Cara Cegah Jaundice Bayi Terbukti Berkesan

By | 29 August 2017
cara cegah jaundice bayi

Ramai bayi yang dilahirkan sekarang ini rata-rata akan mengalami jaundice. Artikel saya kali ini berkenaan cara cegah jaundice bayi adalah berpotensi berkesan secara klinikal.

Mungkin jika ada pun, tidak perlu sampai perlu warded (maknanya jaundice tinggi sangat). Saya tahu betapa teruknya jika anak baru lahir mengalami kuning.

Pengalaman saya sendiri dengan anak pertama dan kedua, kedua-duanya perlu warded selama seminggu lamanya. Sudahla kita baru lepas bertarung bersalin, letih dan masih belum kuat.

Terpaksa pula bermalam di hospital sendirian menjaga anak jaundice. Semasa saya mencuba kaedah ini pada tahun 2015 iaitu sepanjang tempoh mengandung anak ketiga.

Pada masa itu, saya langsung tak tahu kaedah ini mampu mencegah jaundice bayi dengan berkesan, sehinggalah saya menonton video oleh Dr Suzanne yang mengkaji tentang satu vitamin ini dan bagaimana ia mampu membantu ibu mengandung dan mengelakkan jaundice pada bayi.

Saya hubungkaitkannya dengan pengalaman saya dengan anak ketiga. Anak ketiga saya walaupun jaundice tapi tidak tinggi, tak perlu warded dan hanya seminggu sahaja. Apa rahsianya? Vitamin apa? Mesti tak sabar lagi hendak tau kan.

Jemput tonton video di bawah:

Simptom Jaundice Bayi

Gejala-gejala jaundice pada bayi bergantung kepada sebab dan tahap, tetapi mungkin termasuk:

  • Warna kuning ke kulit, biasanya muncul terlebih dahulu pada wajah dan kulit kepala
  • Warna kuning ke bahagian putih mata (sclera)
  • Warna kuning tersebar ke kulit badan (dalam penyakit kuning sederhana)
  • Telapak tangan dan tapak kaki turut kuning (dalam penyakit kuning yang teruk)
  • Mengantuk yang luar biasa
  • Sukar minum / makan
  • Dalam sesetengah kes, najis berwarna terang (poo) dan air kencing gelap.

Patofisiologi Jaundice Dan Bilirubin

Bilirubin adalah hasil daripada proses badan yang memproses sel darah yang telah rosak. Hati membantu menyingkirkan bilirubin sebagai sisa.

Di dalam rahim ibu, bilirubin bayi diturunkan dari tali pusat dan disingkirkan oleh badan ibu. Selepas kelahiran, hati bayi perlu menghilangkan bilirubin itu sendiri, dan ia boleh mengambil masa beberapa hari untuk hati bayi berfungsi pada kelajuan penuh.

Dalam masa yang sama, bilirubin yang berlebihan dalam badan bayi menyebabkan gejala penyakit kuning.

Setiap bayi yang baru lahir mempunyai bilirubin yang tinggi, tetapi hanya sekitar 60 peratus bayi yang dilahirkan full term akan mengalami gejala yang ketara.

Rawatan biasanya tidak diperlukan, kecuali bayi mempunyai tahap bilirubin yang sangat tinggi, atau sudah matang atau sakit. Dehidrasi (kehilangan air) atau kenaikan berat badan yang buruk boleh membuat jaundice lebih teruk.

Faktor Penyebab Jaundice Pada Bayi

Jaundice boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan dan peristiwa lain termasuk:

  1. Payudara – payudara ibu menghasilkan sedikit kolostrum dalam beberapa hari pertama selepas bersalin. Sehingga susu ‘masuk’, jumlah bendalir yang terhad yang diterima daripada penyusuan susu ibu boleh menjejaskan fungsi hati bayi. Enzim tertentu dalam susu ibu juga difikirkan menyumbang kepada ‘jaundice susu’.
  2. Hepatitis Neonatal – sesetengah virus yang boleh mencetuskan hepatitis pada bayi termasuk sitomegalovirus, rubella, dan hepatitis A, B dan C. Sekitar lapan daripada 10 kes penyebabnya tidak diketahui, tetapi disyaki jangkitan virus. Bayi dengan hepatitis neonatal mungkin terdedah kepada jangkitan virus dalam rahim, atau dalam bulan pertama atau lebih dari hayat.
  3. Rh (Rhesus) dan kumpulan darah ABO tidak kompatibel – ibu boleh menghasilkan antibodi yang boleh menyerang sel darah merah bayi semasa peringkat kehamilan. Ini bermakna bahawa bayi mempunyai sel darah merah rosak yang lebih banyak perlu disingkirkan, ini  seterusnya mencetuskan tahap bilirubin yang tinggi. Bayi mungkin dilahirkan secara anemia dan mengalami jaundis yang teruk dalam masa kelahiran.
  4. Anemia hemolitik – ini boleh menjadi penyakit autoimun yang diwarisi, di mana sistem imun bayi memusnahkan sel-sel darah merah. Ia juga boleh menjadi komplikasi gangguan lain, seperti jangkitan serius (sepsis).
  5. Galactosaemia – galaktosa adalah gula susu. Bayi dengan galactosaemia tidak mempunyai enzim yang diperlukan untuk memecahkan galaktosa. Kadar gula susu yang tinggi boleh menyebabkan sirosis hati dan penyakit kuning berikutnya.
  6. Atresia biliary – saluran yang membenarkan aliran hempedu dari hati ke usus kecil dimusnahkan, setakat ini penyebabnya tidak diketahui. Tanpa saluran hempedu, hempedu terbentuk di hati dan menyebabkan gejala penyakit kuning.

Disebabkan ada banyak penyebab, doktor akan menjalankan ujian untuk mengetahui penyebab jaundice bayi namun ia bergantung kepada tahap jaundice bayi, antaranya:

Pemeriksaan fizikal

  • Ujian darah
  • Imbasan ultrabunyi
  • Biopsi hati
  • Pembedahan
Cara Elakkan Baby Jaundis Bagi Ibu Hamil

Rawatan fototerapi adalah salah satu kaedah rawatan terkini

Rawatan untuk jaundice bayi

Rawatan untuk penyakit kuning dalam bayi bergantung kepada punca, tetapi mungkin termasuk:

  1. Jaundis ringan – jika bayi itu sihat dan sihat, tiada rawatan diperlukan. Hati bayi akan mengambil masa beberapa hari untuk memproses bilirubin dengan betul.
  2. Penyakit kuning sederhana – fototerapi adalah rawatan yang paling biasa. Fototerapi mengubah bilirubin dalam kulit bayi menjadi bahan kimia yang kurang berbahaya. Bayi anda diletakkan di dalam inkubator panas di bawah lampu biru. Untuk memaksimumkan pendedahan kepada lampu, bayi anda akan dilepaskan baju dan memakai perlindungan mata.Sebagai alternatif ‘biliblanket’ boleh digunakan. Biliblanket adalah pad yang ditempatkan secara langsung terhadap bayi yang memandikan bayi dengan terang. Rawatan biasanya berlangsung selama satu atau dua hari. Untuk mengelakkan dehidrasi dan meningkatkan perkumuhan bilirubin, bayi anda akan memerlukan makan tetap setiap tiga hingga empat jam.
  3. Penyakit kuning yang teruk – fototerapi biasanya merupakan rawatan utama, tetapi dalam kes yang sangat teruk, pemindahan darah mungkin diperlukan.
  4. Penyakit susu ibu – menyusu hampir selalu berterusan. Fototerapi biasanya merupakan rawatan utama.
  5. Hepatitis neonatal – tiada rawatan perubatan tertentu. Pilihan mungkin termasuk suplemen vitamin dan mineral, atau ubat untuk memperbaiki aliran hempedu.
  6. Anemia hemolitik – rawatan bergantung kepada punca. Sebagai contoh, rawatan untuk anemia hemolitik yang disebabkan oleh jangkitan oleh parasit malarial termasuk ubat-ubatan anti-malarial.
  7. Galactosaemia – rawatan utama adalah untuk memastikan diet bayi tidak mengandungi galaktosa atau laktosa (gula susu lain). Biasanya, ini bermakna menghentikan penyusuan susu ibu dan menggunakan formula khas.
  8. Atresia biliary – melibatkan pembedahan untuk menyambung seksyen kecil hati ke usus kecil untuk membolehkan hempedu dialirkan dengan berkesan. Kira-kira 75 peratus daripada bayi akan mengalami aliran air hempedu yang sederhana. Bagi yang lain, satu-satunya pilihan boleh menjadi pemindahan hati.

Cara Cegah Jaundice Bayi Terbukti Berkesan

Baru-baru ini saya ada menonton ceramah kesihatan daripada Dr Suzanne tentang fungsi vitamin C. Saya tidak sangka langsung vitamin C dapat membantu mencegah jaundice bayi, dan apa yang lagi menakjubkan, ada saintis membuat kajian tentang keberkesanan menggunakan vitamin C.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 ini dijalankan oleh Dr Abdul Razzak, penulis kepada banyak lagi jurnal berkenaan bayi baru lahir (neonatal).

Kajian ini mengenai fungsi vitamin antioksidan dan kaitannya dengan jaundice di kalangan bayi baru lahir. Sampel kajian diambil daripada 130 bayi baru lahir (full term), sihat dan tanpa penyakit G6PD.

Hasil kajian adalah sebagaimana jadual di bawah:

Hasil kajian Dr Abdul Razzak 2007 menunjukkan potensi vitamin C untuk cegah jaundis bayi

Hasil kajian Dr Abdul Razzak 2007 menunjukkan potensi vitamin C untuk cegah jaundis bayi

Daripada jadual, kita faham bahawa apabila tahap vitamin C dalam tubuh bayi tinggi, jaundice yang dialami adalah rendah. Dan sebaliknya berlaku jika tahap vitamin C rendah dalam tubuh bayi, ini meningkatkan risiko jaundice tahap tinggi dialami oleh bayi.

Ada 1 lagi kajian oleh Dr Garbelli pada tahun 1957 turut mengukuhkan penemuan tersebut.

Kajian tersebut dibuat terhadap 87 orang ibu mengandung dan hasilnya 61% bayi dilahirkan tanpa jaundice dan 24% bayi dilahirkan dengan mild jaundice adalah dari kalangan ibu mengandung dan mengamalkan vitamin C.

Kajian oleh Dr Garbelli pada 1957 menunjukkan pengambilan vitamin C dapat membantu mencegah jaundice bayi

Kajian oleh Dr Garbelli pada 1957 menunjukkan pengambilan vitamin C dapat membantu mencegah jaundice bayi

Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil minima dos sebanyak 500mg sehari, sebagaimana cadangan Dr Suzanne.

Setiap ibu mengandung pasti ada ambil vitamin C daripada klinik, betul tak? Kita dapat free sahaja setiap kali bekalan habis. Jadi kenapa bayi kita masih ada jaundice?

Pengalaman Saya Dengan 3 Anak

Ini sekali gus saya teringat dengan pengalaman saya sendiri.

Anak pertama dan anak kedua, tahap jaundice memang tinggi hingga perlu warded selama seminggu. Semasa mengandung saya hanya ambil vitamin yang doktor bekalkan sahaja, maknanya yang daripada klinik. Saya amalkan pemakanan seperti biasa.

Anak ketiga, saya ambil set mengandung Shaklee (full set). Ia turut mengandungi:

Saya ambil secara selamat dan saya maklumkan kepada doktor. Alhamdulillah doktor pun tiada halangan, jadi saya memang tidak ambil vitamin daripada klinik.

Hasilnya apabila lahir, anak ketiga saya memang ada juga jaundice. Tapi bukan tahap teruk, tidak memerlukan kemasukan ke wad dan kuning hilang selepas kira-kira seminggu.

Set mengandung shaklee sesuai untuk masalah kencing manis darah tinggi dan lain-lain

Set mengandung Shaklee (full set) turut berfungsi mencegah jaundice bayi

Apa yang bestnya Vitamin C Shaklee?

  • Vitamin C Shaklee bersifat sustained release. Ia merupakan proses di mana vitamin diformulasi khas agar dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin. Secara ringkasnya, vitamin dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.
  • Vitamin C Shaklee bersifat larut air. Ia mudah larut di dalam air dan ianya tidak disimpan di dalam badan. Justeru sangat dinasihatkan untuk mengambil air mencukupi apabila mengambil sebarang suplemen.

Dengan sifat larut air dan sustained release ini, vitamin akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan cepat, tak mengira berapa besar dos vitamin tersebut.

  • Vitamin C Shaklee menawarkan kesan vitamin yang optimum, membantu meminimakan kehilangan vitamin dalam proses perkumuhan dan menstabilkan paras darah pada waktu siang dan malam.
  • Vitamin C Shaklee turut mengandungi bioflavonoids yang mana ia berkesan bekerja bersama dengan vitamin C. Bioflavonoids membantu fungsi vitamin C. Di antara zat bioflavonoids adalah hesperin, hesperidin, eriodictyol, quercetin, quercertrin, rutin, myricetin, apigenin, luteolin, catechin, onyx, luteolin dan flavonoid lain. Nutrien ini tidak boleh dibuat oleh badan dan perlu didapati daripada makanan.
  • 1 tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C.
  • Vitamin C Shaklee bukan daripada citrus, sebaliknya daripada ekstrak jagung, jadi selamat untuk mereka yang mengalami gastrik.

Adakah Pemakanan Semulajadi Atau Vitamin C Jenama Lain Memberikan Kesan Sama?

Ini saya kurang pasti sebenarnya. Berkenaan pengamalan pemakanan semulajadi semata-mata, mungkin mak-mak perlu perhatikan perkara berikut:

Pastikan setiap hari ada hidangan buah dan sayuran yang kaya dengan vitamin C. Hidangan ini perlu diambil 4 – 5 hidangan setiap hari. Sebab itu juga banyak petua yang saya dengar pun sebut suruh ambil buah delima, anggur dan sebagainya di sepanjang tempoh mengandung.

Tapi itupun, dos ada efeknya. Kalau tak cukup dos, memang tidak beri kesan juga.

Antara makanan yang kaya dengan vitamin C dapat bantu cegah jaundice bayi

Antara makanan yang kaya dengan vitamin C dapat bantu cegah jaundice bayi

Ini disebabkan seperti saya maklumkan di atas, Dr Suzanne mencadangkan dos sebanyak 500mg minima sehari. Dengan pengambilan pemakanan kaya dengan vitamin C, perlulah anda pastikan minima yang dapat diserap adalah sebanyak 500 mg.

Tentang jenama lain pula, saya tidak pula membuat kajian tentang jenama lain. Cuma disini saya ajarkan cara untuk membaca label.

Cara baca label vitamin C

Cara baca label vitamin C

Baru-baru ini adik saya bawa balik sebotol minuman vitamin C dengan 1000mg. Tapi bila saya teliti kandunganya, rasa sangat mendukacitakan. Tengok pada senarai kandungannya:

  • Sugar
  • Fructose
  • Fresh orange juice
  • Vitamin C dan seterusnya.

Kandungan terbanyak ditulis dahulu, jadi dalam kes ini, kandungan gula paling banyak berbanding vitamin C. Fructose juga merupakan nama lain bagi gula.

Anda boleh gunakan tips ini untuk memilih suplemen vitamin C anda.

Paling mudah, dapatkan Vitamin C Shaklee daripada saya, memang jamin berkesan. Sudah terbukti berkesan kepada saya sendiri dan bayi, jadi insyaAllah tentu berkesan juga kepada anda. Yang penting ianya selamat.

Pil vitamin C yang dibekalkan oleh doktor pula hanya 50mg.

Vitamin C Shaklee dengan 500mg membantu mencegah jaundice bayi

Vitamin C Shaklee dengan 500mg membantu mencegah jaundice bayi

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix

#CoachShaklee
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

34 thoughts on “Cara Cegah Jaundice Bayi Terbukti Berkesan

  1. nadia

    entry yang sangat menarik…bagi mama yang mana ada anak mengalami jaundis nie wajib baca..

    Reply
  2. Ira

    Kesian tengok baby kena jaundice ni kan. Ikhtiar terbaik dari stage hamil lg consume vita c.
    Ira recently posted…omegaMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      orang kita ni nak benda murah tapi barang bagus. hahah

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul. dan vitamin bekalan klinik tak cukup dos untuktampung keperluan harian

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      alhamdulillah, kalau ulang alik hosp ok lagi daripada kena warded

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      any vitamin C can, cuma vitamin C Shaklee terbaik. haha

      Reply
  3. Azah

    Thanks for the info. Tak pernah tahu pun faktor penyebab jaundice ni. Pernah tanya doktor masa anak ke 4 warded sbb jaundice tinggi sangat. Tapi Dr kata mereka pun tak tahu penyebabnya.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      boleh cuba nanti if pregnant nanti. menjadi dan mmg ada bukti klinikal

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      masyarakat kena berubah daripada hanya bersandarkan mitos semata2.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      rasa saya bab vitamin c tu. yg lain saya tak berani nak cakap wpun saya dealer shaklee. sebab guna vitamin c tu dah ada klinikal study

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge