Cara Berkebun Dengan Selamat

By | 26 August 2015
Berkebun elok juga sebagai senaman

Baru-baru ini ada orang yang rapat dengan saya cuba untuk berkebun di belakang rumah. Bukan berkebun sangat pun, cuma bersihkan lalang dan sampah di belakang rumah akibat tanah sebelah yang terbiar. Tanah terbiar kami telah maklum kepada tuan tanah, kalau hendak dijual. Tapi tak mahu pula jual, jaga pun tak mahu.

Disebabkan lalang dah tinggi dah mula menjalar dekat dengan rumah, terpaksalah panggil juga tukang potong rumput untuk potong. Tetapi tidak pula dibersihkan selepas dipotong. Maka kami terpaksalah buat sendiri.

Satu petang itu dengan cubaan buat sendiri, ada yang tercedera. Darah berjejeran, sampai di klinik pun tidak berhenti. Mula-mula minta jahit sahaja di klinik, tetapi agaknya doktor tidak berani maka dirujuknya kami ke hospital Selayang.

Mula-mula saya dan anak sulung, Hakim, masuk juga dalam klinik. Tapi saya jadi pening sebab bau darah, ingatkan dah hero dah bab-bab darah ni sebab dah beranak 3 orang. Rupanya masih seriau dengan bau darah. Hakim pula mula-mula masuk, tapi tak lama mahu keluar juga. Itupun sebab dia sedih tengok kesayangan dia kesakitan. Teruk juga esaknya. Rupanya anak saya yang ini pandai rasa simpati dan sedih. Patutlah masa cikgu tontonkan cerita anak derhaka, mudah sahaja dia menangis. Alhamdulillah EQ yang bagus.

3 jam di hospital, alhamdulillah siap dijahit. Kena 8 jahitan juga di jari telunjuk kanan. Dapat MC untuk 1 hari. Sekarang ini sedang recover.

Pastikan Berkebun Dengan Selamat

Untuk berkebun, pastikan anda ada kelengkapan asas untuk keselamatan diri.

Pakai sarung tangan

Ada sarung tangan khas untuk tujuan kerja-kerja luar dan berkebun pada harga hanya RM2 sepasang. Jadi tangan selamat daripada duri, kaca dan lain-lain tercucuk atau terkena pada tangan. Jika luka berlaku, segera ke klinik atau hospital berdekatan. Selain itu pengambilan Vivix turut boleh mempercepatkan kering luka, disamping Vita E dan Herbal Blend boleh disapu pada tempat luka untuk mengeringkan dan mengelakkan parut.

Pakailah sarung tangan yang sesuai untuk keselamatan anda

Pakailah sarung tangan yang sesuai untuk keselamatan anda

Pakai topi

Sekarang ini cahaya matahari pun boleh memudaratkan anda. Pakailah topi untuk melindungi kepala daripada cahaya matahari.

Pakai kasut berkebun bersesuaian

Kena pastikan juga pemakaian kasut bersesuaian. Ini untuk mengelakkan air melimpah, digigit serangga atau binatang, atau mengelakkan gelincir.

Pakailah kasut berkebun yang sesuai untuk keselamatan anda

Pakailah kasut berkebun yang sesuai untuk keselamatan anda

Minum air kosong

Pastikan juga anda minum air kosong banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Ini untuk mengelakkan dehidrasi disebabkan pendedahan yang banyak dengan haba dan cuaca luar. Selain air kosong, boleh juga gunakan Performance Drink yang dapat mengelakkan dehidrasi dan berikan tenaga untuk anda.

Performance Drink Air bekal anak-anak

Performance Drink Air bekal anak-anak

Kelengkapan Tajam

Sekiranya anda menggunakan kelengkapan tajam seperti cangkul, parang, kapak, paku dan sebagainya, kendalikan dengan cermat dan jauhkan daripada kanak-kanak.

Kendalikan api dengan cermat

Sekiranya memerlukan anda membakar, contohnya membakar daun-daun kering, kendalikan api dengan cermat agar tidak terbakar terlalu besar. Pernah sekali di kampung saya, orang hendak clearkan tanahnya dengan cara membakar, habis dibiarkan api terlalu besar hingga membimbangkan jiran-jiran. Pastikan anda perhatikan api itu sentiasa.

Kendalikan racun dengan cermat

Hati-hati apabila mengendalikan racun, gunakan kelengkapan yang betul dan jauhi daripada kanak-kanak.

Itulah sebahagian yang saya boleh kongsikan dengan anda. Hati-hati, bahaya ada di mana-mana.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

16 thoughts on “Cara Berkebun Dengan Selamat

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu, kena ada peraturan juga masa nak berkebun

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa kan kalau buh selalu racun susahla nak subur tanah tu nanti. kami memang tak buh racun, selalu kena potonglah rumput.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      tak teruk pun 8 jahitan jugak la tu… seram jadinya

      Reply
  1. akubiomed

    Saya duduk kawasan perumahan rumah teres. Ada jiran sebelah rumah kosong sudah tentu depan dan belakang rumah semak dengan rumput paras lutut. Pernah ada ular dan mahu tidak mahu terpaksa potong dengan mesin rumput. Guna mesin rumput yang bermotor memerlukan pemakaian Personal Protection Equipment @ PPE dan tahu mengawal jentera yang dikendali tidak memberi risiko kepada diri sendiri.
    akubiomed recently posted…Dell Professional P2211H Monitor LED sebagai monitor keduaMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      itulah, memang paling risau binatang itulah ni. Sebab anak-anak memang suka main kat luar.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kalau tinggal di rumah tinggi macam itu memang dalam pasulah kan

      Reply
  2. Hafiz

    baru semalam saya menebas pokok kecil belakang rumah & bakar ranting2 kayu . nak tanam pokok pisang dekat situ haha.. saya mmg suka berkebun nie.. patutnya zaman sekolah haritu amek course pertanian . T_T
    Hafiz recently posted…Lagu Melayu Top Masa Kini 2015 #3My Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kalau ada semak samun sekitar rumah memang gelisah jadinya

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge