Call nowWhatsapp

Hari Rabu baru-baru ini anak saya pulang ke rumah dan menceritakan bagaimana kawannya telah meletakkan chewing gum pada kolar bajunya sehingga menyebabkannya melekat pada rambut dan lehernya. Kesian anak saya.

Saya telah tahu budak yang kerap buli anak saya ini sejak awal tahun. Tapi sejak awal tahun itu kes pow. Dia suka minta duit, dalam seminggu adalah sekali atau dua kali. Bila saya remind anak saya supaya jangan bagi, diamlah sekejap.

Anak saya ini malas nak lawan, saya rasa ini kesan saya didik masa dia kecil. Masa kecil saya ajar dia supaya jangan suka gaduh, kesannya di sekolah pun dia tak melawan. Aduhai anakku. Kesian dia jadi mangsa.

Jadi pasal kes pow tu, kelmarin pun masih berlaku. Jadi disebabkan kes semalam, saya jadi bertekad hendak laporkan kepada unit disiplin sekolah.

Maka Khamis itu pagi-pagi lagi saya berkejar ke sekolah (yelahkan sebab hendak berkejar ke pejabat lagi) harap-harap dapat bertemu Guru Besar. Masuk pejabat, kerani kata elok jumpa PKHEM. Maka saya jumpalah cikgu PKHEM.

Selepas bercerita dan buat aduan, alhamdulillah legalah saya. Sekurang-kurangnya anak akan dapat pembelaan. Dan budak itu perlu ditolong. Ya kalau perangainya tidak dilentur pada ketika ini, tidak tahulah besar nanti macamana kan, ngeri saya fikirkan.

Saya pantau kes ini rapat-rapat. Ada masa saya ingat hendak berjumpa juga budak itu. Nak beri kata 2.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)