Cara Atasi Kulit Jerawat Bagi Lelaki

By | 4 January 2016
kulit lelaki berjerawat

Cara Atasi Kulit Berjerawat Bagi Lelaki

Semalam dalam grup wasap coaching kami ada yang kongsikan testimoni pelanggannya, seorang lelaki dengan kulit berjerawat. Amboi kulitnya sekarang, silalah tengok sendiri.

Testimoni Kulit Jerawat Bagi Lelaki

Testimoni Kulit Jerawat Bagi Lelaki

Perbezaan kulit lelaki dan wanita

Biasanya saya tengok orang lelaki jarang ada yang mementingkan penjagaan kulit. Kalau kotor, asal cuci dengan air bersih, siap! Betul tak? Sebab itu kalau perhati kulit lelaki jarang ada yang licin tanpa jerawat atau parut.

Kulit lelaki dan wanita berbeza juga, antaranya:

Ketebalan kulit

Kita tahu bahawa ketebalan kulit berbeza dengan faktor lokasi, umur dan jantina. Selain itu, androgen (iaitu testosteron) menyebabkan peningkatan dalam ketebalan kulit dan menyumbang 25% kulit lelaki lebih tebal berbanding kulit wanita.

Kulit lelaki juga menipis secara beransur-ansur dengan usia, manakala ketebalan kulit wanita masih berterusan sehingga kira-kira umur lima puluh. Selepas menopaus, barulah kulit wanita menipis dengan ketara.

Kepadatan Kolagen

Tanpa mengira usia, lelaki mempunyai kepadatan kolagen yang lebih tinggi berbanding wanita. Penyelidik percaya bahawa kepadatan kolagen yang lebih tinggi menyumbang mengapa penuaan berlaku kepada wanita lebih cepat daripada lelaki usia yang sama.

Kehilangan Kolagen

Kedua-dua lelaki dan wanita kehilangan kira-kira 1% daripada kolagen mereka setiap tahun selepas berumur 25 tahun. Bagi wanita, 5 tahun selepas menopos kehilangan kolagen menjadi 2% setiap tahun.

Tekstur Kulit

Tekstur kulit lelaki adalah sangat berbeza daripada wanita. Tekstur kulit lelaki adalah lebih kasar, dan Stratum corneum lebih tebal. Terdapat juga perbezaan dalam komposisi sebum dan pengeluarannya. Selepas baligh, penghasilan sebum yang lebih besar pada lelaki berbanding perempuan disebabkan oleh rembesan androgen dan inilah penyebab mengapa lelaki mempunyai jerawat yang lebih lama.

Kulit lelaki vs kulit wanita

Kulit lelaki vs kulit wanita

Sel-sel dalam kelenjar sebum manusia mempunyai reseptor lebih positif bagi androgen, yang menjelaskan mengapa mereka menghasilkan lebih banyak sebum.

Penghidratan

Akil baligh juga merangsang kemunculan bulu muka pada lelaki dan membawa kepada rembesan peluh. Lelaki mempunyai lebih banyak Asid laktik dalam peluh mereka, yang mencakupi pH yang lebih rendah (0,05 lebih rendah) berbanding peluh wanita.

Lelaki juga berpeluh lebih daripada dua kali ganda berbanding wanita dan lebih cenderung untuk berpeluh, yang dirangsang oleh peningkatan suhu badan. Walau bagaimanapun, kulit lelaki kelihatan lebih baik terhidrat daripada wanita, menyebabkan lelaki kurang memerlukan pelembap penghidratan kepada badan atau muka mereka.

Cara Atasi Kulit Jerawat Bagi Lelaki

Kesihatan kulit lelaki sama pentingnya dengan kulit wanita. Tetapi untuk lelaki tidak sama dengan seorang wanita.

Dalam testimoni yang saya kongsikan di atas, pelanggan lelaki itu menggunakan antaranya:

Seperti saya sebutkan dalam posting sebelum ini, dos adalah berbeza dengan individu disebabkan oleh keunikan masalah kesihatan masing-masing. Jadi sentiasa pastikan mendapatkan jadual pemakanan vitamin yang betul daripada pengedar anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

10 thoughts on “Cara Atasi Kulit Jerawat Bagi Lelaki

    1. Raihanah Ahmad Post author

      wah ye ke cik MV. husband saya amalkan vita e sahaja

      Reply
  1. Okje

    Alhamdulilah….muka mak ni susah nak jerawat Raihanah, sama jugak dengan husband….
    Kalau laki bini berjerawat susah jugak tu hihi…
    Jenuh le berlumba mmebeli ubat jerawat haha
    Okje recently posted…Salam 2016My Profile

    Reply
  2. Sobri Mansor

    Jerawat masa muda memang runsing wooo. Macam-macam ubat dah try. Tapi lepas je dah berumahtangga, terus hilang. Tapi tu la, tinggal kesan parut pulak. hehehe

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      biasa orang kata lepas kahwin hilang jerawat, parut tu mengganggu juga

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge