masuk hospital. Tunggu situ adalah 2 jam, jadi 2 jam itu saya tidak duduk sahaja, sebaliknya berjalan banyak.

Jalan Itik

Sounds funny kan, tapi jalan itik paling mudah untuk buka jalan. Jangan buat laju-laju, buat setakat larat sajalah.

Mencangkung

Kalau tidak larat jalan itik, anda boleh buat cara mencangkung. Saya buat ini dalam kereta dari rumah hendak ke hospital.

Minta maaf dengan ibu bapa, mertua dan suami serta anak-anak

Selain minta maaf dengan mereka, mohon mereka doakan anda selamat dan dipermudahkan proses bersalin ini.

Doa memudahkan bersalin

Antara doa yang agak popular adalah doa nabi yunus, jangan lupa juga untuk banyakkan zikir dan selawat.

Banyakkan bersujud

Bersujud ini sebab posisi bersujud itu sendiri mempercepatkan bukaan jalan dan mengurangkan sakit bersalin. Jadi ibu rajin-rajinlah solat.

Teknik pernafasan

Teknik pernafasan bukan untuk cepatkan bersalin, tetapi untuk memberikan ketenangan kepada ibu mengendalikan kesakitan. Bila tenang, memang tidak rasa sangat kesakitan itu. Teknik ini memang pertama kali saya buat sebab sebelum ini tidak belajar betul cara pernafasan ini.

Ambil minuman tenaga

Selama mengandung memang saya amalkan pengambilan ESP untuk protein pertumbuhan baby disamping tenaga. Bila sudah turun air, saya minum lagi ESP sebelum ke hospital. 1 botol lagi saya buat bekal untuk minum di hospital sebelum bersalin. 1 canister lagi saya bawa ke hospital untuk minum bila-bila di sana.

Campuran ESP dan Performance Drink membekalkan tenaga kepada ibu hendak bersalin

Campuran ESP dan Performance Drink membekalkan tenaga kepada ibu hendak bersalin

Kalau perasan, bila kita sedang sakit hendak bersalin memang kita sudah tiada selera hendak makan. Minum pun ikut sempat sahaja, jadi ESP membantu memberi anda tenaga dan kenyang perut sikitlah. Proses bersalin kan lama juga, jadi penting sangat ESP ini dalam tempoh-tempoh ini. Inilah satu kelainan yang saya tidak dapat masa bersalin anak sulung dan kedua.

Itulah antara cara memudahkan bukaan rahim untuk memudahkan proses bersalin. Saya doakan anda dipermudahkan bersalin. Kalau hendak cuba produk Shaklee bolehlah hubungi saya ya.

Raihanah

SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

8 thoughts on “Cara Cepatkan Bukaan Rahim dan Mudah Bersalin

  1. rahimah

    Buatlah semua tu janji baby cepat keluar. Tak sanggup tungu lama-lama. Pernah doktor dulu tanya saya nak tunggu hb tak, saya kata tak payah. Saya nak terus bersalin aje mana boleh tahan daa.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ha, saya pun dah sakit camtu memang takleh tunggu-tunggu dah. nak cepat keluar je

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang terbaikkan, bagus untuk ibu hamil dan menyusu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge