Buat Passport Di UTC Keramat

By | 25 March 2017
shaklee national trip

Seminggu yang lalu saya ada terima emel pendaftaran bagi kelayakan ke National Trip Shaklee pada tahun ini. Dijangka National Trip akan ke Phuket dan Krabi pada November 2017 nanti. Bila saya buka emel, dikatakan perlu jawab selewat-lewatnya pada 24 Mac 2017. Pada mulanya saya ingat boleh jawab kemudian, bila lihat 24 Mac rupanya.

Saya belum dapat izin suami dan saya juga belum buat passport baru, passport saya telah lama tamat tempoh iaitu sekitar tahun 2013 lalu. Jadi pada 23 Mac, saya wasap pada suami yang berada di Kelantan. Mujurlah tak banyak cerita, alhamdulillah suami izinkan saya pergi sendirian. Hari Jumaat 24 Mac 2017 saya perlu buat passport.

Mujurlah urusan buat passport sekarang sangat mudah, boleh siap pada hari yang sama.

UTC Keramat Dengan Pelbagai Agensi Kerajaan

Pagi semalam saya menuju ke UTC Keramat. Kata kawan-kawan urusan di UTC lebih cepat berbanding di Jabatan sendiri. Dan rupa-rupanya di UTC Keramat ada pelbagai agensi Kerajaan iaitu:

  • Jabatan Imigresen
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Pengangkutan Jalan
  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Alhamdulillah saya fikir banyak urusan saya boleh selesai hari ini. Mana taknya saya disuruh tukar IC baru sebab IC sediada memang teruk dah rupanya. Macam takde rupa IC. Hihi. Saya setuju sajalah, untung juga boleh buat IC baru.

Urusan Passport Di Jabatan Imigresen

Sejam menunggu nama saya dipanggil. Urusan sangat pantas. Cuma masalah tudung yang saya pakai tidak sesuai. Jadi kena pinjam tudung jabatan. Jadi tipsnya lain kali kena pakai baju dan tudung yang berwarna terang atau gelap. Ini disebabkan latar belakang adalah putih. Jadi kalau pakai warna pastel, gambar akan tenggelam.

Selepas membayar, saya perlu menunggu 1 jam lagi untuk passport siap. Cepat bukan. Sambil-sambil menunggu passport siap, saya buat urusan lain.

Passport baru siap dalam tempoh 2 jam di UTC Keramat

Passport baru siap dalam tempoh 2 jam di UTC Keramat

Urusan Di Jabatan Pendaftaran Negara

Saya tukar IC. Tapi saya juga memohon adanya surat daripada JPN menyatakan cap jari saya bermasalah. Masalah ini selalu timbul, menyukarkan urusan saya di bank dan jabatan kerajaan lain yang memerlukan.

Apa yang menarik, cap jari saya dahulu (tahun 2006) lebih teruk berbanding sekarang. Sebabnya saya akan tulis dalam posting lain.

Urusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Sebenarnya lesen memandu saya telah tamat tempoh pada 8 Mac yang lalu. Bercinta betul hendak ke Pejabat Pos, selalu je lalu ke Pejabat Pos tapi selalu terlupa. Jadi alang-alang sudah berada di UTC, saya pun selesaikan urusan di JPJ.

Alhamdulillah urusan juga sekejap, mujur juga tiada denda dikenakan walaupun lewat memperbaharui lesen memandu saya.

Kesimpulannya, banyak urusan boleh diselesaikan di UTC. Kalau perlu atau kalau ada UTC di kawasan anda, bolehlah menggunakannya. lebih-lebih lagi di UTC banyak juga gerai jualan untuk anda menjamu mata dan menjamu poket.

Shaklee National Trip 2017

Jadi selesai urusan saya dalam jam 4 petang, saya pun balik ke rumah dan terus menjawab emel Shaklee beserta passport baru saya. Alhamdulillah tidak sabar rasanya hendak kembara bersama Shaklee. Naik cruise pulak tu.

Shaklee National Trip 2017 Cruise Ke Phuket dan Krabi

Shaklee National Trip 2017 Cruise Ke Phuket dan Krabi

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

20 thoughts on “Buat Passport Di UTC Keramat

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul, jimat minyak, tenaga dan parking

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul, memang senang. kalau pakai grab car lagi senang. takyah risau parking katne

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      yes samalah kita. saya dah lama tak travel sebenarnya

      Reply
  1. Adam

    1. Saya dah renew paspot saya. Senang bila dah renew. Bila2 je boleh travel.
    2. Ic saya pun dah tukar baru. Masalah cap jari pun terjadi pada saya. Tpi ok bila ke luara negara. Imigresen sana tengok paspot je.
    3. Saya baru minum vivix.
    4. Itu sja.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      hahah baguih sama2 update kes kita. saya tengah fikir nak buat pasport untuk anak2 pula

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang mudah la tak payah nak kesana ke mari

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      harap-harap saya dapat surat dari jpn tu

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kedai mmg banyak tutup, cuma yang best senang situ banyak agensi kerajaan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge