Bolehkah Menyusu dan Diet serentak?

By | 21 February 2014

Bolehkah selepas bersalin dan menyusu ibu menguruskan badan? 



Diet yang berkhasiat dan pelbagai akan mempercepatkan pemulihan selepas bersalin dan ini membantu anda menghadapi cabaran sebagai seorang ibu baru. Samada anda memberi bayi anda susu badan atau susu formula, anda harus mensasarkan diet yang sihat. 

Tips untuk membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan sihat

1. Jangan tinggal sarapan pagi

2. Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari

3. Sertakan makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian di dalam diet anda

4. Pastikan hidangan anda mengandungi makanan berkanji seperti nasi, roti dan pasta, lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat.

5. Kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas, yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.

6. Kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.

Piramid makanan sekarang memang tak boleh ikut dah


Jika ibu menyusu badan, anda memerlukan lebih sedikit kalori berbanding ibu yang memberi susu formula iaitu di antara 300 hingga 500 kalori setiap hari. Walaubagaimanapun, sebilangan tenaga tambahan yang diperlukan ini akan diperoleh daripada simpanan lemak sediada. Jadi menyusu badan boleh membantu ibu mengurangkan berat badan. Ia mungkin tidak semua, kerana tahap metabolisma di antara seorang individu dengan individu lain yang berbeza.

Cara yang selamat mengurangkan berat badan ialah tidak mengganggu kualiti atau bekalan susu anda.

Kredit babycenter

Diet selepas bersalin dan pada masa yang sama masih menyusu badan

Artikel berkaitan

http://vitamincerdik.blogspot.com/2013/08/tips-untuk-mengurangkan-lemak-dalam.html

http://vitamincerdik.blogspot.com/2014/02/khasiat-lecithin-untuk-ibu-bersalin.html
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge