Call nowWhatsapp

Cara Ajar Matematik Perbundaran Tahun 2

Cara Mudah Matematik Bundar Tahun 2

Silibus anak-anak kita memang teruk juga tingginya kan. Bayangkan masuk-masuk sekolah tahun 1 sebaiknya mesti sudah pandai membaca dan menulis. Kalau belum pandai, masuklah ke kelas Linus macam anak saya. Mula-mula saya rasa malu juga, tetapi bila tengok anak berjaya belajar dengan laju, rasa senang hati pula.

Kisah tahun 1 banyak saya dah tuliskan dalam posting sebelum ini. Kali ini saya ingin kongsikan bagaimana cara mengajar Matematik tajuk perbundaran dengan mudah. Dulu saya belajar topik ini pada tahun 4. Sekarang tahun 2 sudah belajar, awal tahun pulak tu.

Saya perasan Hakim macam belum faham topik bundar, semakin sahih bila dalam ujian awal tahun, topik bundar Hakim dapat 0. Telur ayam. Huhuh, kesian dia. Jadi saya google juga kaedah paling mudah untuk dia faham bundar. Akhirnya saya temui kaedahnya dan saya ajarkan. Alhamdulillah lepas itu memang mudahlah Hakim menjawab soalan bundar.

Ajar Topik Bundar Matematik Tahun 2 Cara Mudah

Untuk ajar anak topik bundar, ada beberapa langkah:

1. Pastikan anak-anak faham apakah sa, puluh, dan ratus.

Pastikan anak faham nombor
Pastikan anak faham nombor

2. Pastikan dan ajar anak-anak bila jumpa nombor 5 dan ke atas (5,6,7,8,9) perlu tambah 1 pada angka selepasnya. Kalau bawah 4 (4,3,2,1) hanya tambah 0 pada angka selepasnya.

Pastikan anak anda faham nombor mana perlu tambah 1 atau tambah 0
Pastikan anak anda faham nombor mana perlu tambah 1 atau tambah 0

3. Kenapa nombor belakang adalah 0 (bagi puluh terdekat) atau 00 (bagi ratus terdekat). Ini memang mengelirukan, anak tidak faham kenapa dia kena tukar nombor belakang jadi 0 atau 00. Jadi terangkan kepada anak, kita mahu jadikan nombor samada puluh atau ratus. Puluh punyai 1 angka 0 di belakang, manakala ratus punyai 2 angka 00 di belakang.

4. Buat latihan.

Contoh soalan bundarkan kepada puluh terhampir
Contoh soalan bundarkan kepada puluh terhampir. Tambah 1 pada nombor sebelah iaitu 7+1.

 

Contoh soalan bundarkan kepada ratus terhampir
Contoh soalan bundarkan kepada ratus terhampir. Tambah 1 pada nombor sebelah iaitu 9+1.

 

Contoh soalan bundarkan kepada puluh terhampir dengan tambah 0
Contoh soalan bundarkan kepada puluh terhampir dengan tambah 0. Tambah 0 pada nombor 1 iaitu 1 + 0.

Saya pun belajar daripada youtube Cina Muslim ini, anda juga boleh tonton. Memang mudah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

27 thoughts on “Cara Ajar Matematik Perbundaran Tahun 2

  1. ajumohit says:

    tq for sharing, saya sekarang ni duk nak
    memahamkan si adam 6 tahun untuk menyusu. nombor random dalam kedudukan menaik dan menurun, mmg mencabar utk budak 6 tahun memahaminya tp sabarrrrr
    ajumohit recently posted…Dipaksa bersenamMy Profile

  2. Nurul Shahira says:

    Sha pun kadang konfius nak ajar sepupu kecik pasal matematik ni. Kita faham, tapi nak translate balik bagi mudahkan diorang faham tu yg mencabar. TQ untuk teknik ni. InshaAllah permudahkan parents utk ajar anak-anak =)

    • Raihanah Ahmad says:

      alhamdulillah sambil cari penyelesaian boleh kongsikan dengan orang lain yang mungkin ada masalah yg sama

  3. Mummydearie says:

    Budak-budak sekarang memang ilmu belajar diajar setinggi yang boleh, seawal yang boleh. Semalam saya tolong anak saya umur 5 tahun selesaikan masalah ‘campur’. Pada kita memang nampak senang 10+1, 10+5, tapi pada budak 5 tahun susah tu. Kasihan anak! Tapi nak buat macamanakan, dah syllabus zaman sekarang macam tu. No play, play,playlah jawabnya!

    • Raihanah Ahmad says:

      lama tak buat, kena study juga tuan.. sebab kita tak ingat dah dan budak2 sekarnag ada kaedah baru belajar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge